Pening mencari susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun sebab terlalu banyak pilihan di pasaran? Tepat sekali anda pilih membaca artikel ini, kerana kami akan kongsikan antara jenama susu formula yang baik untuk si manja.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pening mencari susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun sebab terlalu banyak pilihan di pasaran? Tepat sekali anda pilih membaca artikel ini, kerana kami akan kongsikan antara jenama susu formula yang baik untuk si manja.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan pakar menyarankan agar penyusuan susu badan eksklusif diberikan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan. Bahkan ibu amat disarankan untuk terus menyusukan si manja hingga mencapai usia dua tahun.
Ini kerana susu ibu mengandungi nutrien optimum yang menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan bayi. Malah terdapat antibodi dalam susu ibu yang berfungsi melindungi si manja daripada pelbagai penyakit.
Apabila bayi mula mengambil makanan pejal, penyusuan masih perlu diteruskan bagi memenuhi keperluan nutrien mereka.
Namun buat anda yang mungkin mengalami masalah untuk meneruskan penyusuan badan, berikut beberapa pilihan susu formula terbaik boleh diberikan buat si manja.
Walau bagaimanapun, berundinglah dengan doktor pakar kanak-kanak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pilihan jenama susu formula bagi menentukan kesesuaiannya dengan si manja.
Dalam memilih susu formula untuk anak, perkara paling penting adalah anda harus menitikberatkan aspek kesesuaian. Ini penting bagi menghindari sebarang masalah seperti alahan kepada si manja.
Berikut beberapa senarai susu formula terbaik yang boleh dijadikan panduan:
Susu Formula S26 Progress ini dirumus khas untuk anak berusia satu hingga tiga tahun bagi meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka.
Ia mengandungi sphingomyelin dan fosfolipid yang merupakan antara komponen penting perkembangan otak dan membantu proses pembelajaran anak. Gabungan sphingomyelin dan DHA akan menyokong perkembangan otak 10x lebih pantas.
Selain Oligofructose yang menjadikan fungsi sistem penghadaman anak lebih baik, ia turut mengandungi Oligosakarida 2′-FL untuk menyokong sistem imuniti dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (bifidobacteria) dan membasmi bakteria jahat (patogen).
Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak dan dalam masa yang sama ia mudah untuk dicerna.
Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ baharu mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya dan ia juga bebas fruktosa (gula).
Friso Gold 3 ini mengandungi nutrien penting seperti:
Dumex Dugro Sure mengandungi nutrien penting yang menyokong tumbesaran fizikal optimum si manja seperti protein, kalsium, vitamin D dan zink.
Dugro Sure juga tinggi kandungan serat yang baik untuk persekitaran usus sihat serta DHA merupakan komponen penting untuk otak dan mata.
Paling penting ia tidak mengandungi sukrosa, sekali gus dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi si manja.
PediaSure menyediakan susu formula dengan nutrisi pemakanan yang lengkap bagi kanak-kanak berusia dari satu sehingga 10 tahun dan membantu meningkatkan selera makan mereka.
Susu ini diformulasikan secara saintifik bagi memenuhi keperluan protein anak bersama 25 vitamin dan mineral untuk menyokong proses pertumbuhan dan tumbesaran.
Ia mengandungi nutrien seperti FOS, probiotik dan MCT (Medium chain triglycerides) serta taurin, kolin dan omega 3 serta 6 untuk menyokong perkembangan minda.
Susu formula untuk anak berusia satu ke atas ini diperkaya dengan:
Ia juga mengandungi Gangliosida (GA), penting bagi perkembangan otak yang membantu menghubungkan sel-sel otak supaya proses menghafal dan pembelajaran anak menjadi lebih baik.
Susu Enfagrow A+ ini dihasilkan untuk anak satu hingga tiga tahun. Ia mengandungi MFGM PRO, sebatian kompleks bioaktif dalam otak – fosfolipid dan sphingomyelin – yang membantu menyokong perkembangan kognitif dan mengurangkan risiko si kecil untuk jatuh sakit.
Selain terdapat prebiotik FOS yang berfungsi mengekalkan persekitaran usus sihat, susu formula ini juga mempunyai lebih 60 peratus DHA berbanding jenama susu lain.
Ia juga mengandungi kanji beras yang berfungsi memekatkan susu formula sekali gus mengurangkan risiko untuk anak muntah.
Merupakan jenama susu formula berasaskan susu kambing. Ia dianggap sebagai pilihan terbaik bagi susu formula yang bukan berasaskan susu lembu.
Susu ini sesuai untuk anak berusia satu hingga tujuh tahun ke atas yang mengalami intoleransi laktosa. Ini kerana susu kambing ini kurang kandungan laktosa, sekali gus akan memudahkan sistem penghadaman si manja.
Susu kambing yang mengandungi SN-2 palmitate, lebih 400 peratus DHA dan tanpa gula tambahan ini dapat memenuhi keperluan anak berusia satu hingga tiga tahun.
Produk di atas merupakan cadangan berdasarkan pembacaan penulis. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen