backup og meta

Awas! Pesakit Diabetes Boleh Alami Gangguan Pada Kulit, Annular Granuloma

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Awas! Pesakit Diabetes Boleh Alami Gangguan Pada Kulit, Annular Granuloma

    Anda tahu apa itu annular granuloma? Ia gangguan pada kulit kronik yang dianggap sebagai antara komplikasi kencing manis. Ini penjelasan lanjut mengenainya…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

    Gangguan pada kulit 

    Gangguan kulit yang dikenali sebagai annular granuloma ini adalah penyakit kulit jinak (bukan kanser), selalunya kronik (kekal lama) di mana keradangan pada kulit menyebabkan munculnya ruam, berubah warna atau benjolan di bawah kulit.

    Dalam kebanyakan kes, ruam terbentuk pada tangan, kaki dan bawah lengan. Gangguan kulit ini boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira usia, namun lebih cenderung dialami wanita.

    Jenis-jenis annular granuloma 

    Gangguan kulit ini boleh dibahagikan kepada 5 jenis utama dan wujud kemungkinan untuk mengembangkan lebih daripada 1 jenis dalam masa yang sama.

    Annular granuloma setempat:

    Keadaan paling biasa, localized granuloma annulare akan menyebabkan ruam bulatan kecil pada kulit yang kemudiannya akan bergabung bersama.

    Anda mungkin melihat beberapa benjolan kecil pada kulit sebelum mengalami ruam sama ada berwarna merah, merah jambu, ungu atau mengikut warna kulit.

    Baca juga:

    Annular granuloma umum:

    Generalized granuloma annulare apabila benjolan berkembang pada kawasan lebih besar seperti seluruh bawah lengan.

    Benjolan ini boleh bercantum dan berubah warna. Ia sering dijumpai pada bahagian lipatan kulit seperti ketiak atau pangkal paha. 

    Gejala gatal adalah perkara biasa dan ia cenderung dikaitkan dengan HIV.

    Gangguan pada kulit #Annular granuloma subkutaneus:

    Subcutaneous granuloma annulare menyebabkan ketulan terbentuk di bawah kulit – biasanya keras dan bulat serta tidak menyakitkan.

    Dalam kebanyakan kes, saiz ketulan yang berwarna merah, merah jambu atau warna kulit ini kekal kecil. Tetapi ia juga boleh membesar dengan cepat.

    Annular granuloma berlubang:

    Perforating granuloma annulare merupakan benjolan kecil, menyakitkan dan bersisik terbentuk pada tangan serta jari. Ia juga boleh menjadi gatal dan mengeluarkan cecair.

    Ada benjolan yang semakin berkembang dan bersambung, kemudian membentuk ruam lebih besar.

    Keadaan ini biasanya muncul setempat pada tangan dan lebih kerap terjadi di Hawaii.

    Annular granuloma tampalan:

    gangguan pada kulit
    Sumber: https://escholarship.org/

    Patch granuloma annulare merupakan ruam merah, coklat kemerahan atau ungu yang terbentuk pada kulit.

    Gangguan kulit ini boleh berkembang pada 1 bahagian tubuh atau lebih.

    Punca gangguan pada kulit

    Gangguan kulit ini mungkin merupakan tindak balas hipersensitiviti tertunda pada komponen dermis atau corak tindak balas kepada pelbagai pencetus.

    Pencetusnya merangkumi banyak aspek seperti jangkitan, serangan kulit dan trauma kulit. 

    Kebanyakan individu mengalami keadaan ini selepas mereka:

  • Mengalami luka kulit
  • Mengambil ubatan tertentu
  • Mengembangkan masalah kesihatan lain
  • Sebagai contoh, gangguan pada kulit ini terjadi selepas digigit sotong, disengat lebah atau mendapatkan titikan tatu.

    Gangguan ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan keadaan sistemik tubuh seperti tiroiditis autoimun, diabetes mellitus, hiperlipidemia. Walaupun jarang berlaku, ia juga dikaitkan dengan limfoma, jangkitan HIV dan tumor pepejal.

    gangguan pada kulit

    Bagaimana gangguan pada kulit ini didiagnosis?

    Biasanya doktor akan memeriksa kulit untuk mendiagnosis annular granuloma. 

    Doktor juga boleh mengambil sampel kulit (biopsi kulit) untuk mengesahkan diagnosis dan menolak penyakit atau keadaan lain.

    Rawatan annular granuloma

    Gangguan kulit ini boleh hilang sendiri dari masa ke masa. Tetapi ruam itu boleh muncul kembali pada tempat yang sama dan ia perkara biasa. 

    Umumnya, tujuan rawatan adalah untuk membantu mengawal kegatalan atau kesakitan. Rawatan berpotensi mempercepatkan masa untuk ruam pudar dan menghilang.

    Antara pilihan rawatan:

    • Krim atau salap kortikosteroid. Ubatan preskripsi yang kuat boleh memperbaiki benjolan dan membantu menghilangkan dengan cepat. Doktor mungkin meminta anda menutup krim dengan pembalut atau patch untuk meningkatkan keberkesanan rawatan ini
    • Suntikan kortikosteroid. Jika ruam kulit tidak hilang dengan rawatan topikal, doktor boleh mencadangkan suntikan kortikosteroid. Ulangan suntikan mungkin diperlukan setiap 6-8 minggu sehingga keadaan pulih
    • Pembekuan. Sapuan cecair nitrogen ke kawasan terjejas boleh membantu menghilangkan ruam
    • Terapi cahaya. Mendedahkan ruam kepada jenis cahaya tertentu termasuk laser juga berkesan!
    • Ubat oral. Apabila ruam merebak secara meluas, doktor mungkin menetapkan ubat yang perlu dimakan seperti antibiotik, antimalaria atau ubat yang digunakan untuk mencegah tindak balas sistem imun

    gangguan pada kulit

    Dalam sesetengah kes, gangguan kulit ini sukar dirawat dan memerlukan percubaan beberapa rawatan untuk melihat kesesuaiannya.

    Bolehkah annular granuloma dicegah? Malangnya, tiada cara boleh mencegah gangguan kulit ini.

    Pemeriksaan doktor 

    Jika muncul ruam atau benjolan pada atau bawah kulit, lakukan pemeriksaan doktor.

    Ini terutamanya jika ruam kulit berdarah, menjadi lebih besar, gatal atau menyakitkan serta mengubah penampilan dalam apa cara sekalipun. 

    Prognosis bagi individu yang mengalami gangguan pada kulit ini

    Dalam kebanyakan kes, keadaan ruam kulit ini boleh hilang sepenuhnya dalam tempoh masa 2 tahun. 

    Namun oleh kerana annular granuloma adalah penyakit kronik, ruam biasanya akan kembali pada tempat yang sama. Berita baiknya, kemunculan tersebut akan hilang lebih cepat berbanding ruam kali pertama. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan