backup og meta

Pernah Cuba Rawat Sakit Tekak Guna Cara Tradisional? Cuba Tip Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2023

    Pernah Cuba Rawat Sakit Tekak Guna Cara Tradisional? Cuba Tip Ini!

    Sudah makan ubat, kemam lozeng dan macam-macam cara untuk rawat tekak perit namun masih gagal. Mungkin ada petua hilangkan sakit tekak cara tradisional yang anda boleh cuba amalkan.

    Terdapat banyak cara untuk hilangkan sakit tekak sama ada klinikal dan tradisional. Jom baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda juga boleh klik di sini.

    Ini punca dan kesan masalah sakit tekak!

    Masalah ini boleh dan biasa berlaku kepada semua individu. Umumnya, ia adalah angkara jangkitan mikroorganisma sama ada virus atau bakteria seperti Streptococcus dan banyak lagi.

    Tidak hanya itu, ia mungkin terjadi angkara pelbagai lagi faktor risiko lain termasuk reaksi alergi, udara yang tercemar atau diakibatkan oleh penyakit refluks asid perut.

    Apa yang lebih merisaukan, kondisi pada tekak ini juga merupakan simptom penyakit lebih bahaya yang lain termasuk wabak virus COVID-19 di mana ia masih tidak boleh dipandang remeh.

    petua hilangkan sakit tekak cara tradisional

    Virus COVID-19 ini akan tetap berada dekat dengan kita pada jangka masa yang lama seperti denggi dan influenza. Maka, kita semua harus belajar untuk hidup bersama dengannya,” jelas Pakar Virologi daripada Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit.

    Disebabkan itu pula, anda tidak boleh pandang remeh dan beranggapan ketidakselesaan pada tekak itu perkara biasa.

    Jika anda juga mengalami masalah tekak ini, segera lakukan sebarang petua hilangkan sakit tekak cara tradisional atau klinikal untuk rawat.

    Petua hilangkan sakit tekak cara klinikal

    Kebiasaannya, kita hanya akan membiarkan sahaja masalah ini untuk pulih sendiri namun ia akan memakan masa. Apa yang lebih bagus, anda perlu ambil ubatan atau rawatan daripada doktor.

    Antara jenis ubat sakit tekak paling berkesan adalah antibiotik, antiviral, antiradang, lozeng dan cecair semburan dengan agen penyejuk di pasaran farmasi, klinik atau pasar raya.

    Dalam pada itu, ada juga pelbagai cara tradisional atau petua orang lama yang popular. Antara nasihat paling biasa adalah makan aiskrim vanila setiap kali rasa tidak selesa pada tekak.

    Beberapa bahan dari dapur di bawah ini turut dipercayai boleh jadi petua hilangkan sakit tekak cara tradisional:

    • Air suam
    • Akar manis
    • Bawang putih
    • Madu
    • Pudina
    • Halia
    • Lemon
    • Serbuk penaik

    petua hilangkan sakit tekak cara tradisional

    Walaupun ia tidak dijamin berkesan, namun bahan-bahan dan cara tradisional ini masih kerap dicuba sehingga hari ini!

    Petua hilangkan sakit tekak cara tradisional

    Buat anda yang belum tahu, terdapat satu menu atau resipi rahsia sebagai petua hilangkan sakit tekak cara tradisional dengan gabungan ramuan daripada bahan-bahan tertentu.

    Berasaskan minuman teh hijau yang sudah tentu menyegarkan, ia juga boleh ditambah dengan pelbagai bahan-bahan lain dalam usaha untuk melegakan ketidakselesaan pada tekak.

    Anda juga boleh cuba resipi rahsia ini di rumah. Apa yang mungkin perlu ada di dalam gabungan ramuan ini adalah:

    Caranya juga sangat mudah. Anda cuma perlu mencampurkan kesemua bahan di atas untuk dijadikan minuman teh hijau panas dengan gabungan pelbagai ramuan yang menyegarkan.

    Dengan bantuan ramuan seperti madu, pudina dan halia, minuman ini bukan sahaja mampu melegakan sakit tekak malah boleh meningkatkan selera makan yang mungkin telah berkurang.

    petua hilangkan sakit tekak cara tradisional

    Banyakkan minum air ketika tekak tidak selesa!

    Selain daripada infeksi mikrooganisme, rasa tidak selesa pada tekak juga mungkin disebabkan oleh faktor tekak kering gara-gara kekeringan udara di sekeliling anda.

    Maka, penggunaan pendingin hawa dan penyaman udara dipercayai akan mampu membantu menambah kelembapan pada udara sekali gus mencegah kekeringan pada tekak.

    Begitu juga dengan penggunaan alat penyaring udara seperti air humidifier atau air diffuser mudah alih yang efektif!

    Pun begitu, kita semua mungkin masih tidak boleh hanya memberikan perhatian pada udara atau mengamalkan teh hijau bersama gabungan ramuan terpilih di atas ini sahaja.

    Sebaliknya, petua hilangkan sakit tekak cara tradisional yang paling utama adalah anda harus kekalkan hidrasi.

    Caranya juga mudah kerana ia mungkin sudah menjadi rutin seharian kita semua. Ikhtiar yang anda perlu buat adalah dengan minum air putih atau air kosong sekitar 8 gelas sehari – sebaiknya air suam. Cubalah!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan