backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Terkejut! Wanita Yang Selalu Alami Perut Kembung MUNGKIN Menghidap Kanser Ovari

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/02/2023

    Jangan Terkejut! Wanita Yang Selalu Alami Perut Kembung MUNGKIN Menghidap Kanser Ovari

    Masalah perut kembung berpunca daripada gas dan udara yang terbentuk di dalam perut ketika proses pencernaan. Namun, masalah penghadaman bukanlah satu-satunya bahaya perut kembung, ia juga boleh menandakan penyakit lain yang lebih serius.

    Selalunya, masalah perut kembung akan hilang dengan sendirinya setelah anda mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat atau mengambil minuman yogurt.

    Malah, ia juga mungkin berpunca daripada perkara yang tidak serius seperti senggugut atau salah makan. Kadangkala, makan terlalu laju juga boleh menyebabkan perut menjadi kembung.

    Bahaya perut kembung mungkin sukar untuk dilihat lebih-lebih lagi jika anda kerap mengalami masalah ketidakhadaman.

    Namun, tahukah anda, kembung perut merupakan salah satu ciri atau tanda awal kanser ovari? Sebagai wanita, anda perlu lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan simptom ini.

    Di dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan 5 bahaya kembung perut yang mungkin menandakan sesuatu yang serius.

    1. Bahaya perut kembung yang diikuti dengan rasa sakit

    bahaya perut kembung

    Hampir semua wanita pernah mengalami perut kembung. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika wanita rasa bloated ketika datang bulan.

    Selalunya, masalah perut kembung berlaku selama 3 hingga 4 hari sebelum sembuh dengan sendirinya. Namun, jika masalah ini berlarutan, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.

    Kembung perut amat berbahaya jika ia berlaku dalam satu jangka masa yang panjang. Malah, ia merupakan salah satu tanda kanser ovari yang sering diabaikan oleh kaum Hawa.

    Kenyataan ini disokong oleh satu tinjauan yang telah dilakukan oleh sebuah persatuan di United Kingdom, Target Ovarian Cancer.

    Mereka mendapati, hanya 34% sahaja wanita yang akan berjumpa doktor disebabkan masalah kembung perut. Selebihnya hanya akan mengubah diet masing-masing atau tunggu hingga simptom hilang dengan sendirinya.

    Jika kembung perut yang anda alami berlaku disebabkan oleh kanser ovari, ia akan datang sekali dengan rasa sakit pada kawasan abdomen.

    Oleh sebab itu, jangan pandang rendah mengenai bahaya perut kembung. Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut.

    2. Perut kembung yang tidak sembuh-sembuh

    Jika perut kembung berlaku dalam masa yang singkat dan pulih dalam masa beberapa hari, jangan risau, ia mungkin disebabkan masalah penghadaman.

    Namun, anda perlu risau jika ia berlaku lebih daripada 2 minggu sehinggalah 1 bulan.

    Menurut Dr. Monique Swain dari Henry Ford Health System, pastikan anda berjumpa pakar secepat mungkin jika anda kerap mengalami masalah perut kembung.

    Wanita sering mengabaikan tanda awal kanser ovari kerana beranggapan simptom yang dialami berlaku disebabkan penuaan, penambahan berat badan atau masalah lain yang tidak serius.

    Sebab itulah, kanser ovari amat sukar untuk dikesan awal. Selalunya, ia hanya dapat dikesan setelah kanser ovari berada pada tahap yang serius.

    3. Tidak lalu makan

    bahaya perut kembung

    Sebarang ketumbuhan pada kawasan abdomen akan memakan ruang yang banyak. Oleh sebab itu, pesakit kanser ovari akan rasa kenyang dengan cepat atau tidak lalu makan.

    Selain itu, mereka juga akan kerap rasa loya dan muntah-muntah disebabkan kanser yang dialami.

    Masalah tidak lalu makan juga merupakan tanda kanser lain seperti kanser payudara, kanser pankreas, kanser kolon dan kanser perut.

    Oleh sebab itu, pastikan anda perhatikan pola pemakanan anda dengan baik. Jika ada ahli keluarga anda yang tidak lalu makan, bawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut secepat mungkin.

    4. Selalu ke tandas disebabkan perut kembung

    bahaya perut kembung

    Jika anda sering pergi ke tandas, jaga-jaga kerana ini juga merupakan salah satu bahaya perut kembung. Kekerapan ke tandas yang abnormal atau sebarang masalah urinari merupakan tanda masalah pada kawasan abdomen.

    Menurut Dr. Swain, pesakit kanser ovari mungkin perlu ke tandas dengan lebih kerap disebabkan tumor atau ketulan yang menekan pundi kencing.

    5. Rasa letih dan penat yang tidak dapat dijelaskan

    Tidak dapat dinafikan, rasa letih dan penat amat sinonim dalam kalangan pesakit kanser. Selain rasa letih, pesakit juga akan alami perut kembung disebabkan pengumpulan cecair pada kawasan abdomen.

    Selain itu, perut kembung juga boleh berlaku disebabkan penyakit lain seperti penyakit hati dan kegagalan jantung.

    Dalam kedua-dua penyakit ini, perut kembung merupakan tanda penyakit yang sudah serius.

    Malah, pesakit hanya akan alami masalah perut kembung apabila penyakit hati atau jantung sudahpun menjadi teruk.

    Kesimpulan

    Kini, bahaya perut kembung sepatutnya lebih difahami oleh kaum Hawa. Jika anda kerap mengalami masalah perut kembung, pastikan anda bertindak memeriksanya di klinik atau hospital dalam kadar yang segera.

    Kanser ovari boleh dirawat jika ia dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah, anda harus peka dengan simptom-simptom lazim penyakit ini.

    Ini bahaya perut kembung, dapatkan rawatan segera jika anda mengalami masalah perut kembung dalam satu tempoh masa yang lama. Jangan sesekali abaikan simptom ini dan cepat-cepatlah dapatkan rawatan daripada pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan