backup og meta

Makin Banyak Pilihan Kerja, KidZania Kuala Lumpur Tambah Pengalaman Buat Si Kecil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2023

    Makin Banyak Pilihan Kerja, KidZania Kuala Lumpur Tambah Pengalaman Buat Si Kecil!

    Ramai ibu bapa yang sudah mula buntu mencari aktiviti menarik di KL untuk anak agar hujung minggu mereka sentiasa padat dengan riadah atau rekreasi. Tenang, ibu bapa usah runsing lagi, mungkin KidZania Kuala Lumpur adalah destinasi paling tepat buat anda sekeluarga!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

    Aktiviti menarik di KL untuk anak ketika membesar!

    Golongan kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan aktiviti-aktiviti menarik supaya ia dapat membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan mereka.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Aktiviti tidak kira di dalam atau luar rumah, akan mampu membina aspek fizikal dan mental anak anda agar mereka boleh menginjak usia remaja, belia serta dewasa dengan lebih bersedia.

    Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu terlalu kusut kepala memikirkan perkara ini kerana kanak-kanak tetap boleh bermain atau beraktiviti di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja.

    Sebagai ibu bapa, apa yang anda perlu buat adalah menemani dan mengawasi anak di saat mereka sedang melakukan aktiviti kerana faktor keselamatan serta kesejahteraan itu paling utama.

    aktiviti menarik di kl

    Kalau ibu bapa masih belum punya idea untuk aktiviti anak anda, kami ada satu destinasi menarik!

    KidZania Kuala Lumpur, syurga buat kanak-kanak

    Untuk pengetahuan anda semua, KidZania Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat hiburan mesra keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

    Taman tema ini berkonsepkan sebuah bandar kecil yang menawarkan pembelajaran interaktif atau pengalaman realiti sesuai bagi golongan kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

    Matlamatnya, kanak-kanak boleh mendapatkan peluang merasai dan menjalani sebuah ‘pekerjaan’ yang hampir serupa seperti kehidupan orang dewasa sekali gus membuat mereka menjadi terbuka, terbiasa dan lebih bersedia untuk bekerja bila tiba masa.

    Dalam masa yang sama, aktiviti menarik di KL untuk anak anda di sini juga mampu membentuk disiplin, komunikasi, toleransi dan motivasi kanak-kanak agar dapat mengharungi hari esok dengan lebih baik.

    Aktiviti menarik di KL: Apa aktiviti yang anak anda boleh buat di KidZania?

    Persoalannya, kenapa ibu bapa harus pilih KidZania sedangkan ada banyak lagi destinasi sebegini?

    aktiviti menarik di kl

    Pertama, anda harus tahu bahawa taman tema ini memiliki kemudahan dan kepelbagaian dari segi infrastruktur yang maju lagi moden lantas menepati piawaian keselesaan serta keselamatan.

    Dalam pada itu, di sana turut wujud macam-macam jenis ‘pekerjaan’ yang kanak-kanak boleh cuba di dalam bidang tertentu termasuk bidang profesional tanpa sebarang terma serta syarat.

    Ada banyak tugas atau kerja yang anak anda boleh cuba di KidZania Kuala Lumpur seperti berikut:

    • Doktor
    • Bomba
    • Polis
    • Posmen
    • Juruwang
    • Juruterbang
    • Buruh pembinaan
    • Ejen penjualan
    • Juruhebah radio

    Tambahan baru ke dalam senarai sedia ada!

    Pada 1 Disember 2022, KidZania Kuala Lumpur telah mengumumkan bahawa mereka sudah mula menjalinkan kerjasama dengan syarikat baharu untuk menarik lebih banyak pengunjung.

    Syarikat gergasi tanah air Kodomo Lion, Faber Castel, Canon, Hotel Central dan Optimax telahpun bersetuju untuk membuka dan mempromosi cawangan saiz mini mereka di pusat hiburan pendidikan kanak-kanak ini.

    Ini sudah tentu akan menambah lagi jumlah kedai dan perusahaan yang ada di situ lantas menarik lebih ramai kanak-kanak untuk mencari pengalaman pekerjaan dalam bentuk ‘role play‘ ini.

    aktiviti menarik di kl

    Di hari yang sama juga, pihak media telah dibawa untuk mengembara dan meneroka bandar kecil itu bagi merasai sendiri suasana yang bakal ditempuh oleh pengunjung. Kesannya, kami boleh kata bahawa KidZania Kuala Lumpur memang destinasi yang menarik!

    Aktiviti menarik di KL untuk anak yang mencabar!

    Konklusinya, kami boleh kata bahawa setiap aktiviti-aktiviti di sini memang menarik namun tidak mudah atau lebih tepat – mencabar. Tetapi, kalian tidak perlu rasa takut dengan cabaran ini.

    Ini kerana semua pekerjaan di sini boleh mendatangkan suatu pengalaman yang cukup bermakna, berharga serta bermanfaat bukan sahaja buat golongan kanak-kanak malahan buat ibu bapa.

    Selain aktiviti yang menarik untuk pelajar sekolah tadika dan rendah ini mampu membantu mendidik, mengajar dan membentuk jati diri kanak-kanak, ia juga boleh membuat ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama si kecil mereka.

    Jadi, ibu bapa tidak perlu pening kepala fikir aktiviti menarik di KL untuk anak. Mari kita ke KidZania!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan