Tahukah anda, pesakit diabetes mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami jenis luka amputasi atau kudung anggota badan? Ya, luka jenis amputasi ini boleh berlaku akibat komplikasi paras gula darah yang terlalu tinggi tanpa kawalan yang baik.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Tahukah anda, pesakit diabetes mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami jenis luka amputasi atau kudung anggota badan? Ya, luka jenis amputasi ini boleh berlaku akibat komplikasi paras gula darah yang terlalu tinggi tanpa kawalan yang baik.
Ikuti penerangan lanjut mengenai amputasi dalam kalangan pesakit diabetes di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Amputasi merupakan pemotongan sebahagian anggota badan seperti kaki atau tangan dalam sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk.
Dalam kes ini, kudung anggota badan berlaku disebabkan komplikasi penyakit kencing manis.
Pengurangan aliran darah ke bahagian kaki menyebabkan penghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jenis luka amputasi atau sakit pada kakinya.
Jika seseorang menghidap neuropati dan hilang rasa atau sensasi pada kakinya, mereka mungkin tidak menyedari kewujudan ulser kaki sehinggalah ulser tersebut menjadi lebih teruk.
Disebabkan aliran darah yang terganggu, ulser ini tidak sembuh dan menyebabkan jangkitan atau kematian sel tisu.
Kesannya, amputasi perlu dilakukan bagi mengelakkan komplikasi menjadi lebih teruk.
Diabetes merupakan jenis penyakit yang paling biasa menyebabkan amputasi atau kudung anggota badan.
Menurut Persatuan Diabetes Amerika Syarikat, seorang individu akan kehilangan anggota badan akibat komplikasi berkaitan diabetes bagi setiap 30 saat di seluruh dunia.
Selain itu, kajian pada tahun 2012 mendapati, ulser kaki bertanggungjawab menjadi penyebab bagi amputasi kaki dengan peratusan antara 4% hingga 10%.
Apabila ulser kaki berlaku, kebanyakan individu yang mengalaminya akan sembuh.
Namun ada juga yang mungkin akan berakhir dengan pemotongan kaki dalam tempoh 6 hingga 18 bulan.
Dalam sesetengah kes, diabetes boleh menyebabkan penyakit arteri periferal atau ringkasnya PAD.
PAD boleh menyebabkan saluran darah anda menjadi sempit dan mengurangkan aliran darah ke bahagian betis dan juga kaki.
Ia juga boleh menyebabkan kerosakan saraf yang dikenali sebagai neuropati periferal. Apabila kerosakan saraf berlaku, ia boleh menyebabkan anda kehilangan rasa atau sensasi sakit.
Jika anda tidak dapat merasakan kesakitan, anda mungkin tidak menyedari apabila berlakunya luka atau ulser pada kaki.
Anda juga akan terus memberikan tekanan pada kawasan yang terjejas, yang kemudiannya menyebabkan ia dijangkiti.
Untuk pengetahuan pembaca, pengurangan aliran darah boleh melambatkan penyembuhan luka. Ia juga boleh menjadikan badan anda kurang berkesan dalam melawan jangkitan.
Kesannya, luka mungkin tidak akan sembuh. Kerosakan atau kematian tisu (gangren) pula akan berlaku, dan sebarang jangkitan sedia ada mungkin boleh merebak ke bahagian tulang pula.
Jika jangkitan ini tidak dapat dihentikan, jenis luka amputasi adalah jalan yang terbaik.
Amputasi yang paling biasa bagi penghidap diabetes ialah pada bahagian jari kaki, kaki, dan betis.
Cara terbaik untuk mencegah amputasi dan komplikasi diabetes yang teruk adalah dengan menguruskan paras gula darah anda setiap hari.
Selain itu, terdapat beberapa cara lain yang boleh anda lakukan.
Antaranya ialah:
Penjagaan kaki yang baik boleh membantu anda mengelakkan luka jenis amputasi atau ulser daripada menjadi lebih teruk.
Antara petua penjagaan kaki yang boleh anda amalkan ialah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen