Tidak dinafikan, semua manusia normal akan lahir dengan nafsu syahwat yang mendambakan perilaku seksual terhadap pasangan berlainan jantina.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tidak dinafikan, semua manusia normal akan lahir dengan nafsu syahwat yang mendambakan perilaku seksual terhadap pasangan berlainan jantina.
Ya, ia memang merupakan perkara yang normal ada dalam diri namun akan jadi masalah apabila seseorang itu mempunyai ketagihan seks.
Gejala yang dikenali sebagai hiperseksual ini akan memberi impak yang besar terutamanya buat pasangan yang sudah berkahwin! Apakah kesan yang diperkatakan ini?
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Ketagihan seksual atau turut dikenali sebagai hiperseksual ini merupakan gangguan kelakuan seksual kompulsif yang agak berbahaya.
Ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang berlebihan sehingga ia sangat sukar untuk dikawal oleh diri sendiri.
Mereka yang mengalami masalah ini akan sering berfantasi seks selain sangat gemar melakukan perilaku seksual sama ada dengan pasangan atau solo.
Akibatnya, pelbagai kesan negatif yang akan menimpa termasuklah memusnahkan rumah tangga kalian! Tapi apa tanda ia berlaku?
Kadangkala, anda mungkin akan berasa normal untuk mempunyai nafsu syahwat yang tinggi dan berasakan diri adalah ‘kuat’ dan ‘hebat’ angkaranya.
Sebenarnya, ia bukanlah begitu kerana ketagihan seks hanya akan membinasakan diri dan juga pasangan yang terpaksa melayan keinginan melampau anda itu.
Berikut adalah tanda anda mengalami gangguan ini:
Sekiranya anda menghadapi salah satu atau kesemua tanda hiperseksual ini, segera berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan rundingan atau rawatan berkaitan.
Ramai akan kata bahawa masalah ini sebenarnya datang daripada diri sendiri yang tidak berupaya mengawal nafsu syahwat.
Ya, ia mungkin benar namun kalian juga perlu tahu bahawa ada beberapa penyebab saintifik yang menyebabkan gangguan ini berlaku.
Untuk pengetahuan anda, ia mungkin didasari oleh kondisi yang berlaku dalam otak penderita!
Antara punca utamanya adalah ketidakseimbangan neurotransmitter dalam otak seperti serotonin, dopamine dan norepinephrine yang terlalu tinggi.
Selain itu, ia juga mungkin didasari oleh faktor kondisi kesihatan seperti epilepsi dan demensia yang boleh mempengaruhi lantas menjejaskan fungsi otak.
Ditambah pula dengan faktor risiko berikut, ketagihan seks mungkin akan menjadi lebih tidak terkawal:
Untuk mengelakkan gangguan ini berterusan, sila elak daripada punca dan faktor risiko yang dinyatakan di atas ini tadi ya?
Mungkin anda boleh kata bahawa ia adalah satu masalah yang berkaitan dengan kondisi kesihatan dan ia wajar dimaafkan.
Pun begitu, ketahuilah bahawa gangguan ini bukan sahaja akan merosakkan diri malahan juga menjejaskan hubungan bersama pasangan.
Berikut adalah komplikasi yang mungkin akan berlaku akibat gangguan kelakuan seksual kompulsif:
Jadi, sila berjumpa doktor segera sekiranya anda mengesyaki ada tanda hiperseksual dalam diri atau pasangan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen