“Cabaran terbesar semestinya bagi memastikan Hasya dapat menguruskan kehidupan hariannya seperti kanak-kanak lain, selain kami suami isteri juga perlu memastikan emosi Hasya dalam keadaan baik,” jelas Dira.
Seperti anak autisme yang lain, Hasya yang kini berusia 5 tahun tidak terkecuali mengalami masalah pergaulan dan agak susah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga.
“Mungkin faktor masih belum boleh bercakap menambahkan lagi kesukaran itu. Jadinya setiap kali kami pulang ke kampung, Hasya lebih banyak menyendiri di dalam bilik ditemani saya, suami atau neneknya,” jelas Mummy ini yang kini sedang hamil 6 bulan.
Berbicara mengenai kehamilannya, Dira mengakui pada awal kandungan, Hasya ada meragam, tidak mahu tidur dan sering mengajak berjalan menaiki kereta setiap pagi. Mungkin kerana si kecil itu dapat merasakan dirinya bakal mempunyai adik.
Perubahan anak autisme selepas kelas NASOM
Pada awalnya Dira ada menghantar Hasya mengikuti kelas dan sesi terapi di beberapa pusat terapi. Kemudian Hasya diterima masuk ke The National Autism Society of Malaysia (NASOM).
“Pada mulanya, Hasya akan menangis setiap kali ke kelas namun kini keadaan dia semakin baik dan sangat teruja menghadiri kelas,”
Tambah Mummy ini lagi, “Kini banyak perubahan positif yang ketara dapat dilihat, Hasya semakin dapat memahami setiap arahan diberikan. Dia juga tidak lagi terlalu bergantung kepada saya sahaja. Perubahan yang paling jelas adalah Hasya kini dapat pergi ke kelas dengan perasaan gembira dan tanpa menangis.”
Apabila ditanyakan mengenai harapan buat si kecil ini, Dira memberitahu dia dan suami hanya mahu melihat Hasya dapat berdikari dan mampu menguruskan dirinya sendiri dengan bantuan kakaknya, Hana dan adiknya nanti.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen