backup og meta

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 11/01/2024

    Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

    Ibu ayah mana yang tak panik jika si kecil demam panas lebih-lebih lagi ketika tengah malam, kan? Lebih malang lagi apabila klinik di luar pula sudah tutup! Namun begitu, adakah terdapat cara hilangkan demam bayi 1 tahun tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan doktor?

    Buat ibu ayah di luar sana, jangan panik dahulu. Di sini, kami akan kongsikan khas buat anda petua hilangkan demam panas anak yang berkesan.

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Mengenal pasti anak demam panas kaki sejuk

    Buat mereka yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah, mungkin ada yang masih lagi tidak tahu tentang punca anak demam panas on off.

    Jom, kita fahaminya terlebih dahulu sebelum anda mengetahui cara hilangkan demam bayi 1 tahun!

    Untuk makluman anda, demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan. Penyebab demam yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak adalah berpunca daripada jangkitan virus dan bakteria.

    Bukan itu sahaja, demam juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan daripada suntikan vaksin, tetapi bukan semua bayi akan mengalami demam selepas imunisasi.

    Jadi, ibu ayah tidak perlu risau kerana situasi ini merupakan petanda bahawa tubuh si kecil anda sihat dan memberi respons antibodi dalam badan.

    Pun begitu, anda tetap harus peka terhadap suhu si kecil anda dari semasa ke semasa.

    Berikut merupakan beberapa keadaan bayi yang perlu dipantau dan dibawa ke klinik atau hospital dengan segera:

  • Bayi berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya  38˚C atau lebih tinggi
  • Anak berusia lebih dari tiga bulan dan suhu badannya melebihi 40˚C
  • Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu ayah prihatin terhadap tanda-tanda anak demam panas on off seperti yang berikut:

    • Kerap muntah dan cirit-birit
    • Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut si kecil anda
    • Merasai peluh atau kelembapan pada tubuh bayi anda
    • Pipi si manja anda kelihatan kemerahan
    • Masalah pernafasan
    • Anak enggan minum dengan banyak
    • Demam melebihi dua hari
    • Sawan
    cara hilangkan demam bayi 1 tahun
    Masalah pernafasan kanak-kanak.

    Apa pula petua anak demam malam yang boleh dicuba?

    Berikut merupakan beberapa cara hilangkan demam bayi 1 tahun yang ibu ayah boleh cuba di rumah:

    Petua hilangkan demam panas anak #1. Pakaikan baju nipis pada bayi

    Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang longgar dan tidak tebal bagi memastikan haba tidak terperangkap.

    Anda boleh cuba pakaikan si manja dengan pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana ia dapat menyerap peluh bayi anda.

    Elakkan juga daripada membedung dan menyelimutkan bayi anda dengan kain yang tebal kerana ia akan menyebabkan si kecil anda tidak selesa.

    #2. Pastikan si manja kekal terhidrat, antara cara hilangkan demam bayi 1 tahun

    petua bayi 1 tahun demam
    Ibu sedang menyusukan bayi.

    Suhu badan yang meningkat ketika si kecil anda demam akan membuatkan badan mereka banyak berpeluh. Ini akan menyebabkan mereka mengalami dehidrasi kerana kehilangan cecair yang banyak.

    Oleh itu, anda perlu sentiasa berikan susu kepada si manja anda yang berusia enam bulan ke bawah. Bagi bayi yang sudah berusia lebih 1 tahun, anda boleh berikannya air masak sedikit selepas mereka menyusu.

    Pastikan si manja anda kekal terhidrat kerana mereka tidak dapat memberitahu sekiranya mereka dahaga.

    Cara hilangkan demam bayi 1 tahun #3. Pastikan suhu bilik selesa

    Anak demam panas on off mungkin akan meragam apabila keadaan sekelilingnya tidak begitu selesa. Jadi, pastikan anak anda berada dalam ruangan yang nyaman dan menyegarkan.

    Buka tingkap dan pintu sedikit supaya udara segar dan nyaman dapat masuk ke dalam bilik.

    Keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas atau sejuk dapat membantu meredakan suhu badan bayi anda yang sedang demam.

    #4. Lap badan bayi dengan kain yang lembap

    cara rawat anak demam panas
    Mengelap badan bayi dengan kain lembap bagi meredakan demam.

    Mengelap badan bayi dengan kerap merupakan salah satu cara hilangkan demam bayi 1 tahun yang paling popular. Ambil kain yang diperbuat daripada kapas dan rendamkannya di dalam air.

    Kemudian, perahkan kain tersebut dan tuamkan di kepala, celah ketiak, leher dan tapak kaki si manja anda. Ini secara tidak langsung dapat menurunkan panas badan bayi.

    #5. Mandikan bayi dengan air suam sebagai cara hilangkan demam bayi 1 tahun

    Anda boleh cuba mandikan si manja menggunakan air suam bagi meredakan suhu badan mereka. Sentuh air mandian tersebut terlebih dahulu dan pastikan ianya tidak begitu panas dan hangat.

    Namun begitu, elakkan daripada menggunakan air sejuk kerana ini boleh menyebabkan bayi anda menggigil dan meningkatkan suhu bayi anda lagi.

    Kesimpulan

    Sekiranya demam si manja anda semakin berlarutan, segeralah dapatkan rawatan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 11/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan