Makan berlebihan sememangnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Namun, ada juga yang sengaja tahan lapar untuk kurus dan trend ini bukanlah satu perkara yang baik.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Makan berlebihan sememangnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Namun, ada juga yang sengaja tahan lapar untuk kurus dan trend ini bukanlah satu perkara yang baik.
Ia merupakan antara jenis gangguan mental yang disebut sebagai kebimbangan berkaitan makanan (food anxiety).
Jadi, apa sebenarnya food anxiety ini?
Mereka yang mempunyai kebimbangan berkaitan makanan atau food anxiety ini biasanya risau berkenaan jenis dan kesan makanan ke atas tubuh mereka.
Apabila kebimbangan atau kerisauan melampau ini berlaku, maka mereka akan menolak daripada makan dan sengaja tahan lapar untuk kurus.
Antara kebimbangan yang sering mereka fikirkan ialah seperti makan berlebihan, pengambilan kalori berlebihan, atau mengalami peningkatan berat badan.
Ada juga sesetengah daripada individu ini yang bimbangkan mengenai tekstur makanan, reaksi alahan atau risiko tercekik.
Jadi, boleh dikatakan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut mengelakkan diri daripada makan berlebihan dan tahan lapar untuk kurus.
Sekiranya hal ini berlaku sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sehari-hari, maka ia merupakan satu gangguan mental yang disebut sebagai kebimbangan berkaitan makanan.
Antara ciri-ciri golongan food anxiety ialah:
Malah, ada sesetengah daripada mereka yang mempunyai food anxiety ini akan mengalami tindak balas fisiologi apabila mereka kerap memikirkan atau menentukan apa yang ingin dimakan.
Antara tindak balas yang boleh dialami ialah seperti degupan jantung yang laju, bernafas dengan laju, menggeletar atau rasa tidak sedap perut.
Gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini berpunca daripada rasa fobia berkenaan kesan makanan ke atas tubuh.
Ia berlaku dengan kadar yang lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai gangguan deria seperti penghidap spektrum autisme.
Apabila food anxiety ini berkaitan dengan imej tubuh atau kebimbangan peningkatan berat badan, ia boleh mendorong seseorang itu untuk menyekat pemakanannya secara melampau seperti tahan lapar untuk kurus.
Antara punca yang menyebabkan seseorang individu bertindak sedemikian adalah kerana:
Mungkin kita agak sukar untuk menentukan tempat makan terbaik apabila keluar bersama rakan atau pasangan.
Malah, banyak kali juga pilihan kita ditolak oleh individu lain kerana pelbagai alasan sehingga tidak tahu untuk makan di mana.
Adakah ini juga satu tanda bahawa seseorang itu mengalami food anxiety? Boleh jadi ya, tapi ia bukanlah kemestian.
Kadangkala, kita sukar untuk memilih tempat makan terbaik hanya disebabkan faktor-faktor kecil yang bersifat peribadi sahaja.
Ini termasuklah alasan seperti baru sahaja makan di lokasi tersebut atau kurang gemar dengan suasana di tempat makan tersebut.
Namun yang pasti, bagi mereka yang mempunyai gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini, mereka sememangnya sukar untuk menentukan tempat makan walaupun hanya keluar bersendirian sahaja.
Ini disebabkan oleh faktor-faktor yang telah dinyatakan sebelum ini.
Jadi, jika ada individu yang mempunyai gangguan food anxiety di sekitar anda, pastinya anda akan berasa amat sukar untuk mengajaknya keluar makan.
Jika anda atau individu di sekeliling anda menghidap gangguan ini, ada beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan gangguan tersebut.
Antaranya ialah:
Gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini sememangnya tidak begitu baik untuk kesihatan diri.
Ini kerana, ia boleh menyebabkan diri anda mengalami kekurangan zat atau nutrisi yang lengkap.
Anda sepatutnya mengambil hidangan yang lengkap dengan nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, vitamin dan lain-lain lagi.
Anda tidak perlu makan berlebihan, cukup sekadar mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pinggan Sihat Malaysia.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen