backup og meta

Ini 10 Mitos Selalu Orang Dengar Mengenai Suntikan Insulin Diabetes, No. 2 Paling Ramai Percaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/10/2022

    Ini 10 Mitos Selalu Orang Dengar Mengenai Suntikan Insulin Diabetes, No. 2 Paling Ramai Percaya!

    Suntikan insulin mungkin kedengaran agak menggerunkan bagi sesetengah pihak, terutamanya bagi pesakit diabetes yang memerlukannya. Namun, tidak ramai yang menekankan tentang kebaikan penghasilan insulin untuk kesihatan tubuh. Malah ada yang menakut-nakutkan berkenaaan suntik insulin 4 kali sehari walaupun ia hanyalah mitos.

    Kami senaraikan di sini beberapa mitos suntikan insulin dan fakta sebenar  mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Kebaikan penghasilan insulin: Ini 10 mitos sering berlegar mengenai suntikan insulinkebaikan penghasilan insulin

    Tidak semua mengetahui fungsi insulin dalam tubuh dengan tepat. Ini menyebabkan ramai individu yang salah faham berkenaan suntikan insulin pesakit diabetes.

    Oleh sebab itu, kami di Hello Doktor ingin menerangkan kepada anda berkenaan beberapa mitos suntikan insulin serta kebenarannya.

    Mitos 1: Semua penghidap diabetes mesti mengambil suntikan insulin

    Walaupun kebanyakan penghidap diabetes jenis satu mungkin mengambil suntikan insulin, namun ia bukanlah satu kewajipan untuk semua penghidap diabetes.

    Bagi individu dewasa yang menghidap diabetes jenis 2, hanya sekitar 14% sahaja yang mengambil insulin. 13% pula menggunakan gabungan ubat dan juga suntikan insulin.

    Manakala bakinya hanya mengambil ubat kencing manis dan mengawal gula darah melalui diet dan senaman sahaja. 

    Mitos kebaikan penghasilan insulin 2: Suntikan insulin menyakitkan

    Suntikan insulin pada masa kini tidak lagi menyakitkan.

    Ini kerana, pen penyuntik yang dijual di pasaran kini hanya membuat suntikan pantas dengan menggunakan jarum kecil sahaja.

    Oleh itu, ia secara praktikalnya tidak menyakitkan.

    Mitos 3: Insulin sebabkan gula darah terlalu rendah

    Tidak dinafikan bahawa suntik insulin 4 kali sehari boleh menyebabkan gula darah rendah.

    Namun, hal sebegini jarang berlaku kepada penghidap diabetes jenis 2.

    Ini kerana, anda boleh sentiasa meningkatkan semula paras gula darah dengan memakan sesuatu yang bergula seperti jus atau gula-gula. 

    Mitos kebaikan penghasilan insulin 4: Ubat makan lebih baik daripada insulin

    kebaikan penghasilan insulin

    Ya, ubat makan biasanya sudah mencukupi untuk kebanyakan individu dengan kencing manis jenis 2.

    Namun, ia mungkin tidak sesuai dengan semua individu.

    Dalam sesetengah kes rawatan kencing manis, suntikan insulin merupakan jalan atau kaedah terbaik kerana ia sentiasa berkesan

    Mitos 5: Insulin sebabkan kenaikan berat badan

    Hal ini tidak mustahil untuk terjadi. Namun, ia berlaku disebabkan insulin membenarkan tubuh badan anda untuk memproses makanan dengan lebih cekap.

    Walau bagaimanapun, apabila seseorang individu tersebut berada dalam rawatan suntikan insulin, ia biasanya cenderung memperlahankan proses kenaikan berat badan. 

    Mitos kebaikan penghasilan insulin 6: Insulin adalah sesuatu yang menyebabkan ketagihan

    Sesetengah individu berpandangan sebegini hanya kerana pengambilan insulin melibatkan proses suntikan. Namun, ia sama sekali tidak benar.

    Insulin merupakan bahan asli yang diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap masa.

    Oleh sebab itu, ia perlu disuntik dengan kerap setiap hari. Bukan kerana ia menyebabkan ketagihan, tetapi disebabkan ia satu keperluan. 

    Mitos 7: Insulin menyebabkan perubahan yang tidak baik dalam kehidupan

    Sesetengah individu menyatakan, apabila mereka mula mengambil suntikan insulin, mereka tidak lagi boleh hidup secara bebas, berseorangan atau mudah untuk mengembara ke mana-mana.

    Perkara ini tidak tepat. Selagi mana anda boleh merancang dengan baik, ia masih boleh dilaksanakan dengan teratur walaupun anda sudah mula mengambil suntikan insulin setiap hari.

    Malah, disebabkan insulin memproses tenaga dalam badan, anda akan menjadi lebih bertenaga untuk melakukan pelbagai perkara dan aktiviti. 

    Mitos kebaikan penghasilan insulin 8: Pengambilan insulin lambang kegagalan

    Ada yang melihat, pengambilan insulin ini seolah-olah satu tanda bahawa hidup mereka sudah menemui kegagalan. Pernyataan ini sangat tidak tepat.

    kebaikan penghasilan insulin

    Ini kerana, penggunaan insulin sebenarnya adalah satu jalan untuk mereka terus menjalani hidup seperti biasa berbanding tanpa pengambilan suntikan insulin. 

    Mitos 9: Kos insulin sangat mahal

    Tanpa subsidi kerajaan, ia sememangnya agak mahal.

    Namun, kesemua rakyat Malaysia yang menghidap diabetes akan mendapat kemudahan bekalan insulin dengan kos yang minimum atau hampir percuma di fasiliti kerajaan.

    Penghidap diabetes di Malaysia tidak menanggung sebarang kos yang besar dalam menerima rawatan diabetes mereka walaupun melibatkan suntik insulin 4 kali sehari. 

    Mitos kebaikan penghasilan insulin 10: Insulin sebabkan komplikasi atau kematian

    Kepercayaan ini biasanya datang selepas melihat kematian saudara-mara atau rakan terdekat penghidap diabetes yang mengambil insulin.

    Ketakutan ini sebenarnya tidak berasas. Sebenarnya, insulin telah memperlahankan atau menghalang risiko sebarang komplikasi yang berkaitan penyakit diabetes. 

    Kesimpulan

    Tiada apa yang perlu ditakuti jika anda perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.

    Ini kerana, insulin yang disuntik itu berfungsi sama dengan cara insulin yang dihasilkan oleh tubuh anda.

    Ia bertindak mengawal paras gula darah dan mengelakkan anda daripada mengalami hiperglisemia.

    Jika anda tidak memulakan rawatan suntikan insulin, percayalah bahawa anda mungkin akan mengalami komplikasi diabetes yang lebih teruk. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan