Apakah ubat tambah darah ibu mengandung yang selamat diambil jika anda disahkan mengalami anemia semasa hamil?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah ubat tambah darah ibu mengandung yang selamat diambil jika anda disahkan mengalami anemia semasa hamil?
Umumnya, anemia boleh terjadi apabila darah tidak mempunyai sel darah merah sihat mencukupi untuk membawa oksigen kepada tisu badan.
Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini.
Kurang pengambilan zat besi menjadi antara punca badan tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah tambahan yang diperlukan.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jenis ubat tambah darah untuk ibu hamil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui apakah antara jenis ubat tambah darah ibu mengandung yang selamat diambil, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai masalah anemia ini.
Seseorang itu cenderung untuk mengalami anemia semasa kehamilan jika:
Baca juga:
Anemia ringan biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Tetapi jika ia merupakan masalah anemia sederhana hingga teruk, simptom yang mungkin dialami adalah:
Biasanya ujian darah yang merupakan rutin semasa pemeriksaan pranatal dapat membantu mengesan masalah anemia. Ujian ini sering kali diadakan pada awal kehamilan dan ketika hampir dengan tarikh bersalin.
Ujian kiraan darah lengkap atau complete blood count (CBC) adalah alat paling biasa digunakan untuk mendiagnosis anemia.
Sekiranya didiagnosis dengan anemia, doktor mungkin menggunakan ujian darah lain untuk menilai punca atau mengenal pasti sebarang kekurangan nutrien.
Dalam kebanyakan kes, anemia boleh dicegah semasa kehamilan dengan pengambilan diet kaya nutrien yang sihat dan seimbang.
Berikut antara cara untuk memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan bagi mengekalkan tahap sel darah merah dalam julat normal:
Vitamin ibu mengandung atau pranatal biasanya mengandungi kebanyakan mikronutrien yang diperlukan semasa kehamilan – zat besi dan asid folik.
Mengambil vitamin ini sekali sehari adalah cara paling mudah bagi membantu meningkatkan jumlah vitamin dan mineral penting untuk penghasilan sel darah merah mencukupi.
Sebaik-baiknya, anda disaran memulakan pengambilan vitamin ini sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mencuba untuk hamil.
Doktor mungkin akan mengesyorkan suplemen berasingan sebagai tambahan kepada vitamin pranatal jika anda mempunyai tahap zat besi yang rendah.
Kebiasaannya, seorang wanita hamil memerlukan sekitar 27 miligram zat besi harian. Namun dos ini boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis suplemen yang digunakan. Jadi menjadi kemestian untuk berbincang dengan doktor bagi menentukan jumlah yang diperlukan oleh anda.
Pengambilan vitamin C bersama suplemen zat besi dapat membantu badan menyerap dengan lebih baik.
Sebaliknya, jika anda mengambil suplemen zat besi, elakkan pengambilan makanan tambahan kalsium pada masa yang sama. Ini kerana kalsium boleh menjejaskan keberkesanan penyerapan zat besi tubuh.
Antasid juga boleh mengganggu penyerapan zat besi. Jadi pastikan anda mengambil zat besi 2 jam sebelum atau 4 jam selepas pengambilan antasid.
Antara jenis ubat tambah darah untuk ibu hamil adalah:
Jika kekurangan zat besi yang dialami teruk dan peningkatan kadar hemoglobin pantas diperlukan, mineral ini boleh diberikan secara parenteral – melalui laluan intramuskular atau intravena (IV).
Cara ini juga akan dipilih jika individu dengan anemia tidak dapat bertolak ansur dengan suplemen zat besi oral kerana kesan sampingan atau keadaan malserapan (malabsorption) mengehadkan penyerapan zat besi dalam saluran gastrousus (GI).
Pengambilan diet pemakanan seimbang juga merupakan antara pilihan cara bagi mendapatkan jumlah zat besi dan asid folik yang diperlukan tubuh.
Antara sumber yang baik bagi mineral penting ini adalah:
Zat besi daripada sumber haiwan paling mudah diserap. Jika sumber zat besi berasaskan tumbuhan, anda disaran memadankan ia dengan makanan tinggi vitamin C seperti jus oren – untuk membantu meningkatkan penyerapan.
Bagi ibu hamil atau wanita yang sedang merancang kehamilan, pastikan anda memahami kepentingan jumlah zat besi, asid folik dan vitamin B2 yang mencukupi.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai ubat tambah darah ibu mengandung, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen