Pernah dengar mengenai penyakit Japanese Encephalitis (JE) tak? Menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), vaksin JE ini hanya diberikan kepada bayi di Sarawak sahaja, tetapi mengapa ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Pernah dengar mengenai penyakit Japanese Encephalitis (JE) tak? Menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), vaksin JE ini hanya diberikan kepada bayi di Sarawak sahaja, tetapi mengapa ya?
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Japanese Encephalitis atau lebih dikenali dengan sebutan JE merupakan jangkitan virus yang disebabkan oleh virus Japanese Encephalitis.
Kebanyakan kes JE berlaku di bahagian Asia dan Pasifik Barat, terutamanya kawasan luar bandar.
Virus yang menyebabkan penularan JE berasal daripada kumpulan Flavivirus dan JE adalah penyakit zoonoses, bermaksud penyakit yang ditularkan kepada manusia oleh haiwan.
Vektor virus ini ialah nyamuk Culex.
Secara amnya, virus ini akan terlebih dahulu menjangkiti nyamuk dan kemudian menular kepada babi, burung dan haiwan lain.
Seterusnya jangkitan akan berlaku kepada manusia terutamanya yang bekerja di ladang, sawah padi dan kawasan luar bandar.
Kebanyakan individu yang dijangkiti virus JE adalah asimtomatik atau hanya mengalami gejala ringan.
Namun, terdapat individu yang boleh mendapat simptom atau komplikasi lebih serius seperti keradangan pada lapisan otak yang boleh mengakibatkan kematian.
Berikut adalah tanda dan gejala yang mungkin berlaku kepada individu yang dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis:
Jangkitan penyakit Japanese Encephalitis boleh menyebabkan komplikasi seperti:
Pada masa ini, tiada rawatan khusus untuk jangkitan JE, melainkan rawatan sokongan untuk melegakan demam, kesakitan dan sakit sendi, masalah saraf dan penghidratan berterusan.
Kadar penyembuhan boleh mengambil masa berminggu-minggu hingga berbulan-bulan.
Namun hampir separuh pesakit yang pulih daripada JE mengalami hilang upaya kekal akibat kerosakan saraf pada saraf tunjang dan otak.
Manakala dianggarkan 1 daripada 3 pesakit JE maut akibat komplikasi serius.
Vaksin Japanese Encephalitis adalah vaksin yang mengandungi virus lemah bagi merangsang sistem imun tubuh untuk menghasilkan antibodi.
Ia akan mengurangkan risiko mendapat komplikasi disebabkan jangkitan JE sekiranya terdedah kepada virus ini pada masa hadapan.
Melalui NIP di Malaysia, suntikan imunisasi Japanese Encephalitis akan diberikan sebanyak 2 dos kepada si manja berusia 9 bulan dan 1 tahun 9 bulan di Sarawak sahaja.
Ia kerana risiko jangkitan JE masih tinggi di sana berbanding di negeri lain.
Mendapatkan suntikan vaksin ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri daripada virus JE, jangkitan serius dan yang boleh mengancam nyawa.
Dalam masa yang sama adalah penting untuk sentiasa melindungi diri daripada gigitan nyamuk terutamanya ketika melancong atau berada di kawasan luar bandar.
Vaksin Japanese Encephalitis disyorkan untuk individu yang akan pergi atau berada di kawasan berisiko tinggi semasa musim penularan virus JE, seperti:
Pengambilan vaksin juga perlu dipertimbangkan kepada individu yang:
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/
Terdapat beberapa langkah berwaspada yang perlu diberikan perhatian sebelum dan selepas mendapat suntikan JE:
Sekiranya bayi atau diri sendiri mengalami sebarang masalah dengan vaksin, pastikan anda memberitahu doktor tentang sejarah alahan dan isu yang dialami sebelum mengambil suntikan.
Seperti ubatan lain, suntikan vaksin JE juga boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua individu mengalaminya, seperti:
Kebiasaannya, kesan sampingan suntikan JE akan sembuh dalam masa singkat.
Reaksi alahan boleh berlaku selepas individu mendapat suntikan vaksin meninggalkan klinik.
Jika melihat gejala tindak balas alahan teruk selepas suntikan seperti:
Segera hubungi talian kecemasan dan bawa bayi ke klinik atau hospital berdekatan.
Sekiranya ada keperluan suntikan JE untuk anak, diri dan keluarga terutamanya jika merancang ke kawasan pedalaman, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen