backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Awas Ibu Ayah, 9 Perkara Ini Boleh Jadi Penyebab BUASIR Pada Si Kecil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    Awas Ibu Ayah, 9 Perkara Ini Boleh Jadi Penyebab BUASIR Pada Si Kecil!

    Buasir adalah keadaan yang sangat menyakitkan dan sering dialami oleh individu dewasa. Tetapi bolehkah keadaan ini terjadi kepada kanak-kanak? Jika ya, apakah mungkin penyebab buasir pada si kecil?

    Ketahui jawapannya dalam penjelasan artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah buasir

    Buasir berlaku apabila urat di sekitar dubur dan di dalam rektum membengkak. Keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, bahkan pendarahan.

    Bukan sekadar itu, ia juga boleh menyebabkan wujudnya rasa malu sehingga mengembangkan tekanan fizikal dan mental.

    Jadi bagi menjawab persoalan sama ada masalah ini boleh menjejaskan kanak-kanak? Jawapannya adalah ya. Walaupun secara amnya buasir lebih kerap berlaku kepada individu dewasa, namun kanak-kanak tidak terkecuali.

    Penyebab buasir pada kanak-kanak

    Berikut antara punca biasa buasir terjadi dialami kanak-kanak:

    1. Duduk di atas permukaan keras untuk jangka masa yang lama.

    2. Jika kanak-kanak kerap duduk di tandas untuk jangka masa lebih daripada 10 minit, mereka lebih berisiko untuk mendapat buasir – kesan pengumpulan darah dan tekanan genangan (stagnation) di bahagian pelvis.

    penyebab buasir

    3. Sekiranya si kecil seakan memaksa najis keluar – ini boleh memberikan tekanan pada bahagian dubur dan memburukkan buasir.

    4. Antara penyebab buasir pada kanak-kanak adalah diet pemakanan kurang serat. Bagi anak yang mengalami dehidrasi, wujud kemungkinan untuk berlaku sembelit – meningkatkan risiko untuk mendapat buasir.

    5. Si kecil yang kerap mengamuk dan menangis boleh mendapat buasir.

    Ini kerana tangisan tanpa henti dan tekanan akan menyebabkan darah berkumpul ke arah pelvis dan meningkatkan tekanan pada perutnya. Darah ini mungkin bertakung pada kawasan rektum dan mengakibatkan buasir.

    6. Jika ada ibu bapa dengan sejarah buasir, wujud kemungkinan untuk anak mendapat keadaan yang sama atas sebab keturunan.

    Buasir kongenital boleh berlaku pada minggu pertama bayi dilahirkan. Nodul buasir ini menyucuk keluar semasa si kecil membuang air besar atau menangis – menyebabkan lebih banyak ketidakselesaan.

    7. Pembentukan tumor dalam usus boleh mengakibatkan genangan darah punca buasir pada anak.

    8. Usus besar yang dijangkiti boleh memburukkan kawasan rektum sekali gus menjadi penyebab buasir.

    9. Kanak-kanak yang tidak aktif dan lebih banyak duduk, turut berisiko mengalami buasir.

    Baca juga:

    Penyebab buasir: Fahami simptomnya

    Berikut pula antara gejala biasa buasir yang boleh berkembang pada kanak-kanak:

    • Pendarahan rektum, gatal-gatal di kawasan dubur, dan rasa tidak selesa 
    • Darah dalam usus juga merupakan tanda buasir – berlaku kesan saluran darah di bahagian dubur pecah. Ia juga boleh menunjukkan masalah kesihatan lain, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik
    • Kehadiran buasir mengakibatkan rembesan bahan seperti lendir, sekali gus mengakibatkan kawasan sekitarnya sentiasa lembap – kesannya anak akan mengalami kegatalan atau kerengsaan di bahagian dubur
    • Anak mungkin mengelak untuk pergi ke bilik air kerana tidak mahu mengalami kesakitan
    • Buasir luar akan kelihatan menonjol keluar daripada dubur

    penyebab buasir

    Rawatan buasir

    Untuk merawat masalah buasir pada kanak-kanak, cara-cara di bawah boleh dicuba:

  • Mandi air suam 2-3 kali sehari boleh memberikan kelegaan pada bahagian tersebut. Tetapi elakkan daripada menggunakan sabun dan pastikan bahagian dubur dilap selepas mandi
  • Jika bahagian dubur meradang atau rasa gatal, pek ais atau mampatan sejuk harus digunakan untuk memberikan kelegaan segera
  • Bersihkan bahagian dubur dengan air untuk memberikan kelegaan. Elakkan penggunaan tisu tandas kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan
  • Sekiranya keadaan terlalu menyakitkan, berikan ubat penahan sakit seperti acetaminophen 
  • Sapukan krim buasir yang boleh dibeli di farmasi. Tetapi sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum menggunakan sebarang ubat atau krim tanpa preskripsi untuk anak
  • Jika penyebab buasir adalah kerana sembelit, atasi masalah itu terlebih dahulu. Lakukan perubahan dalam diet pemakanan anak dengan memberikan lebih banyak makanan berserat seperti buah dan sayuran serta hidangan berasaskan bijirin
  • penyebab buasir

    • Pastikan pengambilan cecair harian anak mencukupi – sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari
    • Galakkan anak untuk banyak bergerak dan menjalani gaya hidup yang aktif seperti bersukan atau berjoging
    • Jika anak gemar menahan keinginannya daripada berak, ia boleh menjadi habit dan meningkatkan tekanan pada kawasan dubur dan risiko buasir. Sarankan anak untuk segera ke tandas jika wujud keinginan untuk membuang air besar

    Mencegah penyebab buasir kanak-kanak

    Ingin mencegah buasir daripada berkembang? Lakukan perkara ini:

    Sememangnya masalah buasir lebih cenderung terjadi kepada individu dewasa tetapi si kecil anda masih tetap berisiko mengalaminya.

    Mengamalkan diet yang sihat dan gaya kehidupan aktif amat penting untuk menghindari keadaan ini daripada dialami anak.

    Jika si kecil mula menunjukkan sebarang simptom buasir, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian. Jangan teragak-agak untuk mengikut naluri keibubapaan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan