Selain pemberian ubat, terdapat pelbagai petua hilangkan demam panas anak yang boleh dicuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Selain pemberian ubat, terdapat pelbagai petua hilangkan demam panas anak yang boleh dicuba.
Apakah petua hilangkan panas dalam badan? Apakah cara tradisional turunkan panas demam anak?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui petua anak demam.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apakah petua hilangkan panas dalam badan? Apakah cara tradisional turunkan panas demam anak?
Sebelum kita mengetahui apakah antara petua hilangkan demam panas anak, jom fahami secara ringkas mengenai demam ini.
Kita pastinya berasa bimbang apabila suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding biasa. Namun ukuran suhu bukanlah petunjuk terbaik menentukan sama ada keadaan demam itu membimbangkan atau tidak.
Sebagai ibu bapa, anda perlu memerhatikan tahap keselesaan anak. Jika mereka demam ringan dan masih aktif, ia mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
Pun begitu, amat penting untuk memantau pengambilan makanan dan cecair serta corak kencing mereka semasa demam. Jika ia masih biasa, tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk membawa mereka berjumpa pakar pediatrik.
Ada sesetengah parents lebih gemar mengamalkan petua rawat anak demam berbanding penggunaan ubat moden. Ia pilihan baik yang dapat membantu membina imuniti badan si kecil untuk melawan jangkitan.
Umumnya, terdapat banyak petua hilangkan demam panas anak yang boleh dicuba. Namun terdapat beberapa keadaan anda harus membawa si kecil mendapatkan pemeriksaan doktor, seperti:
Berikut beberapa petua dan tip yang boleh anda cuba dalam membantu meredakan ketidakselesaan pada si kecil:
Petua anak demam guna bawang merah dipercayai menjadi amalan masyarakat India.
Bawang merah dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan suhu badan tetapi juga melegakan kesakitan badan semasa demam.
Halia dipercayai berfungsi membunuh bakteria punca demam pada anak. Ia turut menyebabkan anak berpeluh dan seterusnya membantu mengeluarkan haba badan dan toksin.
Masukkan dua sudu besar serbuk halia ke dalam tab mandian anak yang berisi air suam. Kacau sebati. Semasa mandi elakkan air campuran daripada terkena mata si kecil.
Mengelap badan anak dengan kerap juga dapat membantu meredakan suhu badan mereka. Sebaiknya gunakan air suam.
Basahkan kepala dan lapkan seluruh badan si kecil termasuklah celah ketiak, bawah leher, celah paha dan tapak kaki.
Bancuhan madu bersama air panas dan perahan lemon merupakan antara petua turun suhu anak demam. Pastikan air suam atau sudah sejuk sebelum diberikan kepada mereka.
Anda juga boleh memberikan anak madu. Dos yang disyorkan adalah:
Jangan sesekali memberikan madu kepada bayi di bawah usia setahun. Ia berisiko menyebabkan mereka mengalami botulisme – penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan maut.
Pengambilan cecair seperti air dan jus adalah penting bagi memastikan anak kekal terhidrat. Jus buah-buahan, air glukosa, susu, air barli dan air kelapa dapat meningkatkan tahap tenaga badan.
Bayi baru lahir yang menyusu badan, perlu diberikan susu setiap 10 minit. Jika mereka menyusu botol, tambahkan bilangan penyusuan bagi mengimbangi kehilangan cecair daripada badan. Sekurang-kurangnya tambahan 30ml diperlukan pada setiap sesi penyusuan.
Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian jumlah tambahan yang diperlukan si kecil. Ini kerana ia berbeza berdasarkan usia dan berat bayi.
Semasa demam, pastikan anak memakai pakaian nipis bagi memudahkan proses pengeluaran haba badan. Pakaian tebal hanya akan memburukkan demam kerana memerangkap haba.
Anda juga boleh mencuba cara tradisional hilangkan demam bayi dan kanak-kanak ini.
Jika suhu badannya masih tinggi, pada waktu pagi, petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Potong kecil-kecil daun tersebut, ditapis dan diambil lendirnya.
Melumurkan lendir bunga raya pada tubuh anak dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen