Pernahkah anda mengalami situasi di mana anak selalu demam pada waktu malam, namun sihat pada waktu siang? Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anak selalu demam pada waktu malam, namun sihat pada waktu siang? Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Jika suhu badan anak meningkat selepas 7 petang, tetapi kebah pada siang hari, pasti ibu bapa risau dan tertanya-tanya kenapa demam pada waktu malam sahaja.
Walaupun kebanyakan kes badan anak panas pada waktu malam tidak membawa kepada keadaan yang serius, namun ia juga boleh menjadi isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih teruk.
Demam pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah jangkitan bakteria atau virus, perubahan suhu tubuh secara semula jadi, dan juga reaksi alergi atau keradangan.
Kenapa selalu demam on off? Demam malam pada kanak-kanak boleh berlaku akibat pelbagai sebab.
Antara sebab paling biasa anak kerap demam terutama pada malam hari adalah kerana:
Punca utama demam malam biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria atau virus.
Jangkitan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma dan jangkitan saluran kencing.
Suhu tubuh biasanya akan meningkat secara semula jadi pada malam hari.
Demam ringan pada waktu siang boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur.
Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis, juga boleh menyebabkan demam pada waktu malam.
Kadangkala, pakaian tebal atau suhu bilik yang terlalu panas boleh meningkatkan suhu tubuh anak terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri.
Demam ringan pada malam hari juga boleh berlaku selepas suntikan vaksinasi.
Kanak-kanak mengalami demam biasanya ditandai dengan beberapa simptom seperti berikut:
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan anak kerap demam:
Dalam merawat anak demam, tumpuan utama adalah untuk meningkatkan keselesaan keseluruhan tubuh kanak-kanak tersebut.
Anak demam walaupun membimbangkan, biasanya tidak berbahaya dan merupakan mekanisme tubuh mereka untuk melawan penyakit.
Namun, ada kalanya demam pada kanak-kanak boleh menjadi tanda bahawa mereka memerlukan rawatan perubatan lanjut.
Jika anak menunjukkan gejala lain selain demam, seperti lesu, tidak makan atau minum, atau sukar bernafas, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen