Pendarahan selepas melahirkan anak juga dikenali sebagai lokia. Pada awalnya, darah yang keluar berwarna merah dan mengandungi ketulan-ketulan darah yang bersaiz kecil.
Disebabkan jumlah darah yang banyak, ia mungkin akan bertukar menjadi hitam kerana proses oksidasi.
Lama-kelamaan, darah yang keluar akan menjadi semakin sedikit. Warnanya juga akan menjadi merah dan kemudiannya bertukar kepada warna krim atau kuning.
6. Mungkin tanda keguguran
Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa. Hampir 10% kehamilan berakhir dengan keguguran. Namun, sekiranya keguguran berlaku pada awal kehamilan, ia mungkin akan menyebabkan pendarahan berwarna merah atau merah gelap.
7. Tanda kanser serviks
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, darah period hitam mungkin merupakan tanda amaran kanser serviks. Walau bagaimanapun, kanser jarang sekali menunjukkan sebarang tanda atau simptom awal.
Antara tanda kanser serviks ialah keputihan yang berbau busuk dan pendarahan yang berat. Selain itu, ada banyak lagi tanda-tanda lain kanser serviks. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen