Tengah berlari, tiba-tiba perut cramp, adakah anda pernah lalui situasi seperti itu? Aduh…terus hilang mood nak berjoging. Tetapi kenapa sakit perut ketika berlari berlaku?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Tengah berlari, tiba-tiba perut cramp, adakah anda pernah lalui situasi seperti itu? Aduh…terus hilang mood nak berjoging. Tetapi kenapa sakit perut ketika berlari berlaku?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Salah satu senaman atau aktiviti fizikal yang sering menjadi pilihan kebanyakan individu adalah berlari.
Ini kerana ia boleh dilakukan di mana saja tanpa mengira waktu; pagi atau petang dan tidak memerlukan sebarang kelengkapan khusus.
Berlari mahupun berjoging sememangnya satu aktiviti yang baik untuk kesihatan jantung.
Walau bagaimanapun, sewaktu berlari mahupun berjoging terdapat kecenderungan untuk mengalami perut cramp atau kekejangan.
Ia sering kali dialami oleh kebanyakan individu, tetapi mengapa ia boleh berlaku sedangkan anda telah melakukan sesi pemanasan badan sebelum berlari?
Baca juga:
Rasa kejang dan kesakitan yang wujud ketika berlari sudah tentu akan mengganggu dan menjejaskan mood untuk bersenam.
Terdapat beberapa faktor boleh menjadi punca yang mendasari masalah perut cramp yang dialami, antara:
Sewaktu berlari, hampir keseluruhan badan anda akan bergerak dan pergerakan paling banyak berlaku adalah melibatkan kaki.
Badan akan mengawal pengaliran oksigen ke dalam badan untuk diedarkan kepada semua bahagian otot yang memerlukan oksigen.
Oksigen tersebut adalah untuk membantu otot menghasilkan tenaga untuk digunakan ketika berlari.
Kekurangan air di dalam badan juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah kekejangan pada perut.
Jangan terkejut, otot juga boleh mengalami kepenatan, okay?
Ia biasa berlaku kepada individu yang telah berlari untuk jarak yang cukup jauh.
Keadaan ini sekali gus menyebabkan otot seperti otot pada abdominal menjadi penat.
Ia merupakan satu perkara yang tidak digalakkan untuk dibuat sebelum bersenam, tetapi ramai individu tanpa sedar melakukannya.
Apakah dia? Iaitu mengambil sebarang makanan berat atau minuman dalam jumlah yang banyak sebelum berlari mahupun berjoging.
Tindakan anda itu menjejaskan sistem pencernaan. Jadi logiklah jika anda akan berasa sakit pada bahagian abdomen.
Pergerakan yang berlaku pada perut sewaktu berjoging akan membuatkan isi perut anda mengalami tekanan serta ‘berlaga’ dengan organ-organ lain di dalam badan anda.
Keadaan ini membuatkan jaringan perut meregang dan wujudlah rasa sakit dan kejang.
Sekiranya anda mengalami perut cramp ketika berlari atau berjoging, anda disarankan untuk berhenti seketika dan jangan terus memaksa diri untuk berlari.
Sewaktu berhenti sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 hingga 4 minit, cuba untuk mendapatkan pernafasan yang tenang dan teratur.
Ia merupakan antara cara hilangkan kejang perut yang berlaku secara tiba-tiba itu.
Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti berlari, berjoging atau berbasikal adalah satu perkara yang baik untuk membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Tetapi pastikan anda meminum air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
Elakkan daripada mengambil sebarang makanan berat sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya sejam atau dua jam sebelum bersenam, okay? Selamat bersenam!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen