backup og meta

Kalau Anak Mengadu Sakit Tekak, Berikan Mereka 7 Ubat Ini! Selamat Untuk Kanak-Kanak

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    Kalau Anak Mengadu Sakit Tekak, Berikan Mereka 7 Ubat Ini! Selamat Untuk Kanak-Kanak

    Tidak semua ubat sakit tekak itu sesuai untuk golongan kanak-kanak. Ini kerana, ada kandungan aktif dalam ubat tersebut yang mungkin tidak begitu sesuai untuk peringkat umur yang masih muda. Kami senaraikan di sini beberapa jenis ubat sakit tekak untuk kanak kanak yang boleh anda berikan kepada si manja jika mereka mengalami sakit tekak

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Tekak, anda boleh klik di sini.

    Sebab mengapa kanak-kanak mudah mendapat sakit tekak

    Kenapa kita sakit tekak?

    Kanak-kanak terutamanya yang berumur bawah 10 tahun lebih mudah untuk mendapat jangkitan berbanding orang dewasa.

    Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kecenderungan ini:

    • Sistem imun yang masih berkembang: Sistem pertahanan badan kanak-kanak masih dalam proses perkembangan. Ini bermakna mereka mungkin tidak mempunyai antibodi yang cukup untuk melawan pelbagai jenis virus dan bakteria yang boleh menyebabkan tekak sakit
    • Terdedah kepada jangkitan di sekolah dan tempat bermain: Kanak-kanak yang menghadiri tadika, sekolah atau pusat jagaan harian berhadapan dengan risiko lebih tinggi untuk terdedah kepada jangkitan. Interaksi rapat dengan rakan sebaya meningkatkan lagi peluang penyebaran kuman
    • Tabiat kanak-kanak: Kanak-kanak cenderung untuk meletakkan objek dalam mulut, berkongsi makanan atau minuman, atau bermain tanpa membasuh tangan dengan betul. Semua ini boleh menjadi saluran penularan kuman
    ubat sakit tekak
    Antara punca-punca tekak rasa sakit.
    • Kurang kesedaran tentang kebersihan: Walaupun ibu bapa mungkin mengajar anak-anak tentang kepentingan mencuci tangan dan etika batuk, namun kanak-kanak mungkin lupa atau mengabaikan amalan-amalan ini terutamanya ketika sedang bermain
    • Sistem pernafasan yang lebih kecil: Saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang dewasa. Ini bermakna jangkitan atau bengkak boleh menyekat saluran udara dengan lebih mudah, menyebabkan simptom seperti tekak sakit atau batuk
    • Pendedahan pertama kepada bakteria dan virus: Banyak jangkitan tekak disebabkan oleh virus atau bakteria yang mungkin belum pernah dihadapi oleh kanak-kanak sebelum ini. Ini bermakna mereka belum mempunyai kekebalan terhadap patogen tersebut, menjadikan mereka lebih rentan terhadap jangkitan

    Berikut antara punca kenapa kita sakit tekak.

    7 jenis ubat sakit tekak untuk kanak kanak

    Terdapat beberapa jenis ubat sakit tekak yang boleh digunakan oleh anak anda.

    Antaranya ialah: 

    #1. Paracetamol

    ubat sakit tekak
    Contoh ubat paracetamol.

    Ubat ini kerap digunakan untuk meredakan demam dan sakit.

    Ia berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin, sejenis bahan kimia yang menyebabkan demam.

    Bagi kanak-kanak, dos yang sesuai perlu diambil kira berdasarkan berat dan umur mereka.

    Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut.

    #2. Ibuprofen sebagai petua hilangkan sakit tekak dan batuk

    Selain meredakan kesakitan, ia juga mempunyai sifat antiradang.

    Ia befungsi dengan menghalang enzim yang menghasilkan prostaglandin.

    Namun, pastikan dos yang diberikan sesuai untuk umur dan berat kanak-kanak.

    Elakkan penggunaan berpanjangan tanpa nasihat doktor kerana ia boleh menyebabkan masalah perut.

    #3. Ubat sakit tekak: Lozeng tekak

    Lozeng boleh membantu melegakan sakit tekak dengan memberikan kesan sejuk.

    Ia mengandungi bahan-bahan seperti mentol yang memberikan kelegaan pada tekak anak.

    Namun, pastikan ia sesuai untuk umur kanak-kanak dan jangan biarkan mereka menelan keseluruhannya.

    #4. Semburan tekak

    Seperti lozeng, spray tekak boleh memberikan kelegaan sementara.

    Ia bertindak dengan menyediakan lapisan pelindung pada tekak dan mengurangkan kerengsaan.

    Pastikan anda memeriksa label dan arahan penggunaan terlebih dahulu sebelum digunakan pada anak. 

    #5. Petua hilangkan sakit tekak dan batuk: Antibiotik

    Jika tekak sakit disebabkan oleh jangkitan bakteria, doktor mungkin akan memberikan anak anda antibiotik.

    Antibiotik bertindak dengan membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria.

    Amat penting untuk menghabiskan keseluruhan kitaran ubat walaupun gejala telah hilang untuk mengelakkan kerentanan bakteria.

    #6. Ubat sakit tekak: Sirap ubat batuk

    Beberapa sirap ubat batuk juga mengandungi bahan yang boleh melegakan tekak sakit.

    Sirap ini biasanya mengandungi bahan-bahan seperti guaifenesin atau dextromethorphan yang membantu mengurangkan kerengsaan dan batuk.

    #7. Madu dan lemon

    ubat sakit tekak
    Campuran madu dan lemon boleh melegakan tekak.

    Walaupun bukanlah sejenis ubat, campuran madu dan lemon juga boleh melegakan tekak anak yang sedang sakit.

    Madu mempunyai sifat antibakteria manakala lemon boleh membantu membersihkan tekak dan mengurangkan bengkak.

    Kesimpulan

    Sakit tekak boleh menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa kepada kanak-kanak.
    Akan tetapi dengan rawatan yang betul, gejala boleh diredakan dengan cepat.
    Sebagai ibu bapa, memahami punca dan cara merawatnya adalah kunci untuk memastikan kesejahteraan anak anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan