Apabila si kecil mengalami sembelit, pastinya timbul rasa bimbang di hati ibu ayah. Melakukan perubahan dalam diet harian seperti menukar susu formula mungkin membantu. Jom ketahui jenis susu untuk bayi sembelit 1 tahun ke atas yang boleh dicuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apabila si kecil mengalami sembelit, pastinya timbul rasa bimbang di hati ibu ayah. Melakukan perubahan dalam diet harian seperti menukar susu formula mungkin membantu. Jom ketahui jenis susu untuk bayi sembelit 1 tahun ke atas yang boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui apakah jenis susu untuk bayi sembelit, apa kata kita fahami secara ringkas mengenai keadaan ini dan puncanya terlebih dahulu.
Kebanyakan bayi akan membuang air besar sekali sehari. Manakala si kecil yang membuang air besar kurang daripada 3x seminggu – atau kurang kerap daripada kebiasaannya, mengalami najis keras dan sukar dikeluarkan mungkin mendapat sembelit.
Keadaan ini bukanlah disebabkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan usus, sebaliknya ia adalah kesukaran kepada bayi untuk berak.
Disebabkan itu, adalah penting untuk memantau konsistensi dan tekstur najis bayi serta kekerapan mereka membuang air besar.
Selain kesukaran untuk berak, tanda sembelit lain adalah anak tampak tidak selesa atau mudah meragam dan pergerakan usus tidak berlaku antara setiap 5-10 hari.
Beberapa faktor boleh menjadi penyumbang kepada masalah sembelit yang dialami bayi berusia setahun seperti:
Punca utama dalam kebanyakan kes sembelit si kecil adalah diet yang diberikan berunsur makanan diproses, tenusu, gula-gula yang berlebihan serta kurang pengambilan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.
Di samping itu, bayi yang diperkenalkan jenis makanan baharu – juga boleh mempengaruhi tekstur najis.
Kurang pengambilan air juga boleh menyebabkan sembelit, kerana ia menjadikan najis lebih keras.
Alahan susu lembu ketika peralihan daripada susu ibu kepada formula, juga boleh menjadi penyumbang kepada sembelit.
Alahan susu adalah tindak balas sistem imun terhadap protein dalam susu lembu yang akan menghasilkan reaksi. Disebabkan itu, amat penting mengenal pasti susu yang sesuai untuk bayi sembelit.
Sesetengah bayi mungkin menghidap penyakit atau keadaan perubatan asas yang mengakibatkan sembelit kronik.
Baca juga:
Perkara paling penting adalah untuk memahami pergerakan usus harian bayi supaya anda dapat mengetahui jika berlaku sebarang perubahan.
Menukar jenis susu semasa mungkin boleh membantu mengurangkan gejala mereka.
Walau apa pun kandungan bahan dalam susu yang sesuai untuk bayi sembelit, ibu-ibu sekalian harus sentiasa ingat bahawa penyusuan susu eksklusif amat disarankan untuk si comel di bawah usia 6 bulan.
Bahkan, sebenarnya penyusuan eksklusif ini amat digalakkan untuk diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Susu untuk bayi sembelit seharusnya mengandungi:
Formula bebas laktosa biasanya dibuat daripada susu lembu yang telah ditapis untuk mengeluarkan laktosa dan menggantikannya dengan bentuk gula yang berbeza.
Daripada laktosa sebagai sumber karbohidrat, susu dengan formula bebas laktosa menggunakan sumber berasaskan jagung.
Susu jenis ini boleh dicuba jika berasakan si kecil berusia setahun mengalami intoleransi laktosa atau alah kepada formula susu lembu – karbohidrat yang secara semula jadi terdapat dalam susu lembu.
Formula berasaskan tumbuhan lebih lembut pada perut sensitif dan boleh mengurangkan ketidakselesaan perut, gas, kolik dan sembelit. Dengan soya sebagai asas, formula ini bebas laktosa.
Pun begitu, terdapat kemungkinan bayi yang alergi dengan susu lembu mungkin juga akan alah kepada susu soya.
Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai fakta bahawa soya mengandungi fitoestrogen – bahan yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis tumbuhan.
Struktur kimia fitoestrogen adalah serupa dengan hormon estrogen wanita. Disebabkan ini, terdapat kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan perkembangan reproduktif bayi, terutamanya jika si kecil hanya minum susu formula berasaskan soya.
Jadi sebaiknya, jenis susu ini hanya digunakan jika disyorkan oleh doktor.
Jenis formula ini mengandungi protein yang telah dipecahkan atau terhidrolisis.
Ia sama ada untuk sebahagian atau secara menyeluruh – kepada saiz lebih kecil daripada yang terdapat dalam susu lembu dan formula berasaskan soya. Ini supaya sistem imun badan mungkin tidak mengesan protein sebagai alergen.
Ringkasnya, formula terhidrolisis mengandungi protein susu yang telah dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam oleh bayi. Formula terhidrolisis boleh dilabelkan sebagai hipoalergenik.
Protein hydrolysate formulas sesuai untuk bayi yang mengalami tindak balas dengan susu lembu atau formula berasaskan soya. Formula terhidrolisis secara menyeluruh pula adalah pilihan untuk bayi yang mempunyai alahan protein.
Sekiranya keadaan masih tidak berubah atau semakin teruk walaupun selepas mengikut cadangan susu untuk bayi sembelit, anda disarankan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen