backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Baby Kerap Kentut Tapi Tak Berak? Ibu Boleh Cuba 5 Petua Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    Baby Kerap Kentut Tapi Tak Berak? Ibu Boleh Cuba 5 Petua Ini Untuk Atasinya

    Jika bayi kerap kentut tapi tak berak, anda tidak perlu risau. Ini kerana si manja masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan sistem pencernaan diri mereka. Ia adalah perkara normal pada bayi.

    Terdapat beberapa sebab mengapa si manja mungkin tidak berak. Ia pastinya boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mereka, bahkan diri anda sendiri sebagai ibu bapa. 

    Namun dalam kebanyakan kes, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bayi tak berak tapi kentut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Punca bayi kerap kentut tapi tak berak 

    Bayi boleh mengalami sembelit. Malah dianggarkan lebih 30 peratus si kecil kerap mengalaminya.

    Situasi itu boleh membuatkan bayi mengeluarkan angin (membuang angin/kentut), walaupun tidak membuang air besar. 

    Selain itu, bayi anda mungkin menelan lebih banyak udara terutamanya semasa menangis, sekali gus meningkatkan angin di dalam badannya. 

    Sesetengah bayi pula mempunyai lebih banyak angin dalam badan secara semula jadi. Sekiranya bayi kerap kentut busuk, ia mungkin hanya kentut yang lebih berbau tanpa sebarang masalah kesihatan.

    Walau bagaimanapun, jika bayi kelihatan mengalami kesakitan kesan angin ini, bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak.

    Baca juga:

    Adakah sembelit punca bayi kerap kentut tapi tak berak?

    Jika bayi mempunyai banyak angin tetapi tidak membuang air besar, semak tanda dan gejala sembelit lain seperti:

    • Menangis berlebihan atau mudah meragam
    • Selera makan berkurangan
    • Meneran teruk atau muka kemerahan tetapi tidak berak
    • Najis kecil dan keras (jika membuang air besar)
    • Najis kering (jika membuang air besar)

    Apa yang perlu dilakukan? 

    Dalam kebanyakan kes, masalah perut berangin dan sembelit bayi akan hilang dengan sendiri apabila sistem penghadaman mereka menjadi lebih matang.

    Pemeriksaan doktor

    Jika si manja baru lahir – di bawah usia 6 minggu – tidak membuang air besar sama sekali atau sangat jarang, lakukan pemeriksaan doktor segera.

    Dalam kes jarang berlaku, tidak berak boleh menjadi tanda kemungkinan masalah kesihatan. Semak simptom lain seperti:

    bayi kerap kentut tapi tak berak

    Justeru, amat penting untuk ibu ayah membawa anak bagi pemeriksaan doktor jika terdapat darah dalam najis mereka.

    Sekali-sekala bayi berusia lebih 6 minggu akan mengalami sembelit. Namun sekiranya si kecil tidak berak lebih daripada seminggu atau mengalami sembelit dengan najis keras lebih daripada sekali, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor segera.

    Rawatan rumah bantu atasi bayi kerap kentut tapi tak berak

    Berundinglah dengan doktor jika anda perlu mencuba rawatan di rumah bagi mengatasi bayi tak berak tapi kentut seperti:

    Cecair 

    Jika si manja berusia lebih 6 bulan – usia anak amat penting untuk dititikberatkan – anda boleh memberikan mereka beberapa mL air.

    bayi kerap kentut tapi tak berak

    Untuk bayi berumur sekurang-kurangnya 1 bulan, berbincang dengan doktor untuk memberikan mereka sedikit jus epal atau jus pir – 30 mL untuk setiap bulan, sehingga 4 bulan. Bayi yang sudah mengambil makanan pejal jugal boleh diberikan jus prun.

    Jus ini mempunyai gula semula jadi yang disebut sebagai sorbitol yang berfungsi sebagai laksatif (julap). Ia mungkin membantu melembutkan najis bayi.

    Makanan 

    Bayi yang sudah mula mengambil makanan pejal boleh diberikan makanan tinggi serat untuk membantu melancarkan pergerakan usus mereka.

    Berikan mereka pilihan makanan seperti buah prun, ubi keledek atau sebarang jenis buah-buahan.

    Senaman 

    Si kecil mungkin hanya perlu bergerak untuk merangsang pergerakan usus. Jadi bantu mereka dengan menggerakkan kaki mereka seperti gerakan mengayuh basikal.

    Anda juga boleh mengangkat bayi supaya mereka dapat ‘berjalan’ di pangkuan paha.

    Urutan dan mandian air suam bantu atasi bayi kerap kentut tapi tak berak 

    Lakukan urutan lembut pada perut dan badan si kecil. Ini dapat membantu melegakan dan melancarkan pencernaan mereka.

    bayi kerap kentut tapi tak berak

    Anda juga boleh mencuba berikan si manja mandian air suam untuk menenangkan diri mereka.

    Ubatan 

    Sekiranya sebarang petua di atas tidak membawa sebarang perubahan, doktor mungkin akan mengesyorkan mencuba suppositori gliserin.

    Walaupun perlu dimasukkan ke dalam dubur bayi, namun ia mungkin dapat memberikan kelegaan dan membantu si manja tidur lebih lena selepas mereka dapat membuang air besar.

    Akhir kata

    Sekiranya bayi kerap kentut tapi tak berak, bertenang. Ia gejala normal pada bayi kerana mereka sedang belajar menerima makanan dan mencernanya. Si manja juga mungkin sembelit.

    Lakukan pemeriksaan doktor segera jika bayi baru lahir – di bawah usia 6 minggu – langsung tidak berak sama sekali. 

    Anda juga perlu membawa anak berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami sembelit lebih daripada 5 hingga 7 hari atau wujud gejala lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan