backup og meta

Latih Anak Dari Kecil Jaga Kebersihan Oral, Pepsodent Lancar Kempen Untuk B40

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 16/01/2024

    Latih Anak Dari Kecil Jaga Kebersihan Oral, Pepsodent Lancar Kempen Untuk B40

    Senyuman yang menawan sudah pasti menjadi idaman setiap individu. Untuk memiliki senyuman yang cantik, kebersihan mulut dan gigi perlulah diutamakan seawal usia kanak-kanak lagi.

    Pihak kerajaan juga telah banyak melaksanakan pelbagai kempen kebersihan mulut dan gigi semenjak di peringkat sekolah rendah lagi.

    Namun begitu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi dengan betul dan bersih.

    Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan gigi, Pepsodent iaitu jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga, telah melancarkan kempen 2-2-10 di seluruh Malaysia.

    Jadi, teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui tentang rutin menjaga mulut dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Memahami kepentingan menjaga kebersihan gigi

    Sama seperti kesihatan dan kebersihan tubuh badan yang lain, kebersihan mulut dan gigi juga perlulah diutamakan! Ini kerana, gigi yang putih, cantik dan mulut yang bersih dapat membuatkan anda tampil dengan penuh keyakinan diri.

    Kadangkala, ibu bapa tidak mengambil berat akan kepentingan menggosok gigi serta pemilihan berus dan ubat gigi untuk anak mereka.

    Sebagai ibu bapa, anda sebenarnya merupakan tulang belakang dalam menggalakkan anak anda untuk melakukan rutin kebersihan mulut yang betul.

    Jenama penjagaan gigi yang dipercayai keluarga iaitu Pepsodent telah melancarkan kempen 2-2-10 (2 Min Sekali, 2 Kali Sehari, 10 Kali Gigi Lebih Kuat) untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40.

    ubat gigi untuk budak
    Looi Kah-Hong, Ketua Pegawai Pemasaran Unilever International dan Dr Anna Rani T. Kanagarajah, Pensyarah Kanan Fakulti Pergigian Universiti MAHSA.

    Jenama ubat dan berus gigi ini juga telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pergigian secara percuma dan mengedarkan 10,000 kit penjagaan kebersihan mulut kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah di Lembah Subang dan Perkampungan Orang Asli, Gombak.

    Lebih menarik lagi, Pepsodent turut menyasarkan untuk memberi tambahan 50,000 kit penjagaan mulut kepada komuniti B40 lain di seluruh Malaysia.

    “Kami dapati ramai individu yang masih lagi tidak tahu tentang cara menggosok gigi dengan betul. Ibu bapa dan anak-anak sepatutnya memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dalam tempoh 2 minit setiap kali menggunakan ubat gigi fluorida,” ujar Looi Kah-Hong, Ketua Pegawai Pemasaran Unilever International.

    Menurut Kah-Hong lagi, rutin kebersihan mulut dan gigi dengan berpandukan konsep 2-2-10 ini dapat membantu membuang sisa makanan, bakteria dan plak yang berlebihan pada gigi kita.​

    “Kami sentiasa mencari inisiatif baharu untuk meningkatkan kepentingan penjagaan mulut dalam kalangan komuniti B40 dengan memberikan mereka informasi yang diperlukan dan menyediakan produk penjagaan mulut yang mampu dimiliki,” tambah Kah-Hong.

    Nasihat penjagaan gigi menurut pakar

    kebersihan mulut
    Cara menggosok gigi dengan betul.

    Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pergigian Universiti MAHSA, Dr Anna Rani T. Kanagarajah, ada beberapa nasihat berharga yang boleh beliau berikan kepada ibu bapa mengenai penjagaan gigi kanak-kanak peringkat awal.

    Kanak-kanak digalakkan untuk menggosok gigi 2 kali pada setiap hari. Ibu bapa digalakkan untuk menggosok gigi bersama anak bagi mengelakkan mereka daripada menelan ubat gigi yang mengandungi fluorida.

    Ini kerana, kandungan fluorida yang berlebihan akan menyebabkan fluorosis  iaitu kemunculan bintik putih atau coklat pada permukaan gigi anak anda.

    Selain itu, galakkan juga anak anda untuk berkumur dengan banyak selepas menggosok gigi.

    Beliau mencadangkan untuk menggunakan satu lapisan ubat gigi sebesar biji kacang hijau sahaja pada berus gigi anak.

    Menurut Dr Anna lagi, amalan kebersihan mulut dan gigi yang konsisten dapat mencegah gigi anak anda daripada berlubang dan mengalami keradangan gusi.

    masalah gigi berlubang
    Fasa gigi berlubang.

    Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan ibu bapa untuk mengunakan petua tradisional nenek moyang seperti menggunakan cengkih, minyak kapak, arang dan garam untuk merawat masalah gigi berlubang.

    “Kanak-kanak digalakkan menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan juga berus gigi yang lembut,” jelas Dr Anna lagi.

    Dr Anna mencadangkan ibu bapa untuk menggunakan ubat gigi Pepsodent kerana ia disahkan halal dan sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

    Ia mengandungi kandungan Mikro Kalsium Aktif dan Pro-Fluoride Kompleks yang dapat mencipta lapisan perlindungan untuk gigi kelihatan 10 kali lebih kuat.

    Kesimpulannya, amalan kebersihan mulut dan gigi adalah penting untuk memastikan gigi anak anda kekal sihat sehingga mereka dewasa.

    Jika anak anda mempunyai masalah gigi, bawa mereka berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan