Kita biasa memilih untuk mengamalkan diet tertentu dengan tujuan untuk menurunkan berat badan, tetapi menurut kajian terbaharu, senaman atau aktiviti fizikal lebih berkesan dalam menurunkan berat badan berbanding amalan diet. Kajian terbaharu daripada University of Colorado Anschutz Health and Wellness Center (AHWC) mendedahkan bahawa aktiviti fizikal lebih berkesan untuk mengekalkan penurunan berat badan yang ketara berbanding diet. Kajian tersebut menunjukkan bahawa individu yang mengekalkan penurunan berat badan dengan berjaya bergantung kepada aktiviti fizikal untuk kekal dalam keseimbangan tenaga (selain sekatan kronik pengambilan makanan) untuk mengelakkan berat badan kembali meningkat. Individu yang mengekalkan penurunan berat badan yang berjaya adalah individu yang mengekalkan berat badan sebanyak 30 paun atau lebih dalam tempoh setahun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen