Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberikan kenangan indah untuk anak-anak anda, malah mengalakkan mereka untuk melakukan aktiviti kecergasan selain mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Kepentingan kecergasan fizikal kedua ialah, dengan melakukan senaman atau sebarang aktiviti kecergasan fizikal bukan sahaja memberikan manfaat kepada individu dewasa, malah kepada kanak-kanak.
Sesetengah profesional kesihatan percaya bahawa bersenam atau melakukan aktiviti secara bersama antara ahli keluarga boleh menjadi satu cara berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan kanak-kanak.
Selain itu, antara kepentingan kecergasan fizikal lain ialah, melakukan aktiviti secara bersama-sama dalam satu keluarga dapat memperbaiki mood keseluruhan bagi kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Selain itu, kepentingan kecergasan fizikal ahli keluarga juga bukan hanya terdiri daripada aktiviti senaman semata-mata, kerana ia turut melibatkan faktor lain seperti pemakanan. Bagaimana pemakanan boleh mendorong kecergasan fizikal ahli keluarga?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen