backup og meta

Amang Seksual Fizikal Bukan Hanya Menimpa Kanak-kanak, Kenal Pasti Maksudnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/12/2023

    Amang Seksual Fizikal Bukan Hanya Menimpa Kanak-kanak, Kenal Pasti Maksudnya!

    Sejak tahun lalu, banyak kes amang seksual diperkatakan di media termasuk juga isu amang seksual fizikal. Namun, apa maksud amang seksual fizikal yang sebenar? Adakah amang seksual, gangguan seksual dan rogol adalah perkara yang sama?

    Sebenarnya, semua perkara di atas mempunyai makna yang sedikit berbeza. Anda juga perlu tahu bahawa amang seksual bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh berlaku kepada orang dewasa juga. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa gangguan seksual.

    Oleh sebab itu, anda perlulah tahu apa maksud amang seksual fizikal serta apa yang anda perlu lakukan jika menjadi mangsa gangguan seksual. Jom, ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    Apa maksud gangguan seksual?

    apa maksud amang seksual fizikal

    Gangguan seksual merupakan satu tingkah laku yang jelik, memalukan atau menakutkan. Ia boleh berlaku dalam bentuk tulisan, percakapan atau fizikal secara bersemuka atau atas talian.

    Semua orang boleh mengalami gangguan seksual tanpa mengira jantina. Jika ia berlaku di tempat kerja, sekolah atau universiti, gangguan seksual boleh menjadi satu bentuk diskriminasi.

    Antara contoh gangguan seksual:

    1. Memegang atau melakukan sentuhan fizikal tanpa kerelaan anda.
    2. Membuat sebarang komen yang mempunyai makna seksual.
    3. Meminta anda melakukan perkara-perkara seksual.
    4. Memandang anda tanpa henti.
    5. Sering bertanya mengenai kehidupan seksual anda.

    Walaupun anda tidak mengatakan TIDAK atau NO secara serta-merta, namun ia masih dikira sebagai gangguan seksual.

    Sebagai contoh, anda mungkin ketawa kerana menganggap sentuhan atau jenaka tersebut hanyalah satu bentuk gurauan semata-mata, atau anda takut untuk memberikan reaksi negatif kerana pelaku merupakan orang yang mempunyai jawatan yang lebih besar atau lebih senior daripada anda.

    Apa maksud amang seksual fizikal?

    Amang seksual atau sexual assault berlaku apabila anda dipaksa, ditekan atau ditipu untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti seksual seperti memegang, mencium atau melakukan seks tanpa kerelaan.

    Amang seksual juga merupakan satu bentuk gangguan seksual. Sebagai contoh, jika seseorang memaksa anda mencium atau memegang anda tanpa rela, ia boleh dikira sebagai amang seksual dan juga gangguan seksual.

    Contoh amang seksual lain ialah sebarang sentuhan yang tidak patut, merogol atau memaksa anda melakukan aktiviti seksual.

    Baca juga:

    Apa maksud amang seksual fizikal dan bezanya dengan rogol?

    Setelah mengetahui apa maksud amang seksual fizikal, anda juga perlu tahu apakah maksud rogol.

    Rogol adalah salah satu contoh keganasan seksual. Ia berlaku apabila anda tidak mahu melakukan seks dengan seseorang. Rogol juga merupakan satu jenayah.

    Tidak ada sesiapa yang ingin dirogol. Oleh sebab itu, 100% kesalahan adalah di atas bahu pelaku.

    Di Malaysia, maksud rogol ialah perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan mangsa. Jika mangsa berusia bawah 16 tahun, seks dikira sebagai rogol statutori.

    Benar, ada yang dirogol oleh orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya dilakukan oleh individu yang mengenali mangsanya.

    Menurut statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hampir 90% mangsa rogol mengakui mereka mengenali pelakunya.

    Jika anda rasa bersalah ketika melakukan seks, anda masih boleh minta pasangan untuk berhenti. Mereka perlu berhenti dan hormat keinginan anda, walaupun pasangan adalah suami anda.

    Jika anda tidak mahu melakukan seks dengan sesiapa atau dipaksa: ia adalah satu bentuk amang seksual dan juga rogol.

    Ada mengenali seseorang yang menjadi mangsa rogol? Ikuti penerangan kami di sini.

    Pentingnya keizinan atau consent!

    apa maksud amang seksual fizikal

    Tidak ada consent atau keizinan jika mangsa:

    1. Sedang tidur, tidak menyedarkan diri, mabuk ataupun sedang di bawah pengaruh dadah.
    2. Ditekan, dimanipulasi atau ditipu untuk berkata ‘ya’.
    3. Terlalu muda untuk memberi keizinan.

    Keizinan boleh ditarik balik pada bila-bila masa, termasuklah ketika seks sedang berjalan.

    Walaupun seseorang bersetuju untuk melakukan seks pada awalnya, namun itu bukanlah lesen untuk anda melakukannya lagi pada masa akan datang.

    Bagaimana ia boleh mempengaruhi mental dan fizikal anda?

    Jika anda pernah mengalami amang seksual atau gangguan seksual, ia mungkin akan membuatkan anda:

    1. Rasa tertekan, gelisah atau alami depresi.
    2. Tidak berminat untuk bersosial.
    3. Hilang keyakinan diri.
    4. Mengalami simptom fizikal disebabkan stres seperti sakit kepala, sakit belakang atau masalah tidur.
    5. Sukar untuk fokus di tempat kerja.

    Mangsa gangguan seksual boleh membuat laporan polis. Jangan lupa, bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa amang seksual, lelaki juga sama.

    Rogol bukan salah anda! Ia 100% salah pelaku! Kami berharap, artikel ini dapat membantu anda faham apa maksud amang seksual fizikal serta contoh-contohnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan