Masalah bau faraj selepas melahirkan anak adalah normal. Namun jika faraj berbau ikan busuk selepas bersalin, terdapat kemungkinan ia disebabkan jangkitan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah bau faraj selepas melahirkan anak adalah normal. Namun jika faraj berbau ikan busuk selepas bersalin, terdapat kemungkinan ia disebabkan jangkitan.
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Sejujurnya, bau yang pelik atau kurang menyenangkan adalah perkara biasa selepas melahirkan anak. Ia bukan sahaja melibatkan bahagian kewanitaan anda, tetapi juga bau badan yang berbeza.
Semasa tempoh selepas bersalin, bau faraj anda berubah disebabkan beberapa faktor seperti pendarahan, kelembapan dan perubahan pada keseimbangan pH.
Sejurus selepas beranak, rahim akan melalui proses pembersihan kendiri. Proses pembersihan ini melibatkan rembesan lelehan darah yang dipanggil lochia atau darah nifas. Darah ini biasanya akan berlanjutan antara 2-6 minggu selepas kelahiran bayi.
Lochia mempunyai bau yang tersendiri. Kebanyakan individu menggambarkannya sebagai bau tanah atau logam. Pun begitu, sekiranya bau yang dialami itu kuat, ia boleh menjadi tanda jangkitan.
Jika selepas pendarahan berakhir dan anda masih mengalami bau yang kuat dan tidak menyenangkan daripada alat sulit, lakukan pemeriksaan doktor segera untuk memastikan ia bukanlah jangkitan.
Postpartum endometritis adalah jangkitan pada lapisan rahim yang boleh berlaku kepada ibu selepas bayi dilahirkan.
Umumnya, postpartum bermaksud selepas bersalin, endometrium adalah lapisan dalam rahim, manakala endometritis merujuk kepada lapisan tersebut yang membengkak dan meradang.
Keadaan itu biasanya berpunca daripada satu atau lebih bakteria/ kuman yang masuk ke dalam rahim semasa proses bersalin.
Sebarang bakteria boleh menyebabkan berlakunya endometritis selepas beranak. Walau bagaimanapun, penyebab paling biasa adalah Group B Streptococcus dan staphylococcus (staph).
Jangkitan ini boleh berlaku pada bila-bila masa sehingga tempoh 6 minggu selepas bayi dilahirkan dan ia paling biasa terjadi antara hari ke-2 dan ke-10.
Masalah endometritis selepas beranak ini berlaku dalam 1-3 daripada setiap 100 wanita yang bersalin normal (faraj) dan ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang menjalani pembedahan czer.
Faktor lain yang mungkin menyebabkan jangkitan endometritis selepas melahirkan anak adalah:
Proses bersalin panjang adalah di mana tempoh masa yang lama berlaku antara fasa membran janin pecah dan kelahiran bayi, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.
Jika ibu mengalami jangkitan semasa mengandung atau mempunyai jangkitan aktif ketika bersalin, mereka lebih berkemungkinan mendapat endometritis.
Antara contoh jangkitan adalah:
Sekiranya doktor atau jururawat melakukan banyak pemeriksaan dalaman semasa proses kelahiran bayi, ia secara tidak langsung meningkatkan risiko bakteria masuk ke dalam rahim dan berkembang menjadi endometritis selepas bersalin nanti.
Punca lain seperti:
Baca juga:
Gejala endometritis selepas bersalin boleh berbeza-beza. Selain masalah faraj yang berbau hanyir, anda juga boleh mengalami:
Jangkitan endometritis selepas bersalin pada mulanya didiagnosis melalui pemeriksaan fizikal dan pemerhatian gejala. Ini mungkin termasuk pemeriksaan faraj atau swab. Diagnosis boleh disahkan melalui ujian darah dan air kencing.
Jangkitan ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik. Sekiranya sihat dan berkemampuan menguruskan diri serta jangkitan yang dialami ringan, anda mungkin diberikan tablet antibiotik untuk meneruskan rawatan di rumah.
Walau bagaimanapun, ramai wanita dimasukkan ke hospital untuk menerima antibiotik yang diberikan ke dalam vena – antibiotik intravena – bagi merawat jangkitan dengan segera.
Selagi jangkitan endometritis dapat didiagnosis segera, ia boleh dirawat dengan berkesan tanpa sebarang implikasi kesihatan jangka panjang.
Sebaliknya jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak ke bahagian lain dalam tubuh. Paling teruk, ia boleh berkembang menjadi sepsis – merupakan jangkitan dalam aliran darah yang selalunya boleh mengakibatkan kematian.
Ia juga boleh merebak ke luka pembedahan caesarean atau di dalam kawasan perut. Komplikasi biasanya jarang berlaku jika endometritis dirawat dengan antibiotik.
Ramai wanita yang dijangkiti endometritis selepas bersalin pulih dengan cepat selepas diberikan antibiotik. Biasanya dalam tempoh 2-3 hari selepas memulakan pengambilan antibiotik, anda akan berasa lebih baik.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, kebimbangan mahupun ketidakpastian mengenai keadaan diri selepas melahirkan anak, berjumpalah dengan pakar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen