backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/06/2022

    Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!

    Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, begitu jugalah keadaannya dengan lidah dan bibir kita yang sebenar. Kadangkala, kita tidak sengaja tergigit di kawasan sekitar mulut, sehinggakan luka di bibir dan sakit lidah.

    Semua orang pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kadang-kadang, ia berlaku ketika anda makan, bersukan atau disebabkan kemalangan.

    Walau bagaimanapun, rasa sakit yang disebabkan luka pada kawasan bibir dan lidah ini boleh membuatkan anda merana berminggu-minggu lamanya.

    Selalunya, luka pada kawasan pipi dan bibir bukan sahaja akan berdarah dengan banyak, ia juga datang bersama rasa pedih yang boleh membuatkan anda tidak lalu makan.

    Tergigit bibir atau lidah secara tidak sengaja selalunya tidak akan menyebabkan kecederaan yang serius. Namun, jika anda terlibat dengan kemalangan atau terjatuh, lain pula ceritanya.

    Sebagai panduan, ikuti langkah ini untuk ketahui sama ada ia boleh dirawat di rumah atau perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin.

    Bagaimana luka di bibir dan mulut berlaku?

    luka di bibir

    Kawasan dalam mulut dan bibir merupakan bahagian yang lembut dan mudah terluka. Oleh sebab itu, ia mudah tercedera jika anda salah gigit atau terlibat dengan kemalangan.

    Selalunya, luka pada kawasan ini tidak serius dan dapat sembuh dengan pantas. Namun, jika anda terlibat dengan kemalangan, luka jenis ini perlu diperiksa oleh doktor untuk tindakan selanjutnya.

    Luka pada kawasan bibir nampak mengerikan kerana ia berdarah lebih banyak daripada kawasan lain.

    Ini kerana, bukan sahaja kawasan sekitarnya lembut, mulut kita juga dipenuhi dengan banyak salur darah yang akan meningkatkan lagi jumlah pendarahan.

    Oleh sebab itu, jika berlakunya sebarang kecederaan pada kawasan mulut, pastikan anda membersihkan kawasan luka dengan rapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

    Langkah first aid untuk merawat luka di bibir dan tergigit lidah

    Jika luka yang anda alami kecil dan tidak serius, and boleh lakukan langkah first aid ini untuk merawat lidah atau bibir yang tercedera:

    1. Bersihkan kawasan luka daripada sebarang kotoran. Walau bagaimanapun, jika kotoran tersebut tersangkut pada kawasan luka, jangan cabut tanpa kebenaran doktor.
    2. Bilas kawasan luka dengan air sejuk. Untuk luka di dalam mulut, anda boleh cuba berkumur dengan air garam. Lebih mudah jika anda mempunyai cecair pencuci mulut. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama.
    3. Tekan kawasan luka dengan tuala bersih. Jika pendarahan tidak berhenti, teruskan menekan kawasan tersebut dan bergerak ke hospital untuk rawatan lanjut.
    4. Letakkan ais untuk kurangkan bengkak. Anda juga boleh menggunakan aiskrim untuk luka di dalam mulut.

    Anda mungkin perlukan ubat tahan sakit untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh luka tersebut.

    Oleh sebab itu, anda boleh mendapatkan ubat ini daripada doktor atau secara over-the-counter daripada farmasi berdekatan.

    Selepas rawatan, pastikan anda berpantang sebentar daripada makan makanan yang masam atau masin. Semua makanan ini boleh menyebabkan luka jadi pedih dan lambat sembuh.

    Selain itu, perhatikan juga tanda jangkitan seperti kemerahan, nanah, bengkak atau demam.

    Jika kawasan luka pada mulut atau lidah anda dijangkiti, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

    Bagaimana pula dengan luka di bibir atau mulut yang serius?

    Luka di bibir akibat tergigit selalunya tidak memerlukan sebarang rawatan kecemasan. Cukuplah sekadar membersihkannya dengan air dan kemudian berkumur dengan air garam.

    Walau bagaimanapun, jika berlakunya sebarang koyakan, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.

    Bibir kita terdiri daripada 3 lapisan – kulit, otot dan juga membran mukus. Luka serius yang menyebabkan koyakan hingga ke bahagian membran mukus boleh menyebabkan kecacatan kekal pada kawasan mulut.

    Malah, kecederaan ini juga boleh menyebabkan pesakit tidak dapat mengunyah dengan normal. Selain itu, pesakit juga lebih berisiko untuk mengalami jangkitan disebabkan luka yang dialami.

    Jika anda selalu mengalami kecederaan mulut disebabkan aktiviti sukan, pastikan anda mempunyai mouth guard sendiri selepas ini.

    Mouth guard dapat memberikan perlindungan pada kawasan mulut anda dan mengelakkan sebarang kecederaan daripada melukakan bahagian dalam mulut.

    Bersabarlah dan tunggu hingga luka sembuh

    luka di bibir

    Dengan memastikan luka sentiasa bersih, badan anda dapat fokus sepenuhnya terhadap proses penyembuhan.

    Pastikan anda sentiasa berkumur menggunakan air garam dan elakkan menyentuh kawasan luka dengan tangan.

    Selain itu, jika bengkak, sakit dan luka di bibir, mulut serta lidah sukar untuk surut, rajin-rajinkanlah diri anda untuk meletakkan pek ais.

    Jika anda risau mengenai keadaan luka anda, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

    Doktor akan memeriksa luka tersebut dan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan lebih lanjut ataupun tidak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan