backup og meta

Ini 5 Jenis Suplemen ‘Ubat Kuat’ Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki! Selamat Dan Berdaftar KKM!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Ini 5 Jenis Suplemen ‘Ubat Kuat’ Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki! Selamat Dan Berdaftar KKM!

    Untuk memastikan prestasi yang tidak mengecewakan ketika bersama pasangan, ramai lelaki sering mencari produk ubat kuat sebagai bahan bantuan. Biasanya, ubat kuat ini digunakan untuk mengekalkan ereksi yang lebih lama selain mengelakkan isu ‘tewas awal’. Adakah terdapat sebarang ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia yang berkesan?

    Lihat di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Kebenaran tentang suplemen tenaga dan afrodisiak

    Dalam masyarakat kita, terdapat banyak perbincangan mengenai keberkesanan produk afrodisiak atau ubat kuat lelaki terbaik dalam mencegah disfungsi ereksi.

    Walaupun banyak produk terutamanya ubat kuat lelaki tradisional mendakwa dapat meningkatkan tenaga dan keupayaan seksual, namun penting untuk kita fahami bahawa tidak semua ubat kuat lelaki tahan lama ini terbukti berkesan.

    Pun begitu, terdapat beberapa suplemen tenaga yang mungkin boleh membantu meningkatkan kesihatan dalaman orang lelaki.

    Suplemen ini biasanya mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dikatakan dapat meningkatkan tenaga, libido dan kesihatan seksual secara keseluruhan. 

    Ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia

    Untuk makluman anda, senarai produk ubat kuat lelaki tahan lama yang kami sediakan di bawah ini bukanlah sejenis ubat kuat seperti yang anda fikirkan.

    Lima produk di bawah ini adalah suplemen tenaga khusus untuk orang lelaki yang mungkin boleh membantu meningkatkan kesihatan dalaman anda.

    Paling penting, suplemen-suplemen ini diakui selamat dan boleh didapati di farmasi-farmasi seluruh negara. 

    #1. Naturalle Tongkat Ali antara ubat kuat lelaki terbaik

    Naturalle Tongkat Ali adalah suplemen yang dirancang khusus untuk kesihatan lelaki.

    Produk ini dihasilkan daripada Eurycoma longifolia, yang lebih dikenali sebagai Tongkat Ali. 

    Suplemen ini biasa digunakan sebagai bantuan untuk meningkatkan tenaga dan vitaliti.

    Ia membantu mengatasi kelesuan dan meningkatkan prestasi anda, menjadikannya suplemen kesihatan yang sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup yang sibuk.

    #2. Ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia: Himalaya Men’s Wellness

    Himalaya Men’s Wellness adalah suplemen untuk meningkatkan stamina dan tenaga orang lelaki.

    Ia dikatakan berkesan apabila diambil satu jam sebelum waktu tidur.

    Produk ini termasuk dalam kategori suplemen herba yang menyokong fungsi reproduktif lelaki.

    Ia mengandungi bahan berasaskan herba iaitu Tribulus terrestris

    Herba utama dalam produk ini telah digunakan secara tradisional untuk mempromosikan vitaliti, mood dan libido orang lelaki. 

    Produk ini juga menekankan penggunaan bahan-bahan yang bebas daripada GMO, gluten, vegan, soya, tenusu dan jagung. 

    #3. Hurix’s Kapsul Tongkat Ali Plus antara ubat kuat lelaki tradisional

    Hurix’s Kapsul Tongkat Ali Plus adalah suplemen yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi pemprosesan moden dan pilihan herba semula jadi.

    Produk ini secara tradisionalnya digunakan untuk meningkatkan tenaga lelaki, menguatkan badan, meningkatkan vitaliti dan peredaran darah, serta melegakan sakit pinggang, sendi dan otot.

    Ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang.

    Hurix’s Kapsul Tongkat Ali Plus telah didaftarkan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

    #4. Ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia: VitaHealth Tongkat Ali Plus

    VitaHealth Tongkat Ali Plus adalah produk dengan kombinasi empat jenis herba yang menyokong kesihatan dan kecergasan lelaki.

    Produk ini dirancang untuk meningkatkan kesihatan lelaki, meningkatkan tenaga dan daya tahan, serta membina kekuatan fizikal.

    Setiap kapsulnya mengandungi 500mg bahan aktif, termasuk ekstrak akar Tongkat Ali sebanyak 70mg, ekstrak akar Maca (Lepidium meyenii) sebanyak 100mg, ekstrak biji jintan hitam (Nigella sativa) sebanyak 40mg, dan ekstrak halia (Zingiber officinale) sebanyak 20mg.

    Produk ini adalah suplemen persediaan tradisional sahaja dan bukanlah sejenis ubat kuat. 

    #5. Ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia: Biotropics Nu-prep Lelaki

    Biotropics Nu-prep Lelaki adalah suplemen yang mengandungi Physta, ekstrak Tongkat Ali yang dipatenkan dan melalui proses pengeringan beku standard.

    Proses ini mengekstrak kompaun bioaktif secara optimum dan terbukti selamat serta berkesan secara klinikal.

    Kaedah pengeringan beku ini diakui sebagai kaedah terbaik bagi mengekstrak nutrien daripada Tongkat Ali.

    Physta telah dikaji oleh saintis bertauliah dan dibuktikan melalui 16 kajian klinikal dan 9 kajian toksikologi.

    Produk ini juga telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf halal oleh JAKIM.

    Nu-prep Lelaki dikatakan membantu meningkatkan tenaga untuk aktiviti harian, mengurangkan kelesuan badan, meningkatkan stamina, dan menambah baik tahap kesihatan dalaman.

    Ia memberi kebaikan menyeluruh kepada kesihatan dalaman supaya pengguna kekal sihat dan bahagia.

    Kesimpulan

    Jangan tertipu dengan iklan pelbagai jenis ubat kuat yang dikatakan mampu mengelakkan mati pucuk dan sebagainya.

    Dapatkan suplemen atau ubat kuat lelaki di farmasi Malaysia yang berdaftar dan disahkan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan