backup og meta

Ini 7 Alasan Anda Perlu Selalu Pegang Tangan Pasangan, Bukan Untuk Romantik Je!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    Ini 7 Alasan Anda Perlu Selalu Pegang Tangan Pasangan, Bukan Untuk Romantik Je!

    Dalam perhubungan atas nama cinta, banyak perbuatan yang boleh buat pertalian itu lebih kuat seperti berpelukan atau berciuman. Namun mungkin ramai yang tidak sedar bahawa anda dan pasangan boleh jadi lebih erat dan rapat hanya dengan pegang tangan sahaja.

    Persoalannya, bagaimana berpegangan tangan itu bagus dalam perhubungan? Terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa harus malu pegang tangan pasangan?

    Masyarakat kita memang popular dengan sifat malu dan segan. Ia adalah punca pasangan sedang bercinta atau sudah berkahwin tidak suka untuk menonjolkan cinta di khalayak ramai.

    Disebabkan itu juga, mereka cenderung mengelak daripada tampil mesra di tempat umum apatah lagi menyentuh pasangan untuk berpelukan, berciuman atau berpegangan tangan.

    Namun, siapa pula yang kata bahawa kita hanya perlu bermesra atau bercanda di hadapan orang lain? Ia juga boleh jadi rahsia nyata di antara anda dan pasangan di rumah sendiri.

    Bahkan, hubungan cinta di antara dua insan itu juga mampu jadi lebih kuat hanya daripada sentuhan!

    pegang tangan

    Sebab anda perlu pegang tangan pasangan!

    Menurut Profesor Psikologi, James Coan dari University of Virginia di Amerika, perbuatan manis ini sudah tentu akan mendatangkan banyak manfaat buat individu dan pasangan.

    “Manusia itu mungkin akan berpegangan tangan atas banyak sebab, namun yang paling utama adalah untuk mencerminkan serta menzahirkan perasaan bahawa mereka tidak mahu atau perlu keseorangan,” jelas beliau lagi.

    #1. Membuat individu rasa selamat

    Pertama, manusia juga sama seperti makhluk lain yang perlu bersosial dan berada dalam kalangan mereka untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat, aman dan harmoni.

    Dengan berpegangan tangan bersama pasangan, maka ia akan menjadikan individu itu rasa lebih selamat daripada segala anasir tidak baik sama ada melibatkan fizikal atau mental.

    Ketika berdiri atau berjalan di samping orang dicintai, lakukan ini untuk anda rasa lebih selamat!

    #2. Merembeskan oksitoksin

    Oksitoksin atau ‘hormon cinta’ ini akan dirembeskan oleh tubuh badan ketika melakukan aktiviti yang menggembirakan seperti berpelukan, berciuman atau berpegangan tangan untuk membuat diri rasa lebih gembira. Dengannya, akan datang dua manfaat lain di bawah ini.

    #3. Menguatkan hubungan

    pegang tangan

    Berpegangan tangan dengan pasangan anda akan merembeskan oksitoksin yang amat berkait rapat dengan rasa simpati, empati, percaya dan cinta – penting di dalam perhubungan.

    Kesannya, ia bakal membuat individu dan pasangan itu lebih berterima kasih dan berpuas hati ketika bermesra sesama sendiri, sekali gus akan menguatkan lagi hubungan mereka.

    Baca juga artikel berkaitan:

    #4. Mengurangkan tekanan

    Dalam pada itu, sentuhan fizikal pada tangan atau di anggota badan yang lain juga mungkin dapat menurunkan tahap tekanan darah dan kadar degupan jantung individu tersebut.

    Kesannya, ia dapat menurunkan kortisol atau hormon stres di dalam tubuh badan. Apabila ia rendah, maka individu dapat jadi lebih tenang dan relaks di samping pasangan mereka.

    Manfaat pegang tangan #5. Persefahaman

    Saintis mendapati bahawa pasangan yang gemar dan kerap berpegangan tangan dapat membuat gelombang di dalam otak mereka itu lebih selari atau dalam erti kata lain – adanya persefahaman.

    Apabila ia berlaku pula, maka individu dan pasangan akan lebih mudah bersetuju dan kurang berselisih pendapat sesama sendiri. Apa yang lebih menarik, mereka juga mungkin akan dapat berkomunikasi hanya dengan sentuhan sahaja!

    #6. Bagus untuk otak dan jantung

    pegang tangan

    Perbuatan memegang tangan ini memang bagus untuk organ otak kerana ia akan dapat mengawal emosi dan membuat mood individu itu menjadi lebih baik.

    Begitu juga dengan organ jantung di mana ia dapat menurunkan tahap tekanan darah serta kadar degupan jantung. Maka, anda mungkin perlu lebih kerap pegang tangan pasangan.

    #7. Melegakan rasa sakit

    Akhir sekali, magis daripada berpegangan tangan dengan pasangan adalah ia mampu mengesan, mengawal dan bertindak balas dengan kesakitan yang berlaku pada fizikal individu.

    Bayangkan situasi di mana anda terjatuh atau terlibat dalam kemalangan kecil, kesakitan akibat kejadian itu mungkin dapat dikurangkan melalui sentuhan dengan tangan pasangan.

    Ini adalah angkara anda menerima simpati dan empati daripada pasangan namun ia tidak kekal!

    Maka, pegang tangan pasangan anda!

    Sama ada pegangan atau genggaman pada tangan pasangan anda itu longgar, ketat atau hanya di hujung jari, percayalah ia sangat penting untuk menyemarakkan lagi hubungan anda berdua.

    Ia bukan sahaja bagus untuk mental malah juga fizikal individu dan pasangan. Jadi, tiada lagi sebab anda perlu malu apabila pegang tangan kerana ada banyak manfaat di sebaliknya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan