backup og meta

Bau Ketiak Lelaki Boleh Menenangkan @ Meloyakan Wanita, Mana Yang Betul?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2023

    Bau Ketiak Lelaki Boleh Menenangkan @ Meloyakan Wanita, Mana Yang Betul?

    Ramai orang percaya bahawa perempuan suka ketiak lelaki gara-gara bau dan aroma yang mampu ‘memukau’ sanubari mereka. Persoalannya, adakah bau ketiak lelaki menenangkan wanita atau akan meloyakan? Jom baca artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Apa yang ada pada ketiak seorang lelaki?

    Ketiak atau bawah lengan merupakan satu tempat tersembunyi pada tubuh badan manusia yang terkenal dengan bau atau aroma kurang menyenangkan. Dalam erti kata mudah, ketiak memang berbau agak busuk.

    Alasannya, bahagian ini memiliki banyak kelenjar sebum (apokrin) yang berfungsi menghasilkan dan mengeluarkan peluh dalam usaha untuk meneutralkan suhu badan ketika sedang panas atau hangat.

    Tambahan itu lagi, bawah lengan turut mempunyai banyak bulu serta kelembapan yang begitu sesuai untuk bakteria mendiami, merebak dan membiak sekali gus menjadikan ia sebagai rumah mikrob ini.

    bau ketiak lelaki menenangkan wanita

    Terutama bagi seorang individu lelaki, mereka mungkin berasa membiarkan bulu ketiak lebat dan panjang merupakan lambang kejantanan atau kemegahan sedangkan ia cuma akan berisiko membuat ketiak menjadi lebih busuk!

    Apatah lagi jika sudah berkahwin, mereka yakin dan percaya jika bau ketiak lelaki menenangkan wanita. Benarkah?

    Benarkah bau ketiak lelaki menenangkan wanita?

    Seperti ramai sedia maklum, seantero dunia ini percaya bahawa perempuan suka bau ketiak lelaki yang menenangkan, menyegarkan dan mengghairahkan namun secara logik akal ia mungkin hanya meloyakan.

    Menurut kajian terbitan Biology of Reproduction, ketiak lelaki akan merembeskan peluh bersama sejenis isyarat kimia bernama feromon yang akan memberikan kesan kepada sistem reproduktif seorang wanita.

    “Sebenarnya, lelaki akan merembeskan feromon ini pada sebahagian besar tubuh badan mereka namun ia mungkin lebih banyak di bawah lengan justeru menjadikan ketiak kawasan tumpuan bagi perempuan,” jelas Pakar Kimia Organik Analitik, Dr George Preti.

    bau ketiak lelaki menenangkan wanita

    Dalam usaha untuk membuktikan dakwaan ini, para pengkaji telah mengambil sampel peluh ketiak daripada penderma lelaki lalu diekstrak dan dicampur dengan minyak wangi, kemudian disimpan di dalam bekas tertutup.

    Selepas sampel tersebut dihidu oleh peserta sukarela wanita selama sekitar 6 jam, didapati bahawa majoriti peserta tadi menjadi lebih relaks dan kurang tertekan. Menariknya, mereka sendiri tidak tahu apa inti bau tersebut.

    Melalui telahan kajian ini, maka sangkaan yang kata bau ketiak lelaki menenangkan wanita itu mungkin benar!

    Apa yang seorang lelaki itu patut buat?

    Pun begitu, ini bukan bermakna wanita itu gemar dengan bau ketiak lelaki yang busuk lagi masam ya? Di dalam kajian tadi pun sudah diberitahu bahawa bauan bersama campuran minyak wangi itu yang diminati.

    Dalam erti kata mudah pula, ini menunjukkan bahawa fakta bau ketiak lelaki menenangkan wanita mungkin betul jika bau di bawah lengan itu bukan busuk sebaliknya apabila sudah diselimuti dengan bau wangian.

    Apa yang mungkin akan menjadi masalah adalah apabila anda sebagai lelaki ada masalah bau badan yang teruk akibat punca dan faktor risiko seperti genetik, hormon, penyakit dan sebagainya. Ia hanya akan meloyakan!

    bau ketiak lelaki menenangkan wanita

    Namun, usah risau ekoran anda masih boleh memastikan bau ketiak menenangkan pasangan dengan cara berikut:

    1. Lebih kerap mandi – Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari siang dan malam boleh mengurangkan risiko bakteria menetap di bawah lengan.
    2. Keringkan badan dengan betul – Kemudian, keringkan badan dengan tuala hingga benar kering kerana bakteria gemar kawasan yang agak lembap.
    3. Gunakan deodoran yang tepat – Kemudian, gunakan deodoran atau antiperspirant untuk mengelakkan bahagian ketiak anda berpeluh lebih banyak.
    4. Elakkan memakai baju sudah dipakaiJangan ulang pakai baju pada hari yang lain. Sebaiknya, cuci dan jemur baju sudah terpakai dengan baik.
    5. Cukur bulu ketiak – Ketiak yang bebas atau kurang bulu lebih mudah untuk dibersihkan dan dikeringkan sekali gus meminimumkan risiko untuk ia berbau.
    6. Jaga diet pemakanan anda – Elakkan minuman beralkohol dan berkafein, makanan berempah serta beberapa makanan lain yang boleh membuat ketiak anda busuk.

    Konklusinya, bau ketiak lelaki menenangkan wanita jika hanya ia berbau wangi dan sedap. Jadi, jangan pula memaksa pasangan menghidu atau mencium bawah lengan anda lebih-lebih ketika sedang berpeluh dan berbau!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan