backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hidung Berdarah Ketika Hamil? 4 Faktor Ini Boleh Jadi Puncanya, Cek Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    Hidung Berdarah Ketika Hamil? 4 Faktor Ini Boleh Jadi Puncanya, Cek Sekarang!

    Pendarahan hidung adalah perkara biasa bagi wanita mengandung. Punca hidung berdarah ketika hamil biasanya disebabkan oleh perubahan hormon.

    Walaupun nampak menakutkan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan selagi si ibu tidak kehilangan banyak darah. Bahkan keadaan ini boleh dirawat di rumah.

    Semasa pendarahan, darah boleh mengalir keluar daripada satu atau kedua-dua lubang hidung. Ia boleh menjadi pendarahan berat atau ringan dan bertahan beberapa saat hingga lebih daripada 10 minit.

    Jangan terkejut, kerana pendarahan hidung juga boleh berlaku semasa sedang tidur. Anda mungkin berasa cecair mengalir pada bahagian belakang tekak sebelum darah keluar daripada hidung jika berbaring.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa hidung berdarah ketika hamil?

    Mengapa wanita mengandung lebih mudah mengalami pendarahan hidung? Ini kerana saluran darah pada hidung berkembang akibat tekanan aliran darah baharu yang bergerak ke seluruh badan.

    Umumnya, bekalan darah meningkat sebanyak 50% semasa hamil. Manakala salur darah pada bahagian hidung pula sangat halus dan mudah pecah.

    Bayangkan belon lateks diisi dengan air. Sehingga satu tempoh, belon tersebut tidak boleh berkembang lagi dan akhirnya akan pecah.

    Itulah yang berlaku pada saluran darah pada hidung semasa berbadan dua. Perubahan hormon semasa kehamilan boleh mengakibatkan hidung tersumbat dan menyumbang kepada pendarahan hidung.

    Istilah perubahan hidung berdarah sebelah kiri atau kanan dipanggil sebagai epistaksis. Ia boleh dirawat dan jarang menyebabkan komplikasi kehamilan.

    hidung berdarah ketika hamil
    Penyebab hidung berdarah ketika mengandung.

    Punca hidung berdarah ketika hamil

    Perubahan dalam badan boleh menjadi faktor penyumbang kepada pendarahan hidung, seperti:

    Peningkatan jumlah darah

    Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan meningkat secara mendadak. Peningkatan jumlah darah ini menyebabkan saluran darah halus dalam lapisan hidung lebih mudah pecah disebabkan tekanan.

    Perubahan hormon

    Perubahan hormon boleh menyebabkan pelbagai simptom berlaku. Hidung anda mungkin lebih cenderung tersumbat. 

    Hormon sama yang menebalkan lapisan rahim boleh memberikan kesan kepada membran mukus pada hidung, sekali gus menjadi faktor hidung berdarah saat hamil trimester 3.

    Dehidrasi, antara punca hidung berdarah ketika hamil

    Kehamilan juga boleh menyebabkan anda terdedah kepada dehidrasi kerana tubuh memerlukan lebih banyak air.

    Jika dehidrasi berlaku, membran mukus dalam hidung menjadi kering dan pecah, sekali gus berlakulah pendarahan.

    Alahan atau selesema

    Salur darah hidung menjadi mudah teriritasi dan meradang jika anda mengalami alahan bermusim atau selesema, kesannya ia lebih senang untuk pecah.

    Keadaan yang dipanggil rhinitis kehamilan (bengkak membran mukus dalam hidung) menyebabkan hidung tersumbat, terutamanya pada trimester pertama. Ia juga boleh mengakibatkan pendarahan hidung.

    Cara menghentikan pendarahan hidung

    masalah hidung berdarah
    Petua tradisional merawat hidung berdarah.

    Berikut beberapa langkah untuk menghentikan hidung berdarah ketika hamil:

    • Duduk atau berdiri tegak. Ini dapat mengurangkan tekanan darah dalam urat hidung dan menghalang hidung berdarah sebelah kiri dan kanan
    • Condong ke hadapan dan bernafas melalui mulut. Ini akan mengalirkan darah ke hidung dan bukannya ke bahagian belakang tekak
    • Picit perlahan lubang hidung – bahagian lembut di bawah batang hidung. Lakukan selama 10 minit. Jika pendarahan tidak berhenti, cuba lagi
    • Jika hidung berdarah sebelah kiri atau kanan terlalu banyak, anda mungkin perlu condong ke hadapan supaya tidak tercekik darah
    • Pegang pek ais yang dibalut dengan tuala kecil dan tekapkan pada bahagian atas hidung untuk membantu mengurangkan aliran darah. Pun begitu, kaedah ini mungkin tidak begitu berkesan

    Elakkan menghembus hidung, membongkokkan badan dan melakukan aktiviti berat sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam selepas pendarahan berlaku.

    cara merawat hidung berdarah
    Cara merawat pendarahan hidung.

    Lakukan pemeriksaan doktor jika mengalami gejala di bawah:

    Mencegah hidung berdarah ketika hamil

    Hidung berdarah sebelah kiri dan kanan ketika mengandung adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Namun terdapat cara tradisional merawat hidung berdarah yang boleh anda amalkan:

    • Kekal terhidrat dengan minum banyak air
    • Gunakan pelembap untuk melembapkan udara semasa tidur
    • Gunakan gel hidung, semburan atau pelincir hidung berasaskan air untuk melembapkan hidung
    • Pastikan mulut terbuka apabila bersin – untuk menghilangkan tekanan daripada hidung
    • Elakkan mengorek hidung
    • Hembus hidung dengan perlahan

    Jika anda berisiko untuk mengalami hidung berdarah ketika hamil, lakukan perkara berikut: 

    • Elakkan senaman berat atau mengangkat berat sepanjang hari
    • Cuba kurangkan kekerapan menghembus hidung
    • Duduk tegak atau sandarkan diri berbanding berbaring

    Pemeriksaan doktor

    Secara amnya, hidung berdarah ketika hamil bukanlah kecemasan. Walau bagaimanapun, anda harus melakukan pemeriksaan dengan segera jika simptom di bawah berlaku:

    • Mengalami pendarahan hidung kerap dan berulang
    • Pendarahan berat
    • Pendarahan berterusan selepas 30 minit memicit hidung
    • Disahkan menghidap tekanan darah tinggi
    • Mengalami sakit dada atau sukar bernafas
    • Sakit kepala atau pening
    • Pendarahan tidak berhenti atau semakin teruk
    • Hidung berdarah selepas mengalami kecederaan kepala

    Kesimpulan

    Maklumkan kepada doktor semasa janji temu pranatal jika anda telah beberapa kali mengalami pendarahan hidung. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjadi tanda komplikasi kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan