Di samping itu, peningkatan stres juga mungkin berlaku disebabkan oleh isu perhubungan terutamanya hubungan suami isteri.
Selain itu, ia juga melibatkan kebimbangan tentang pekerjaan, juga beban yang diberikan oleh keluarga.
Mencederakan diri sendiri sama ada dengan tujuan membunuh diri atau tidak juga adalah perkara biasa dalam kalangan mereka yang didiagnosis dengan kanser dengan prognosis buruk.
Bagaimanakah kesejahteraan emosi mempengaruhi perjalanan rawatan pesakit kanser/bantuan untuk pesakit kanser?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Sebaik sahaja fasa penafian dan kemarahan berkurangan, penerimaan terhadap keadaan yang dialami boleh membantu dalam perjalanan rawatan dan prognosis keseluruhan.
Penerimaan pesakit juga boleh bertindak sebagai bantuan untuk pesakit kanser kerana ia menggalakkan pematuhan kepada rawatan untuk mengehadkan penyebaran kanser bagi prognosis yang lebih baik.
Sebaliknya, jika fasa penerimaan ini tidak dicapai, kemurungan dan kebimbangan boleh menjejaskan motivasi pesakit untuk dirawat dan ini boleh mengakibatkan prognosis yang buruk bagi keadaan tersebut.
Apakah intervensi atau terapi yang anda cadangkan untuk pesakit kanser bagi menguruskan kesihatan mental dan emosi mereka?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Kejayaan terapi untuk pesakit selalunya bergantung kepada tindak balas keluarga terhadap rawatan serta penjagaan kejururawatan yang diterima.
Pesakit dan ahli keluarga juga perlu dimaklumkan tentang keterukan keadaan yang dialami dan gejala yang mungkin timbul akibat kanser tersebut.
Sewaktu sesi rawatan, isu-isu mengenai kejadian yang boleh berulang perlu dibincangkan.
Selain itu, menetapkan matlamat yang realistik, menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan, dan mendapatkan sokongan rohani dan agama akan mengukuhkan kesejahteraan mental pesakit sewaktu menerima intervensi psikologi berstruktur seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT).
Selain perkara-perkara di atas, bantuan profesional untuk keadaan klinikal seperti kemurungan dan kebimbangan mestilah tidak boleh diabaikan.
Peranan psikoneuroimunologi sebagai bantuan untuk pesakit kanser
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen