backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Susukan Anak Orang Lain Tanpa Izin? JANGAN BUAT! Ini Bahaya Yang Kita Tak Nampak

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/05/2023

Susukan Anak Orang Lain Tanpa Izin? JANGAN BUAT! Ini Bahaya Yang Kita Tak Nampak

Kalau anda merupakan pengguna tegar media sosial, pasti anda telah terbaca satu cerita mengenai kekecewaan seorang wanita setelah sahabat baiknya bertindak menyusukan anaknya tanpa izin. Ramai orang ambil berat mengenai tabiat mencium bayi semasa kecil, tetapi bagaimana pula dengan pemberian susu ibu menyusu, lebih-lebih lagi tanpa keizinan ibu kandung?

Menurut mangsa, rakan baiknya telah menyusukan anaknya atas dasar ‘kasihan’. Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu hanya ingin menghentikan tangisan anaknya.

Tetapi, bolehkah ibu lain menyusukan anak orang lain? Lazimnya, penyusuan bayi baru lahir eksklusif untuk ibu kandung sahaja.

Menjawab persoalan di atas, jawapannya, boleh! Tetapi, ada beberapa risiko yang perlu anda fikirkan. Susu ibu menyusu mempunyai komposisi yang berbeza-beza. Jadi, bukan semua bayi boleh ‘bertahan’ dengan susu badan orang lain!

Dalam artikel kali ini kami akan terangkan serba sedikit mengenai kebaikan susu ibu menyusu dan bahaya menyusukan anak dengan susu daripada dua orang wanita yang berbeza.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan susu ibu menyusu

susu ibu menyusu

Tidak dinafikan, ada banyak kebaikan susu ibu kepada bayi. Antaranya, ia dapat melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit untuk jangka masa pendek dan panjang.

Bayi yang menyusu susu ibu juga didapati kurang berisiko untuk menghidap asma, obesiti, diabetes jenis 1 dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).

Bukan itu sahaja, bayi juga tidak akan mengalami jangkitan telinga dan sakit perut sekerap bayi lain yang tidak minum susu ibu.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya bayi disusukan oleh wanita lain yang bukan ibu kandungnya sendiri?

Sebenarnya, berkongsi susu ibu bukanlah sesuatu yang baharu. Dalam sesetengah budaya, amalan ini masih lagi hidup sehingga sekarang.

Sebelum ini, tidak ada cara lain untuk membekalkan anak dengan nutrisi yang mencukupi melainkan melalui susu ibu itu sendiri.

Tanpa susu ibu, bayi tersebut mungkin tidak dapat hidup lama. Jadi, salah satu cara untuk wanita zaman dahulu mengatasi masalah ini adalah dengan menjadi ibu susuan.

Walau bagaimanapun, kini masalah ini boleh diatasi dengan munculnya susu formula. Disebabkan teknologi yang kian berkembang, susu formula pada zaman sekarang juga menyerupai susu ibu.

Kandungan nutrisi yang seakan-akan sama juga dapat membantu bayi membesar dengan sihat walaupun tanpa susu ibu.

Anak disusukan wanita lain, apakah bahayanya?

susu ibu menyusu

Susu ibu merupakan sejenis cecair badan. Sekiranya ibu tidak berhati-hati, penyusuan oleh dua orang wanita yang berbeza boleh mencetuskan penyakit.

Sebagai contoh, penyakit seperti hepatitis, HIV dan banyak jenis STD boleh merebak melalui susu ibu.

Bukan itu sahaja, bayi juga mungkin akan mengalami kesan sampingan sekiranya ibu susuan sedang mengambil ubat-ubatan tertentu, minum minuman berkafein atau yang mengandungi alkohol.

Bahan-bahan dalam minuman ini juga boleh masuk ke dalam badan bayi melalui susu ibu.

Bukan itu sahaja, diet yang berbeza juga boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan anak.

Sebagai contoh, sekiranya wanita tersebut sering minum kopi, kandungan kafein dalam susu badannya boleh menyebabkan anak terjaga dan susah tidur malam!

Bayi yang disusukan orang lain juga boleh menjadi keliru dan mula ‘buat perangai’. Oleh sebab itu, mungkin sukar untuk ibu kandung kembali menyusukan anak setelah disusukan oleh orang lain.

Jangan lupa, ada juga kesan dari segi emosi, terutamanya terhadap ibu kandung. Dalam kes ini, nampak jelas bahawa ibu kandung rasa sangat tertekan dan sedih disebabkan tindakan rakan baiknya.

Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Asian Journal of Transfusion Science, lebih banyak keluarga akan mengalami masalah tidak disangka-sangka setelah menerima susu yang ‘didermakan’ ahli keluarga sendiri.

Malah, ada risiko ahli keluarga tersebut mempunyai sejarah penyakit yang tidak diketahui!

Baca juga:

  • 11 Jenis Makanan Ini Ibu Menyusu Perlu Ambil Dan Elak Jika Baby Ada Jaundis
  • Pipi Bayi Berkudis Selepas Menyusu Badan? Ini Cara Untuk Atasi Ruam Ekzema!
  • Kandungan susu ibu menyusu berbeza mengikut individu

    susu ibu menyusu

    Bukan semua susu ibu menyusu itu sama. Komposisinya juga mungkin berbeza mengikut individu.

    Oleh sebab itu, ibu yang boleh menyusu tidak digalakkan untuk menyusukan anak orang lain, lebih-lebih lagi tanpa persetujuan ibu kandungnya.

    Antara risiko penyusuan bayi baru lahir oleh ibu susuan adalah:

    1. Perbezaan komposisi susu ibu mungkin bakal mendatangkan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi jika bayi tidak sama umur atau di dalam fasa perkembangan yang berbeza.
    2. Bayi sendiri mungkin tidak mahu disusukan jika bukan oleh ibunya sendiri.
    3. Ada risiko jangkitan (pada wanita dan juga bayi).
    4. Penghasilan susu ibu kandung mungkin terjejas.

    Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak boleh menyusukan anak atau mengalami masalah penyusuan, ada beberapa alternatif yang boleh diambil.

    Antaranya:

    1. Jika anda boleh pam susu, simpan susu dalam botol untuk anak.
    2. Berikan susu formula sekiranya anak boleh minum kedua-dua susu badan dan susu formula.
    3. Bercakap dengan doktor tentang masalah anda. Doktor mungkin dapat memberikan nasihat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Kesimpulannya, kandungan susu ibu menyusu berbeza mengikut individu. Dari segi etika, jelas bahawa penyusuan yang tidak mendapat persetujuan si ibu kandung adalah tidak beradab. Sebagai ibu, hormatilah hak setiap ibu lain yang hanya inginkan penyusuan susu ibu eksklusif untuk bayi mereka sendiri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan