Anda sedang mempertimbangkan untuk membeli basikal untuk anak? Tetapi basikal budak yang bagaimana harus dipilih ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda sedang mempertimbangkan untuk membeli basikal untuk anak? Tetapi basikal budak yang bagaimana harus dipilih ya?
Apakah pula perbezaan antara basikal roda tiga, basikal dengan roda tambahan (training wheels) atau basikal imbangan (balance bike)?
Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apabila anda ingin membeli basikal pertama untuk anak, terdapat 3 pilihan sama ada basikal roda tiga, basikal dengan roda tambahan atau basikal imbangan.
Ini perbezaannya yang perlu anda ketahui:
Tricycle atau basikal dengan roda tiga biasanya sangat rendah ke tanah dan menjadikan ia sangat stabil.
Namun, tidak seperti basikal biasa, tricycle tidak membantu anak untuk mengembangkan kemahiran imbangan dan agak sukar untuk bergerak.
Tetapi tidak dinafikan, anak akan tampak comel apabila menunggang basikal beroda tiga ini.
Roda tambahan ini merupakan bahagian yang ditambah pada basikal beroda dua biasa. Bagi kebanyakan ibu bapa, ini adalah cara untuk anda belajar menunggang basikal.
Biasanya ibu bapa akan membeli basikal bersama roda tambahan untuk anak belajar menunggang basikal. Apabila tiba masanya, roda tambahan ini akan dibuka semula.
Walau bagaimanapun, kebenarannya adalah dengan adanya roda latihan ini, anak tidak belajar untuk mengimbangi diri. Sebaliknya mereka akan bergantung kepada roda tambahan ini seperti tongkat.
Basikal ini terdiri daripada dua roda dan tiada pedal, di mana ia memerlukan kanak-kanak untuk duduk di atas pelana, menolak dan mengimbangi.
Dikatakan melakukan keseimbangan adalah bahagian paling sukar untuk belajar menunggang, maka proses ini akan menjadi mudah jika anak memulakan dengan basikal imbangan.
Kini anda sudah mengetahui antara jenis-jenis basikal yang terdapat di pasaran untuk si kecil. Basikal mana yang sesuai untuk dijadikan pilihan, keputusan adalah di tangan anda.
Seperkara yang perlu ditekankan di sini, kebanyakan basikal yang dikeluarkan untuk kanak-kanak tidak mempunyai kualiti tinggi seperti basikal dewasa.
Ini kerana basikal yang berkualiti tinggi tentu perlu dijual dengan harga lebih mahal.
Kebanyakan ibu bapa akan menganggap perkara itu sebagai pembaziran kerana ia hanya akan digunakan untuk tempoh 1 atau 2 tahun sahaja sebelum anak membesar.
Sebaiknya membeli basikal yang bersesuaian dengan umur dan selamat untuk anak adalah perkara paling penting.
Basikal mestilah pada saiz yang sesuai untuk anak, di mana mereka boleh menahan basikal menggunakan kaki yang rata di atas tanah dengan selesa.
Anak sepatutnya boleh naik ke pelana atau tempat duduk dengan menundukkan basikal ke satu sisi.
Apabila mengayuh basikal, lutut tidak seharusnya terkena hendal dan kaki tidak seharusnya diregangkan sehingga menyukarkan anak menggerakkan basikal dengan mudah.
Baca juga:
Banyak perkara perlu anda pertimbangkan apabila memilih saiz basikal yang bersesuaian dengan anak.
Umumnya, basikal kanak-kanak adalah mengikut diameter roda dan bukannya ketinggian tempat duduk atau saiz bingkai.
Ini panduannya:
Diameter roda, 12-14 inci; kelim kanak-kanak (child’s inseam), 14 hingga 20 inci. Kebanyakan basikal yang lebih kecil ini dilengkapi dengan roda tambahan.
Diameter roda, 16 inci; kelim kanak-kanak, 18 hingga 21 inci. Kebanyakan basikal ini mempunyai brek coaster; ada yang mempunyai brek tangan.
Diameter roda, 20 inci; kelim kanak-kanak, 22 hingga 25 inci. Basikal untuk usia ini boleh mempunyai lebih daripada 1 kelajuan dan mempunyai brek tangan.
Diameter roda, 24 inci; kelim kanak-kanak, 26 inci dan lebih. Basikal jenis ini biasanya mempunyai ciri-ciri basikal dewasa.
Kelim kanak-kanak berkaitan basikal ini adalah ukuran celah kangkang anak. Untuk mengukurnya anda perlu meminta anak:
Bagaimana untuk membeli basikal untuk anak jika mereka tidak kekal pada saiz yang sama? Disebabkan faktor ini, anda mungkin terfikir untuk membeli basikal yang lebih besar sebagai pilihan menjimatkan.
Namun terdapat kelemahannya:
Jika anak tidak boleh menyentuh tanah apabila duduk di pelana atau tidak boleh mencapai hendal atau brek dengan selesa – maka ini menunjukkan ia bukanlah basikal selamat untuk mereka.
Basikal yang terlalu kecil juga boleh menyebabkan anak tidak selesa dan tidak stabil.
Bayangkan jika anda sebagai individu dewasa perlu menunggang basikal yang tidak bersesuaian, pastinya mendatangkan ketidakselesaan, betul tak? Keadaan ini juga akan menyebabkan anda tidak mahu menunggang basikal.
Begitu juga situasinya dengan si kecil, anda pastinya mahu anak berbasikal dengan rasa seronok. Tetapi jika basikal tidak bersesuaian, tiada keseronokan buat mereka.
Apabila bercakap mengenai pembelian basikal budak kecil, ia sebaiknya tidak dibeli untuk dijadikan hadiah. Tetapi cara terbaik untuk membeli basikal adalah dengan membawa anak bersama ke kedai. Ingin tahu kenapa?
Membawa anak ke kedai basikal adalah perlu bagi melakukan uji tunggangan bagi menentukan sama ada ia basikal yang bersesuaian atau tidak.
Sudah tahu basikal mana yang harus dibelikan untuk si kecil? Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk dijadikan panduan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen