backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Ujian Kehamilan Positif Tapi Tidak Hamil? Ini 7 Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    Ujian Kehamilan Positif Tapi Tidak Hamil? Ini 7 Puncanya!

    Kenapa bila tengok gambar pregnant test positif tetapi tidak mengandung pun, ya?

    Bila nak buat ujian kehamilan? Bila UPT akan positif? Bila hormon hCG dapat dikesan?

    Jom fahami punca mengapa keadaan itu terjadi dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Gambar pregnant test positif tapi tidak hamil, kenapa ya?

    Bila nak buat ujian kehamilan? Bila UPT akan positif? Bila hormon hCG dapat dikesan?

    Apabila melakukan ujian kehamilan (UPT) dan mendapat keputusan positif palsu, ia boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan – khususnya buat mereka yang mengalami kesukaran untuk hamil atau sedang merancang kehamilan.

    Harapan yang menggunung apabila melihat tanda positif boleh hancur berderai jika mengetahui ia adalah keputusan positif palsu. Pastinya ia boleh menyebabkan wujudnya kekecewaan yang mendalam.

    Berita baiknya, pakar menjelaskan situasi untuk mengalami UPT positif palsu adalah jarang untuk terjadi.

    Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil

    Bila nak buat ujian kehamilan?

    Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:

    1. Membiarkan kit ujian terlalu lama

    Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.

    Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.

    gambar pregnant test positif
    Keputusan ujian kehamilan kadangkala boleh menjadi palsu.

    2. Tamat tempoh punca gambar pregnant test positif tapi tidak hamil

    Sebab kedua paling biasa anda akan mendapat keputusan positif palsu adalah kerana kit ujian kehamilan telah tamat tempoh.

    Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.

    Contoh pregnant test positif #3. Sedang mengambil ubat kesuburan

    Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.

    gambar pregnant test positif
    Golongan yang sesuai menjalani rawatan IVF.

    4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran

    Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil

    Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.

    Punca gambar pregnant test positif #5. Mengalami kehamilan ektopik

    Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.

    Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.

    gambar pregnant test positif
    Ilustrasi kehamilan ektopik.

    Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:

    • Sakit yang teruk di perut atau pelvis semasa hamil
    • Pendarahan faraj
    • Pening yang teruk, sakit kepala atau pengsan
    • Sakit bahu
    • Dorongan untuk buang air besar
    • Sebarang gejala lain yang membuat anda berasa bimbang

    6. Kehamilan kimia, penyebab gambar pregnant test positif tapi tidak hamil

    Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.

    Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.

    Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:

    • Fibroid
    • Parut tisu
    • Jumlah hormon tertentu yang rendah seperti progesteron
    • Kelainan pada bentuk rahim

    7. Keadaan perubatan, antara contoh pregnant test positif tetapi tidak mengandung

    Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:

    Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.

    Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat

    Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. 

    Masa yang betul

    Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.

    Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif 

    Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.

    Ulangi ujian kehamilan

    Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.

    Kesimpulan

    Anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan