Masalah pada telinga yang anda alami bukan hanya berpunca daripada satu sebab. Boleh dikatakan ada empat penyakit telinga yang sering berlaku kepada kita semua. Ingin tahu apakah penyakit-penyakit telinga tersebut?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Masalah pada telinga yang anda alami bukan hanya berpunca daripada satu sebab. Boleh dikatakan ada empat penyakit telinga yang sering berlaku kepada kita semua. Ingin tahu apakah penyakit-penyakit telinga tersebut?
Artikel ini ada kupasan lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Terdapat beberapa masalah pada telinga yang boleh berlaku kepada kita. Ada sesetengah penyakit yang dialami bersifat ringan, namun ada juga yang kronik sehingga menyebabkan kehilangan pendengaran.
Berikut adalah empat jenis masalah pada telinga yang sering berlaku:
Otitis media
Ia adalah sejenis jangitan yang berlaku pada bahagian telinga tengah. Telinga tengah adalah satu kawasan atau ruang yang dipenuhi dengan udara yang terletak pada bahagian belakang gegendang telinga.
Pada kawasan ini terdapatnya tulang bergetar yang sangat kecil. Golongan kanak-kanak lebih berisiko untuk mengalami otitis media berbanding orang dewasa.
Penyakit Glue Ear
Penyakit Glue Ear ialah sejenis keadaan otitis media yang lebih kronik atau teruk. Ia berlaku apabila terdapat cairan yang likat atau pekat berkumpul pada bahagian telinga tengah.
Cecair yang terkumpul pada bahagian telinga tengah ini biasanya berlaku disebabkan penyakit lain seperti mengalami selesema atau mendapat jangkitan.
Tiub eustachian yang terdapat dalam bahagian telinga sedikit sempit lalu menyebabkan ia mudah tersumbat.
Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih mudah mengalami penyakit ini berbanding orang dewasa kerana tiub eustachian dalam telinga mereka lebih kecil.
Jika cecair dalam telinga tengah ini dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Tahi telinga tersumbat
Kewujudan tahi telinga atau lilin telinga adalah sesuatu yang normal kerana ia berfungsi melindungi telinga anda.
Namun, pengumpulan tahi telinga yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah pada telinga. Telinga yang tersumbat biasanya disebabkan oleh tahi telinga yang terlalu banyak atau tahi telinga keras.
Penyumbatan tahi telinga seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada pendengaran.
Penyakit telinga perenang (Swimmer’s Ear)
Penyakit telinga perenang adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada bahagian luar lubang telinga, iaitu antara gegendang telinga sehingga ke luar telinga anda.
Jangkitan ini berlaku disebabkan oleh kelembapan dan haba yang menyebabkan lapisan kulit dalam lubang telinga menjadi bengkak.
Kemasukan air ke dalam lubang telinga menjadikan kulit di dalamnya mudah untuk dijangkiti disebabkan persekitaran yang lembap.
Terdapat beberapa simptom yang sama, namun ada juga simptom yang berbeza antara keempat-empat penyakit yang dinyatakan sebelum ini.
Berikut disenaraikan beberapa simptom bagi setiap penyakit di atas:
Otitis media
Simptom bagi otitis media boleh dilihat kepada dua golongan yang berbeza iaitu kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Penyakit Glue Ear
Secara umumnya, simptom yang dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa bagi penyakit telinga ini adalah sama. Simptom-simptomnya ialah:
Tahi telinga tersumbat
Antara simptom-simptom jika anda mengalami tahi telinga yang tersumbat ialah:
Penyakit telinga perenang
Bagi penyakit ini, simptom yang dialami boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu simptom ringan, sederhana dan juga teruk.
Otitis media
Jangkitan telinga otitis media disebabkan oleh bakteria atau virus yang berada pada bahagian telinga tengah.
Jangkitan ini sering disebabkan oleh penyakit lain seperti flu, selesema atau alergi yang menyebabkan kesesakan dan pembengkakan saluran hidung, tekak dan saluran tiub eustachian.
Antara faktor risiko bagi otitis media adalah seperti berikut:
Penyakit Glue Ear
Penyakit Glue Ear terjadi apabila cecair yang pekat berkumpul dalam telinga tengah anda. Jangkitan ini juga lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Ini kerana tiub eustachian yang berada jauh di dalam telinga kanak-kanak lebih sempit daripada orang dewasa. Ini menjadikannya lebih berisiko untuk tersumbat.
Tiub ini bertanggungjawab untuk membantu telinga mengekalkan ruang yang sihat tanpa cecair berlebihan dalam telinga.
Biasanya, ruang di bahagian telinga tengah ini hanya dipenuhi dengan udara. Namun, kadangkala cecair dapat berkumpul di kawasan ini akibat penyakit lain seperti selesema atau jangkitan virus.
Faktor risiko bagi masalah pada telinga ini ialah:
Penyumbatan tahi telinga
Bagi kebanyakan individu, sejumlah kecil tahi telinga akan keluar ke bahagian luar telinga apabila terdapat tahi telinga baharu untuk menggantikannya.
Sekiranya anda mengeluarkan tahi telinga secara berlebihan atau jika kotoran telinga tidak dibersihkan dengan baik, ia boleh berkumpul dan menyekat saluran telinga anda.
Penyumbatan tahi telinga biasanya berlaku ketika seseorang itu cuba untuk membersihkan telinganya sendiri dengan menggunakan putik kapas atau barang lain dalam telinga mereka.
Ini akan menyebabkan tahi telinga masuk lebih jauh ke dalam lubang telinga dan menyumbatkan lubang telinga.
Penyakit telinga perenang
Masalah pada telinga ini biasanya berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jangkitan lain seperti kulat atau virus agak jarang menyebabkan masalah pada telinga ini.
Apabila terdapat kelembapan atau air yang berlebihan dalam telinga anda, ia akan menjadi tempat pembiakan yang paling ideal untuk bakteria membiak.
Keadaan yang lembap, suhu yang agak suam serta keadaan yang tersorok dalam lubang telinga menjadi lokasi paling sesuai untuk bakteria membiak.
Apatah lagi jika terdapat sebarang luka kecil di dalam lubang telinga anda. Faktor risiko yang menyebabkan penyakit ini ialah:
Otitis media
Bagi penyakit ini, doktor biasanya akan melihat perkembangannya terlebih dahulu. Doktor akan melihat sekiranya jangkitan tersebut akan sembuh dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.
Jika tidak, penggunaan antibiotik akan diberikan. Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, doktor akan memberikan ubat tahan sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen.
Penyakit Glue Ear
Kebanyakan jangkitan Glue Ear akan sembuh dengan sendirinya. Namun, jika ia bertukar menjadi satu jangkitan, maka penggunaan antibiotik akan diberikan.
Selain itu, kaedah inflasi automatik juga akan digunakan jika perlu. Namun, kaedah inflasi ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan ke bawah.
Penyumbatan tahi telinga
Doktor anda boleh mengeluarkan tahi telinga yang berlebihan ini dengan alat kecil yang melengkung yang disebut kuret. Doktor juga boleh menggunakan alat penyedut semasa memeriksa telinga.
Doktor anda juga boleh mengeluarkan tahi telinga dengan menggunakan air atau picagari getah yang diisi dengan air suam.
Jika anda kerap mengalami masalah pada telinga ini, doktor akan memberikan anda ubat penghilang tahi telinga seperti carbamide peroxide.
Penyakit telinga perenang
Doktor akan mencuci telinga anda bagi mengeluarkan segala cecair, tahi telinga dan sisa dalam lubang telinga. Doktor juga akan memberikan ubat titis telinga yang boleh membantu merawat jangkitan telinga anda.
Kaedah rawatan sememangnya tersedia, namun pencegahan adalah langkah terbaik. Bagi mengelakkan anda mengalami sebarang masalah berkaitan telinga seperti di atas, ikuti langkah ini:
Kesimpulannya, jika anda ada mengalami mana-mana simptom penyakit telinga di atas, sila dapatkan rawatan daripada pakar untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen