Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Vitreus kabur adalah keadaan apabila anda mengalami floaters (objek terapung) di dalam mata. Floaters adalah bintik-bintik kecil yang terapung dan melayang merentasi medan penglihatan anda. Ia akan tampil apabila anda melihat kepada sesuatu yang terang, seperti kertas putih atau langit biru. Ia boleh membuatkan anda rasa terganggu, tetapi ia sepatutnya tidak mengganggu penglihatan anda.
Vitreus kabur boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom yang lazim bagi vitreus kabur ialah :
Floaters mendapat namanya kerana ia terapung di dalam mata anda. Ia cenderung untuk beralih arah apabila anda cuba memberikan fokus kepadanya. Sekali anda mengalaminya, ia tidak akan pergi, tetapi keadaan tersebut boleh bertambah baik dari masa ke semasa.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus hubungi doktor anda sekiranya mengalami perkara-perkara berikut:
Simptom yang tidak menyakitkan ini adalah berpunca dari retinal yang tercarik, dengan atau tanpa retinal tercabut – kondisi yang mengancam penglihatan dan memerlukan perhatian segera.
Kebanyakan floaters adalah bintik-bintik kecil protein yang dipanggil kolagen. Ia adalah sebahagian daripada bahan-bahan seperti gel di belakang mata anda yang dipanggil vitreus. Semakin anda berumur, gentian protein yang menghasilkan vitreus mengecil menjadi serpihan-serpihan yang bergumpal. Bayang-bayang yang ia hasilkan pada retina anda itulah yang digelar sebagai floaters. Sekiranya anda melihat kerdipan cahaya, itu adalah kerana vitreus telah tercabut daripada retina. Berikut adalah punca kepada kondisi tersebut.
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan mata yang lengkap termasuklah meluaskan anak mata (pupil) untuk melihat bahagian belakang mata dengan baik.
Floaters mata sangat mengjengkelkan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengannya. Namun, selepas beberapa ketika, anda akan mampu untuk menghiraukannya atau anda akan merasakannya lebih kurang daripada biasa.
Sekiranya floaters mengganggu penglihatan anda, yang jarang-jarang sekali berlaku, anda mungkin memerlukan rawatan. Pilihan rawatan yang ada termasuklah:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi vitreus kabur:
Kebanyakan floaters mata berlaku hasil daripada proses penuaan semula jadi. Anda mungkin tidak boleh mengelakkan floaters, tapi anda boleh pastikan yang ia bukan berpunca daripada masalah yang serius. Sebaik sahaja anda menyedari floaters mata, sila berjumpa pakar oftalmologi. Mereka akan memastikan floaters mata anda bukan berpunca daripada masalah serius yang boleh merosakkan penglihatan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen