Apa yang tidak difahami atau dipertimbangkan apabila menyiapkan senaman kardio yang biasa dibuat adalah kesan hormon dan metabolisma pada tubuh. Jenis senaman aerobik yang salah boleh meningkatkan tahap kortisol, yang akan menyebabkan tubuh anda menyimpan lemak berbanding membakarnya.
Kortisol tinggi terbukti boleh meningkatkan lemak visera (lemak yang berada di sekeliling organ/ lemak perut) dan menimbulkan keradangan pada tubuh. Selain itu, lemak visera juga sebenarnya adalah tisu metabolik yang mengeluarkan bahan kimia (dipanggil Adipokines), yang berfungsi untuk memecahkan otot dan mewujudkan lebih banyak lemak perut. Inilah salah satu sebab mengapa lemak perut boleh dikatakan sebagai lemak degil atau sukar untuk hilang.
“Kardio kronik” bukanlah memudaratkan semata-mata disebabkan oleh kortisol, kerana kortisol dihasilkan pada bila-bila masa kita meletakkan tekanan pada tubuh. Ini disebabkan “kardio kronik” tidak merangsang tindak balas hormon anabolik untuk meredakan proses katabolik kortisol. Misalnya, apabila seseorang individu itu mengangkat berat atau memecut, mereka meletakkan tubuh di bawah tekanan, menghasilkan kortisol, malahan aktiviti ini juga menghasilkan pengeluaran hormon anabolik yang menggalakkan pertumbuhan, pembaikan, dan pembakaran lemak. Oleh itu, senaman terbaik untuk menghilangkan lemak perut dengan maksimal adalah senaman yang boleh merangsangl tubuh untuk menghasilkan Hormon Tumbesaran Manusia (HGH), testosteron dan adrenalin. Hormon anabolik mengangkat sistem anti-stres semula jadi tubuh dan mengembalikannya pada keadaan keseimbangan dan pertumbuhan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen