Kulit kepala rasa gatal-gatal? Tahukah anda, rasa gatal satu badan merupakan salah simptom limfoma?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Kulit kepala rasa gatal-gatal? Tahukah anda, rasa gatal satu badan merupakan salah simptom limfoma?
Limfoma merupakan kanser darah yang bermula daripada sistem limfa manusia. Selain rasa gatal seluruh badan, pesakit limfoma juga akan rasa penat sepanjang hari walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti.
Mereka juga mungkin mempunyai ketulan pada sekitar kawasan leher.
Gatal kepala boleh jadi salah satu simptom limfoma. Walaupun begitu, bukan semua gatal kepala berpunca daripada limfoma.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Pesakit limfoma boleh mengalami kegatalan yang disebabkan oleh ‘pruritus’.
Pruritus merupakan satu rasa ketidakselesaan pada kawasan kulit yang membuatkan pesakitnya rasa ingin menggaru.
Walau bagaimanapun, kegatalan ini bukan hanya pada kulit kepala sahaja, malah ia boleh menyerang satu badan!
Individu boleh diserang rasa gatal disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah alergi, ekzema, jangkitan pada kawasan kulit ataupun menopaus.
Walau bagaimanapun, bagi penghidap limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin, pruritus atau kegatalan merupakan salah satu simptom penting.
Pesakit limfoma selalunya mempunyai kesan gatal yang bersisik dan berwarna merah atau ungu pada kawasan kulit mereka.
Namun, pakar masih lagi tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan kegatalan dalam kalangan pesakit limfoma.
Menurut pakar, masalah kulit gatal yang dialami mungkin berpunca daripada cytokines, sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh sistem imun badan untuk melawan sel kanser.
Bahan kimia ini dilepaskan berdekatan dengan permukaan kulit. Oleh itu, pesakit akan merasai kesannya dalam bentuk kegatalan.
Masalah kegatalan ini akan mempengaruhi 1 daripada 3 orang yang menghidap limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin. Kegatalan ini juga boleh menyerang bahagian:
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis kegatalan ataupun ekzema adalah tanda anda menghidap limfoma. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, berjumpalah dengan doktor untuk sesi konsultasi.
Penghidap limfoma boleh mengalami simptom yang seakan-akan alopecia areata, namun keadaan ni amat jarang berlaku.
Alopecia areata merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan rambut pada kulit kepala tumbuh secara bertompok-tompok.
Walau bagaimanapun, penyakit ini merupakan penyakit keturunan. 1 daripada 5 pesakit alopecia areata mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit sama.
Pesakit limfoma yang mempunyai alopecia areata selalunya mengalami simptom seperti rambur gugur, hiperpigmentasi dan kegatalan.
Manakala, rambut gugur yang pesakit alami juga meliputi bahagian kepala, kening dan juga kemaluan.
Masalah kulit merupakan salah satu tanda atau simptom limfoma. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kesan rawatan kanser.
Rawatan limfoma boleh akibatkan pesakitnya menghidap masalah kegatalan, sakit kulit dan sensitif terhadap matahari.
Oleh itu, sebelum anda menerima apa-apa rawatan berkaitan dengan limfoma, pastikan anda tahu kesan sampingannya terlebih dahulu.
Kegatalan boleh mengakibatkan rasa yang amat tidak selesa kepada penghidapnya.
Tambah lagi, jika ia berlarutan sepanjang hari, masalah ini boleh mengakibatkan kegelisahan dan depresi dalam kalangan pesakit kanser.
Jika pesakit mengalami kegatalan sehingga ia mengganggu waktu tidur, doktor boleh berikan ubat yang boleh meredakan simptom kulit gatal.
Namun, untuk pesakit limfoma, cuba untuk:
Baca juga:
Disebabkan kegatalan dalam pesakit merupakan salah satu simptom limfoma yang agak jarang berlaku, ia kadangkala dipanggil sebagai ‘kegatalan Hodgkin’ atau Hodgkin’s itch.
Jika anda mempunyai simptom gatal yang luar biasa, jangan malu untuk berjumpa dengan doktor walaupun ia tiada kaitan dengan limfoma.
Jika anda merupakan seorang lelaki, berumur lebih daripada 55 tahun dan mempunyai masalah sistem imun, anda patut lebih berjaga-jaga dengan kanser limfoma.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen