Terdapat beberapa jenis vaksin untuk kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) seperti suntikan MMR, Measles dan juga MR. Tetapi apakah manfaat vaksin anak ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Terdapat beberapa jenis vaksin untuk kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) seperti suntikan MMR, Measles dan juga MR. Tetapi apakah manfaat vaksin anak ini?
Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum anda mengetahui apakah jenis-jenis penyakit campak, beguk dan rubella (campak Jerman) yang boleh menjangkiti si kecil, ayuh kita fahami terlebih dahulu mengenai vaksin-vaksin ini, okay?
Melalui NIP di Malaysia, 1 dos suntikan vaksin campak atau measles akan diberikan kepada si manja yang berada di Sabah sahaja ketika mereka berusia 6 bulan.
Kesan sampingan paling biasa adalah pada bahagian suntikan diberikan, ini termasuk:
Gejala ini biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari dan tiada apa yang perlu anda lakukan. Anak juga mungkin akan mengalami demam.
Selain itu, NIP juga menjadualkan 2 dos suntikan MMR – measles, mumps & rubella, yang akan diberikan kepada si manja ketika mereka berusia 9 bulan dan setahun.
Ia melindungi bayi daripada 3 penyakit serius iaitu campak, beguk dan rubella (campak Jerman) – keadaan berjangkit ini boleh merebak dengan mudah kepada individu tidak divaksin.
2 dos jenis suntikan MMR dapat memberikan perlindungan terbaik melawan ketiga-tiga penyakit ini yang berisiko mengembangkan isu kesihatan serius termasuklah meningitis, kehilangan pendengaran dan masalah ketika kehamilan.
Vaksin MMR sangat selamat. Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan tidak bertahan lama.
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan menangis dan meragam sejurus selepas suntikan MMR. Ia adalah keadaan normal dan mereka biasanya akan lebih baik selepas mendapat pelukan.
Oleh sebab terdapat 3 vaksin berasingan dalam 1 suntikan, kesan sampingan berbeza boleh berlaku pada masa berbeza.
Sekitar 7-11 hari selepas suntikan, ada kanak-kanak yang mengalami campak ringan. Gejalanya seperti:
Gejala ini tidak berjangkit atau menular kepada kanak-kanak yang tidak divaksinasi.
Selepas 3-4 minggu selepas suntikan, 1 daripada 50 kanak-kanak mengalami beguk ringan, seperti kelenjar bengkak di pipi, leher atau bawah rahang yang berlangsung sehingga 2 hari.
Gejala ini tidak akan menjangkiti kepada individu lain.
Sekitar 1-3 minggu selepas suntikan, ada yang mungkin mengalami sendi menyakitkan, kebas atau bengkak selama 3 hari.
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/
#Tompok seperti lebam kesan vaksin anak
Dalam kes jarang berlaku, anak mungkin mendapat ruam kecil seperti bintik lebam selepas 2 minggu mendapat suntikan MMR.
Keadaan ini dikenali sebagai idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP) dan biasanya akan pulih dengan sendiri. Namun sebaiknya, lakukan pemeriksaan doktor.
#Sawan kesan vaksin anak
Ada kemungkinan kecil untuk anak mengalami sawan selepas 6-11 hari vaksin. Ia disebabkan oleh suhu badan tinggi sebagai tindak balas kepada virus vaksin campak.
Ia membimbangkan tetapi amat jarang berlaku – anggaran 1 dalam setiap 1,000 dos suntikan yang diberikan.
Manakala gabungan vaksin MR – measles & rubella, merupakan vaksin yang memberikan perlindungan terhadap campak dan rubella ini.
Menerusi NIP di Malaysia, suntikan ini diberikan sebagai dos tambahan atau booster sehingga tahun 2022 bagi kanak-kanak berusia 7 tahun.
Berikut Hello Doktor akan terangkan mengenai penyakit yang boleh dicegah melalui jenis suntikan MMR, vaksin campak, dan MR ini.
Campak adalah penyakit sangat berjangkit disebabkan virus yang merebak melalui udara semasa individu dijangkiti batuk atau bersin.
Virus yang tersebar itu boleh kekal di udara selama 2 jam selepas individu dijangkiti berada di persekitaran tersebut.
Ini bermakna risiko mendapat jangkitan masih ada walaupun hanya berada di ruang sekitar individu dijangkiti berada.
Ia sangat menular sehinggakan jika anda menghidapnya, kira-kira 90% individu rapat dengan anda juga akan dijangkiti jika tidak dilindungi.
Campak biasanya bermula dengan demam, kemudian menyebabkan batuk, hidung berair dan mata merah.
Selepas itu bintik-bintik merah kecil akan muncul – bermula di kepala dan merebak ke seluruh badan.
Antara komplikasi yang boleh terjadi adalah jangkitan telinga, cirit-birit, radang paru-paru, kerosakan otak dan kematian.
Merupakan penyakit berjangkit disebabkan virus.
Beguk biasanya bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan dan hilang selera makan. Kemudian kebanyakan individu akan mengalami pembengkakan kelenjar air liur.
Ini menyebabkan pipi dan rahang membengkak.
Bagi kebanyakan individu, masalah beguk yang dialami adalah ringan. Tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah serius berpanjangan seperti:
Dalam kes sangat jarang berlaku, beguk boleh mengakibatkan kematian.
Rubella atau disebut campak Jerman, adalah penyakit disebabkan virus.
Jika seorang wanita hamil mendapat rubella, keguguran boleh berlaku atau bayi yang dilahirkan mendapat kecacatan kelahiran serius.
Bagi kanak-kanak pula, rubella biasanya menyebabkan gejala yang berlangsung 2-3 hari, seperti:
Sebelum ruam muncul, kanak-kanak lebih tua dan individu dewasa mungkin akan mengalami:
Kebanyakan individu yang mendapat rubella tidak mengalami gejala.
Dalam kes jarang berlaku, rubella boleh menyebabkan komplikasi serius termasuklah jangkitan otak dan masalah pendarahan.
Atas sebab-sebab yang dikongsikan di atas, setiap bayi dan anak kecil disyorkan menerima suntikan vaksin seperti yang disarankan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keperluan suntikan vaksin anak, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen