Kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil atau tidak benar-benar berkesan ke? Ingin tahu sama ada cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut ini berkesan atau sebaliknya, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk jawapannya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group
Kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil atau tidak benar-benar berkesan ke? Ingin tahu sama ada cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut ini berkesan atau sebaliknya, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Berasa sakit pada bahagian bawah perut atau merasakan keadaan perut seperti mengeras, bengkak atau berat, bukanlah tanda awal kehamilan.Ā
Secara amnya apabila disentuh atau ditekan, perut dan bahagian abdomen seseorang wanita itu tidak akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang ketara pada fasa awal mengandung. Ia selalunya bergantung kepada jenis badan individu.
Jadi pemeriksaan sendiri terhadap perut tidak akan membawa kepada sesuatu yang konklusif. Bagi wanita yang pertama kali hamil, biasanya hanya akan mula menunjukkan tanda berbadan dua sehinggalah usia kandungan 20 minggu dan ke atas.
Pun begitu, untuk mereka yang pernah merasai pengalaman mengandung dan melahirkan anak berkemungkinan tanda kehamilan pada perut dapat dikesan lebih cepat.Ā
Bagi kebanyakan trimester pertama, tidak banyak perbezaan pada bahagian perut yang mungkin dapat anda rasai.
Perut berkemungkinan menjadi lembut dan tampak sedikit besar ā keadaannya seperti anda mengalami kembung perut semasa haid atau selepas makan dengan banyak.
Bayi dalam kandungan anda masih kecil. Pada akhir trimester pertama, beratnya mungkin hanya setengah auns dengan ukuran sekitar 2 inci panjang.
Rahim masih terletak pada pelvis ā dilindungi dengan sebaiknya oleh tulang yang kuat.Ā
Pada awal kehamilan, perut yang lebih besar atau terasa senak mungkin disebabkan oleh perubahan pada sistem pencernaan. Ini kerana apabila rahim mengambil lebih banyak ruang pada pelvis, ia secara tidak langsung akan mendorong usus naik ke atas.
Selain itu, perubahan hormon turut melambatkan proses penghadaman, sekali gus menyebabkan berlakunya peningkatan gas dan masalah sembelit.
Dari minggu ke minggu, anda akan mula berasa letih dan perut akan mula menampakkan baby bump ā ini biasanya lebih cenderung dialami pada akhir trimester pertama atau awal trimester kedua.
Anda tidak boleh menentukan diri hamil atau tidak dengan menekan atau menyentuh perut secara fizikal pada peringkat awal kehamilan, itu adalah kenyataan.
Tetapi terdapat beberapa simptom awal kehamilan yang mungkin anda rasai secara dalaman pada bahagian perut dan ini boleh dianggap sebagai gejala awal mengandung.
Anda juga akan mula merasakan pergerakan bayi tetapi ia tidak akan berlaku pada awal fasa kehamilan. Paling awal pergerakan bayi akan mula dapat dirasai adalah apabila kandungan memasuki minggu ke-16 kehamilan.Ā
Pun begitu, ada juga wanita berbadan dua yang hanya dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan apabila memasuki minggu ke-24 kehamilan. Biasanya keadaan ini lebih dialami oleh wanita dengan kehamilan pertama.
Cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut bagi merasai tendangan bayi juga akan dapat dilakukan oleh pasangan dan ahli keluarga hanya apabila usia kehamilan semakin meningkat ā trimester kedua dan trimester ketiga.Ā
Baca juga:
Anda sememangnya tidak akan dapat menentukan diri hamil pada peringkat awal kehamilan dengan menyentuh atau meraba perut.
Tetapi terdapat beberapa gejala awal yang mungkin dirasai dalam tempoh beberapa hari atau minggu pertama selepas mengandung dan selepas terlepas kitaran haid bulanan.
Ini gejala yang melibatkan abdomen selain menggunakan kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil:
Simptom awal kehamilan lain termasuk:
Sudah tentu, cara terbaik untuk mengetahui anda mengandung adalah dengan mengambil ujian kehamilan, berbanding dengan tekan perut untuk mengetahui hamil atau tidak.
Waktu terbaik untuk melakukan ujian kehamilan adalah pada hari pertama anda tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut.
Walaupun terdapat kit kehamilan mendakwa dapat memberikan keputusan tepat sebelum kitaran haid, tetapi amat disarankan untuk anda menunggu sehingga terlepas haid bulanan bagi mendapatkan jawapan yang boleh dipercayai.Ā
Kesimpulannya, kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil, cara yang tidak berkesan. Sebaliknya untuk mendapatkan lebih kepastian sama ada anda hamil atau tidak, lakukan ujian kehamilan atau berjumpalah doktor untuk melakukan ujian darah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen