backup og meta

Ibu, Ini 4 Cara Panaskan Susu Badan Yang Betul! Barulah Tak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2022

    Ibu, Ini 4 Cara Panaskan Susu Badan Yang Betul! Barulah Tak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

    Amat penting untuk para ibu mengetahui cara panaskan susu badan yang betul. Ini kerana kebanyakan bayi lebih gemar menyusu susu yang telah dipanaskan.

    Memanaskan susu ibu juga membantu konsistensi selepas ia disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan. Ini kerana kedua-dua proses penyimpanan tersebut ‘memisahkan’ antara lemak dan cecair.

    Sama ada cara panaskan susu ibu guna air panas atau hanya membiarkan susu cair di bawah suhu bilik, kedua-duanya boleh membantu memudahkan susu kembali kepada konsistensi asal.

    Ingin tahu cara yang betul untuk memanaskan susu ibu? Kenalah teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Keperluan memanaskan susu ibu

    Sebenarnya, anda tidak perlu memanaskan susu ibu. Ini kerana susu badan tidak perlu mencapai suhu tertentu selepas dicairkan sebelum diberikan kepada si kecil.

    Ini bermakna, selagi ia menjadi cecair, tanpa sebarang kristal ais, ia selamat untuk disusukan kepada bayi.

    Namun, kita tidak dapat menafikan hakikat kebanyakan bayi lebih sukakan susu ibu yang suam/hangat.

    Jadi dengan memanaskannya, ia dapat menghilangkan rasa sejuk dan menjadikan sesi penyusuan lebih menyelesakan. Susu ibu yang hangat juga dapat membantu menenangkan si kecil.

    Cara panaskan susu badan

    Berikut merupakan cara panaskan susu badan untuk ibu cuba:

    #Cara panaskan susu ibu guna air panas

    Untuk memanaskan susu ibu daripada peti sejuk:

    1. Ambil susu ibu dari peti ais dan ketepikan.
    2. Tuangkan air suam – bukan air panas mendidih – ke dalam cawan atau mangkuk.
    3. Letakkan beg atau botol susu bertutup dalam mangkuk berisi air suam. Penting untuk memastikan susu yang hendak dipanaskan disimpan di dalam bekas bertutup.
    4. Biarkan bekas susu terendam di dalam air suam selama 1-2 minit sehingga susu ibu mencapai suhu yang dikehendaki.
    5. Dengan tangan yang bersih, tuangkan susu ibu ke dalam botol. Jika ia sudah berada di dalam botol, letakkan puting susu.
    6. Swirl atau pusing-pusingkan botol susu untuk mencampurkan lemak dan cecair jika ia terpisah. Jangan menggoncangkan (shake) botol!

    Sebaiknya uji suhu susu ibu sebelum diberikan kepada si kecil. Lakukannya dengan menitiskan susu ke pergelangan tangan – susu seharusnya suam dan bukannya panas.

    Jangan sesekali mencelup jari ke dalam susu, ini boleh meningkatkan risiko penyebaran kuman.

    cara panaskan susu badan

    Anda juga boleh memanaskan susu dengan mengalirkan air paip panas ke botol atau beg susu yang tertutup. Namun kaedah ini memakan masa dan juga membazir air. Anda juga berdepan risiko tangan melecur jika menggunakan cara panaskan susu ibu guna air panas ini.

    #Memanaskan susu ibu yang dibekukan

    Bawa keluar jumlah susu yang dibekukan dan disimpan ke dalam peti ais untuk membolehkan ia mencair semalaman. Kemudian, anda ikuti langkah yang sama seperti memanaskan susu ibu daripada peti sejuk.

    Sekiranya memerlukan susu dalam kadar segera dan hanya mempunyai susu dipam yang telah dibekukan, anda boleh memanaskan susu ibu tersebut menggunakan kaedah yang sama. 

    Cuma apa yang membezakan adalah ia perlu direndam di dalam air suam untuk tempoh antara 10-15 minit atau lebih lama.

    cara panaskan susu badan

    Cara panaskan susu badan: Bahaya jika terlebih panas

    Kebimbangan jika terlebih memanaskan susu ibu adalah boleh menyebabkan mulut dan kulit sensitif si kecil terbakar semasa cuba meminum susu atau menyentuh botol yang panas.

    Suhu yang terlalu panas juga boleh merosakkan susu ibu – memusnahkan banyak nutrien penting diperlukan bayi.

    Sekiranya tanpa sengaja terlebih memanaskan sebotol susu, anda boleh menyejukkannya dan ia lebih selamat untuk diberikan kepada si kecil. Paling penting, pastikan ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam sahaja.

    Perkara perlu dielakkan dalam cara panaskan susu badan

    #Penggunaan ketuhar gelombang mikro

    Jangan menggunakan microwave untuk memanaskan susu ibu. Ini kerana ketuhar gelombang mikro tidak memanaskan makanan secara sekata, jadi ia boleh menghasilkan bintik panas yang berbahaya kepada si kecil.

    Alat pemanas ini juga dipercayai merosakkan nutrien dan antibodi dalam susu ibu. 

    Tetapi anda boleh menggunakan microwave untuk memanaskan air yang akan digunakan untuk merendam susu badan.

    Baca juga:

    #Memanaskan semula

    Jangan memanaskan semula atau menyimpan semula baki susu yang telah dipanaskan (sekiranya masih berbaki).

    Bahkan jika susu masih banyak tetapi sudah berada di dalam suhu bilik untuk tempoh lebih 2 jam, sebaiknya ia dibuang. 

    Kenapa susu ibu berbau pelik?

    Selepas mencuba cara panaskan susu badan di atas, anda mungkin perasan susu mengeluarkan bau agak berbeza.

    Ini kerana enzim yang dipanggil lipase memecahkan lemak dan membebaskan asid lemak – satu proses yang membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

    Ada ibu yang menyatakan susu yang disimpan di dalam peti ais atau dibekukan mempunyai bau sabun atau tengik (rancid).

    Sekiranya anda menyimpan dengan cara yang betul, ia pasti selamat dan baik untuk digunakan.

    cara panaskan susu badan

    Akhir kata

    Secara umumnya, susu ibu yang disimpan dengan kaedah yang betul di dalam peti sejuk atau dibekukan boleh dipanaskan bagi memudahkan proses penyusuan.

    Sentiasa gunakan beg penyimpanan atau botol yang direka khas untuk menyimpan susu ibu selepas dipam.

    Semoga perkongsian berkaitan cara panaskan susu badan ini bermanfaat untuk semua ibu di luar sana!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan