Penting untuk ibu bapa mengetahui bahawa jika bayi meneran atau kemerahan ketika hendak membuang air besar, ia tidak semestinya petanda mereka mengalami sembelit.
Ia boleh menjadi perkara biasa untuk bayi menunjukkan simptom tersebut dan mempunyai pergerakan usus dan najis yang normal.
Baby tak berak 2 hari: Bantu pergerakan usus si manja
Sembelit yang tidak dirawat akan menyukarkan lagi si manja membuang air besar atau bayi tak berak tapi kentut.
Oleh itu, jika anda mengesyaki sembelit punca ketidakselesaan bayi, beberapa petua di rumah ini boleh anda lakukan untuk melegakannya.
Jika bayi masih belum mengambil makanan pejal, anda boleh memberikan 30 hingga 59 mL jus buah seperti pir, prun atau epal, sekali sehari. Hentikan pemberian jus jika najis bayi menjadi terlalu cair.
Sekiranya si manja sudah mula makan, berikan mereka puri buah pir, pic atau prun. Jika bayi makan bijirin, mungkin anda boleh menukarkannya dengan oat, gandum atau barli. Bijirin beras boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah si kecil.
Ada kalanya memberikan bayi mandian air suam dapat membantu merehatkan mereka. Anda juga boleh melakukan urutan lembut untuk merangsang pergerakan usus si manja.
Jika baby tak berak 2 hari dan berterusan mengalami sembelit walaupun setelah melakukan perubahan diet atau disertai dengan gejala lain, segera jumpa doktor ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen