backup og meta

Selalu Sangat Alami Masalah Senggugut Teruk? Atasinya Dengan 5 Tip Berkesan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

    Selalu Sangat Alami Masalah Senggugut Teruk? Atasinya Dengan 5 Tip Berkesan Ini!

    Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian1.. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Punca senggugut teruk dalam kalangan wanita

    Sebelum mengetahui cara hilangkan senggugut, apa kata kita fahami terlebih dahulu faktor penyebab senggugut ini.

    Sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk kerana:

    • Mempunyai tabiat merokok
    • Mengalami pendarahan haid berat
    • Tidak pernah hamil
    • Mencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun

    Masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan2 seperti:

    1. Sindrom pramenstruasi (PMS)

    PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula 3.

    cara hilangkan senggugut
    Senggugut punca sakit perut.
    1. Endometriosis 

    Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik 4.

    1. Fibroid

    Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala 5.

    1. Penyakit radang pelvis (PID)

    PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan 6.

    1. Adenomiosis

    Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat 7.

    1. Stenosis serviks

    Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid 8. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.

    cara hilangkan senggugut
    Senggugut punca pening kepala.

    Sakit belakang ketika haid: Apakah punca ia terjadi?

    Selain senggugut teruk, antara simptom lain yang sering terjadi ketika datang bulan adalah masalah sakit belakang. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku pada bahagian tengah belakang badan.

    Rasa sakit belakang ini dianggap sebagai “normal” dan berlaku disebabkan perubahan hormon. Prostaglandin (hormon yang dihasilkan semasa kitaran haid untuk mendorong pengecutan rahim bagi menyingkirkan lapisan rahim) boleh mempengaruhi otot punggung bawah.

    Prostaglandin yang terhasil secara berlebihan menyebabkan senggugut teruk atau haid yang menyakitkan. Kontraksi yang berat kemudiannya mendorong masalah sakit belakang. Sakit bahagian belakang ini juga boleh merebak daripada perut bawah ke pinggul bawah.

    Ini cara hilangkan senggugut dan sakit belakang!

    senggugut
    Hilangkan senggugut dengan 5 tips berkesan ini.

    Bagi kesakitan bahagian belakang dan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan masalah kesihatan serius, rawatan di rumah boleh dilakukan. Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba:

    1. Mampatan haba 

    Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.

    1. Ubat tahan sakit 

    Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan daripada preskripsi doktor.

    Satu tinjauan sistematik mendapati ubat tahan sakit sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal 9. Malahan ia menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin.

    Jika anda memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengguna sebarang ubat senggugut.

    1. Cara hilangkan senggugut dengan rehat dan bertenang

    Sekiranya anda sukar untuk melakukan banyak perkara akibat sakit belakang teruk kesan senggugut yang dialami, luangkan masa beberapa hari untuk diri sendiri.

    Apa kata anda bersantai dengan membaca buku kegemaran, melakukan yoga mudah, enaman hilangkan senggugut atau sekadar mandian panas yang boleh membantu meningkatkan endorfin. Ia secara semula jadi dapat melawan kesakitan.

    1. Makanan tambahan dan vitamin

    Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.

    1. Cara hilangkan senggugut paling berkesan, penjagaan pemakanan

    Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan hilangkan senggugut bersifat antiradang lain untuk mengurangkan radang dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.

    Sekiranya sakit belakang dan senggugut berlanjutan walaupun setelah kitaran haid habis atau anda mula mengalami rasa kesakitan pada kaki atau lemah badan, anda amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan segera kerana ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain.

    Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam ya? Kena lakukan cara hilangkan senggugut segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan