Jadi, tidak hairan jika ibu mengandung kerap rasa panas atau sejuk secara tiba-tiba.
Bila saya boleh ketahui jantina bayi?
Selalunya, ibu akan mengetahui jantina bayi melalui imbasan ultrabunyi pada minggu ke-18 hingga 21 kehamilan.
Walau bagaimanapun, imbasan ini bukanlah 100% tepat. Kadangkala, berlakunya kesilapan semasa melihat jantina bayi.
Kepada ibu yang sedang hamil di luar sana, tahniah kami ucapkan! Sudah tentulah, meneka jantina bayi akan menjadi salah satu kenangan manis antara suami isteri ketika kehamilan.
Walau bagaimanapun, jangan 100% percaya mengenai mitos atau kata orang.
Walaupun ada orang kata bentuk perut mengandung anak lelaki mempunyai perbezaan dengan anak perempuan, namun belum ada sebarang bukti kukuh yang dapat menyokongnya.
Tetapi, tidak salah jika ibu ingin meneka jantina anak. Lagipun, peluang untuk meneka dengan betul adalah 50:50!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen