backup og meta

Kawal Diabetes Bukan Dengan Ubat Sahaja, Jaga Juga Berat Badan! - Pakar

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    Kawal Diabetes Bukan Dengan Ubat Sahaja, Jaga Juga Berat Badan! - Pakar

    Setiap penderita penyakit diabetes mungkin tidak akan pernah berhenti mencari dan mengambil ubat kencing manis terbaik untuk mengawal kondisi mereka. Namun, benarkah jika ia merupakan cara kawal diabetes yang betul?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Epidemik penyakit diabetes jenis 2 di Malaysia

    Di negara kita, diabetes terutama jenis 2 adalah antara penyakit yang tergolong di dalam kategori epidemik kerana ia terlihat semakin teruk saban tahun tanpa menunjukkan sebarang tanda ia akan kembali pulih.

    Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 1 daripada 5 individu dewasa di Malaysia menghidap kencing manis. Ini bermakna hampir 3.9 juta rakyat di negara kita menerima nasib yang serupa.

    Apa yang lebih membimbangkan, diabetes juga merupakan salah satu daripada 10 punca utama individu kehilangan nyawa di Malaysia pada tahun 2020 lalu menyumbang kepada 2% jumlah kematian keseluruhan.

    Meskipun masalah ini sangat sukar untuk dipulihkan atau dibalikkan, namun ia masih boleh dikawal dengan cara memastikan kadar gula dalam darah berada pada paras normal dan selamat supaya tiada kesan buruk timbul.

    ubat kencing manis terbaik

    Persoalannya, adakah dengan mengambil ubat kencing manis terbaik dapat membuat tahap glukosa terkawal?

    Ini antara jenis ubat kencing manis terbaik!

    Perkara pertama yang mungkin individu dengan diabetes terfikir adalah apa jenis ubat kencing manis terbaik. Ya, ia merupakan langkah yang wajar dipertimbangkan jika mahu menurunkan risiko kondisi tersebut.

    Untuk pengetahuan anda semua, terdapat dua jenis rawatan yang paling umum untuk kondisi diabetes termasuk:

    1. Ubatan – Ubatan Metformin, Sulphonylureas, Meglitinides, Thiazolidinediones, Alpha-Glucosidase Inhibitors (AGIs), Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4) Inhibitors, SGLT2 inhibitors mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah.
    2. Suntikan – Suntikan hormon insulin sama ada daripada jenis Rapid-acting, Short-acting, Intermediate-acting, Long-acting serta Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) Receptor Agonists juga mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah.

    Walaupun senarai di atas merupakan ubat kencing manis terbaik, tetapi ia bukan satu-satunya cara kawal diabetes yang ada kerana anda juga perlu memikirkan pelbagai lagi aspek lain untuk mengelakkan komplikasi buruk.

    Menurut ramai pakar, pengambilan rawatan atau ubatan sahaja masih belum cukup untuk kawal diabetes anda!

    Saranan pakar untuk mengawal & mengurus!

    ubat kencing manis terbaik

    Pada 14 Mac 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Gaya Hidup Diabetes (DLP) hasil kerjasama bersama beberapa badan perubatan yang lain dalam usaha mengekang epidemik ini.

    Pelancaran ini telah dirasmikan dengan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara panel dari:

    • Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS)
    • Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
    • Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
    • Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM)
    • Persatuan Dietitian Malaysia (MDA)
    • Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES)

    Menurut Datuk Dr Zanariah Hussein, Pengerusi Panel Pakar DLP, program ini memang wajar kerana intervensi gaya hidup merupakan jurang atau missing link dalam usaha mengawal dan mengurus masalah diabetes.

    “Sejak sekian lama, ahli penjagaan perubatan dan pesakit banyak bergantung kepada ubat kencing manis terbaik sahaja tetapi mungkin kurang berwaspada dalam perubahan gaya hidup yang lebih sihat, ini sekali gus meningkatkan risiko diabetes,” jelas beliau lagi.

    Sedangkan, pengambilan rawatan dan ubatan terutama ubat kencing manis cara kampung bukan langkah tepat untuk mengawal serta mengurus kondisi ini kerana ada perkara lain yang jauh lebih penting.

    DLP, inisiatif efektif jika ada kencing manis?

    ubat kencing manis terbaik
    Pengerusi Program Gaya Hidup Diabetes (DLP) dan Pakar Perunding Kanan Endokrinologi, Datuk Dr Zanariah Hussein.

    Datuk Dr Zanariah yang juga merupakan Pakar Perunding Kanan Endokrinologi menyatakan perubahan gaya hidup ke arah lebih sihat adalah antara kunci utama untuk memastikan masalah ini boleh dibendung.

    Perubahan tersebut merangkumi pengamalan gaya hidup aktif, penurunan angka berat badan, pemantauan gula dalam darah kendiri dan pengambilan rawatan berbentuk ubatan atau suntikan seperti senarai tadi.

    Malah dalam sesetengah kes yang berjaya, kondisi diabetes mungkin akan mencapai tahap remisi atau remission!

    Dengan kewujudan Program Gaya Hidup Diabetes dalam bentuk aplikasi berasaskan web ini, ia merangkumi pelbagai infografik, video, aktiviti interaktif di samping konsultasi pakar diet secara virtual dan percuma.

    Hasilnya, ia akan dapat membantu pakar dalam membimbing pesakit kencing manis bagi membuat sebarang keputusan berkaitan perubahan gaya hidup sekali gus meningkatkan lagi motivasi diri penderita.

    “DLP tidak boleh dianggap atau dibuat sebagai perubahan gaya hidup sementara sahaja tetapi satu cara hidup agar mereka yang menghidap diabetes lebih bermotivasi dan bersemangat  untuk melangkah ke depan,” ujar Datuk Dr Zanariah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan