backup og meta

Sibuk Bekerja Boleh Jejas Kesihatan, Jamu Untuk Lelaki Ini Atasi Masalah Lesu & Libido Rendah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

    Sibuk Bekerja Boleh Jejas Kesihatan, Jamu Untuk Lelaki Ini Atasi Masalah Lesu & Libido Rendah!

    Kesibukan bekerja dan menjalani rutin harian boleh menjejaskan kesihatan lelaki. Ditambah pula dengan gaya hidup dan diet yang tidak sihat, kesuburan juga berupaya terganggu. Sudah tiba masanya untuk kaum Adam menjaga diri dengan lebih baik, jamu untuk lelaki mungkin solusi yang dapat membantu!

    Setiap lelaki juga perlu menjadi lebih peka dan proaktif dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan.

    Herba untuk lelaki, dijadikan sebagai makanan tambahan yang dibuat daripada ramuan semula jadi dapat bantu menguruskan kesihatan dan tanggungjawab mereka.

    Salah satu pengaruh yang terkuat terhadap kesihatan lelaki adalah dietnya, dan terdapat sejumlah ramuan yang dapat bantu atasi isu berkaitan tahap tenaga, kesihatan prostat, dan rangsangan seks.

    Penulis bakal berkongsi beberapa jenis jamu untuk lelaki yang elok diamalkan, jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Gaya hidup jejaskan kualiti kesihatan kaum Adam

    jamu untuk lelaki

    Rutin moden lelaki pada era serba canggih ini berisiko sedikit sebanyak menurunkan paras testosteron, yang kemudiannya menjejaskan tahap kesihatan dan kesuburan seksual secara menyeluruh.

    Pun begitu, terdapat banyak jamu untuk lelaki yang dapat membantu!

    Selalunya, herba kuat untuk lelaki yang bersifat semula jadi ini juga memfokuskan kesihatan dan kesuburan kaum Adam.

    Seperti kita sedia maklum juga, ada banyak jenis jamu untuk lelaki di pasaran, baik sintetik dan semula jadi.

    Majoritinya dipasarkan berkesan dalam menguruskan tekanan, menangani masalah libido (rangsangan seks) rendah atau kesuburan yang sering dihadapi oleh lelaki dewasa.

    Tapi, hati-hati ya! Jangan sesekali membeli mana-mana jamu untuk lelaki sebarangan.

    Jika anda enggan mengambil risiko, kalian boleh cuba lakukan perubahan gaya hidup dahulu sebelum beralih ke solusi herba, seperti:

    • Tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam
    • Makan makanan yang sihat, semula jadi dan berkhasiat. Elak makanan berlemak, bergula dan bergaram
    • Elak habit yang boleh memudaratkan diri dan kesihatan; minum alkohol dan merokok
    • Bersenam secara berkala untuk menjamin kualiti kesihatan dan menguruskan tekanan dengan baik

    Jika perubahan di atas juga masih tidak membaik pulih tahap kesihatan anda, jamu untuk lelaki di bawah mungkin bermanfaat untuk kalian!

    Herba-herba untuk lelaki, kenal lebih lanjut!

    jamu untuk lelaki

    1. Ashwagandha

    Manfaat Ashwagandha untuk lelaki telah diraikan selama bertahun-tahun dek kerana zatnya yang dapat meningkatkan tahap tenaga dan mood.

    Ia juga dikatakan dapat membaik pulih tahap tenaga dan berfungsi sebagai penawar langsung untuk stres yang kronik. Ini kerana ia dapat menurunkan paras kortisol sebanyak 28% dan membuat anda tidur dengan lebih baik.

    Dengan menurunkan tekanan darah dan glukosa, tekanan darah tinggi dan diabetes dapat dikawal.

    2. Pine bark

    Tumbuhan ini juga telah menjadi terapi semula jadi selama berabad-abad lamanya.

    Penyelidikan terbaru menunjukkan pine bark memberikan sokongan nutrisi pemakanan untuk meningkatkan kesihatan prostat.

    Pine bark juga terbukti boleh membaik pulih kualiti dan kuantiti sperma, di samping menggalakkan tindak balas seksual yang diinginkan.

    3. Biji labu

    Biji ini menawarkan sejumlah nutrien yang dikatakan bermanfaat terhadap kesihatan prostat, seperti zink, kalium, dan zat besi.

    Penyelidikan menunjukkan nutrien ini, ditambah dengan kandungan antioksidan biji labu bakal memberikan manfaat yang luar biasa terhadap prostat.

    1 kajian melaporkan bahawa ekstrak biji labu menggalakkan aliran air kencing yang normal pada lelaki dengan masalah prostat yang membesar.

    4. Kunyit

    Tumbuhan ini juga menjadi kegemaran ramai orang dan sebabnya adalah cukup jelas! Antioksidan tinggi yang terkandung dapat menenangkan otot dan tisu yang meradang.

    1 kajian mendapati, kunyit bantu mengurangkan kesulitan kencing pada pesakit dengan masalah prostat.

    5. Akar maca

    Akar semula jadi ini dikhabarkan berpotensi meningkatkan tenaga, stamina, prestasi atletik, meningkatkan kesuburan, dan membaik pulih disfungsi seksual dan mati pucuk (disfungsi ereksi).

    Selain itu, rangsangan seksual dan sistem imun juga dapat ditingkatkan.

    6. Saw Palmetto

    Kegunaan tumbuhan ini berfungsi untuk mengurangkan simptom prostat yang membesar & dalam menguruskan benign prostate hyperplasia (BPH), masalah kesihatan biasa yang menjejaskan lelaki berusia.

    Ia turut bantu mempromosikan relaksasi dan disebabkan sifatnya yang diuretik, ia dapat menguruskan pengekalan air kencing (urine retention).

    7. Ginseng

    Ginseng, antara jamu untuk lelaki paling terkenal, yang membantu dalam meningkatkan libido, prestasi seksual, membaik pulih mati pucuk, dan meningkatkan kualiti sperma.

    8. Tongkat ali: Ia adalah antara herba kuat untuk lelaki, yang mengandungi salah satu penggalak hormon yang paling kuat dan meningkatkan testosteron berbanding semua ramuan semula jadi yang digunakan sebagai supleman lelaki.

    Ia juga antara jamu untuk lelaki yang menderita mati pucuk.

    Kesimpulan

    Disebabkan kaum Adam kebiasaannya segan membicarakan masalah kesihatan dan kesuburan yang dialami, adalah penting untuk memahami jenis suplemen herba terbaik yang dapat mengatasi isu-isu yang menjejaskan kehidupan mereka.

    Ingatlah.. Dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, di samping penggunaan jamu untuk lelaki yang bersesuaian, impian untuk menaik taraf kualiti kesihatan dan menjadi lebih fit dapat dikecapi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan