Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kanser tonsil ialah sejenis kanser yang bermula pada sel tonsil anda. Tonsil anda mempunyai dua pad berbentuk bujur pada bahagian belakang mulut, merupakan sebahagian daripada sistem imuniti melawan jangkitan kuman pada badan.
Kanser jenis ini biasanya berlaku pada tonsil lelangit, terletak pada kedua-dua sisi tekak, tetapi ia juga boleh berlaku pada tonsil farinks (juga dikenali sebagai adenoid), terletak dibelakang kaviti hidung, atau di dalam tonsil lidah, terletak dibahagian belakang lidah. .
Lelaki adalah lebih biasa mendapat Kanser tonsil berbanding wanita. Sesetengah gaya hidup meningkatkan risiko mendapat kanser tonsil.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Anda akan mengesan beberapa simptom kanser tonsil yang sangat serupa dengan simptom sakit tekak akibat jangkitan. Walau bagaimanapun, sakit tekak akibat jangkitan peling lazim berlaku dalam kalangan individu berumur melebihi 50 tahun. Terdapat banyak tanda dan simptom kanser ini dan yang paling lazim berlaku adalah seperti berikut:
Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan kanser tonsil menjadi semakin teruk dan menghalang kecemasan perubatan yang lain, sila berbincang dengan doktor anda sesegera mungkin untuk menghalang keadaan serius ini.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Disini merupakan punca lazim kanser tonsil, antaranya ialah:
Terdapat perkaitan antara kanser tonsil dan beberapa jenis jangkitan virus human papillomavirus (HPV). ini merupakan penyakit berjangkit melalui hubungan seksual.
Kanser tonsil juga dikaitkan dengan kanser lain. Sebenarnya, sesetengah individu didiagnos dengan kanser tonsil bersama kanser esofagus, kanser paru-paru atau kanser pundi kencing pada masa yang sama. Hal ini kerana kanser mempunyai faktor risiko yang sama, atau kanser tersebut bermula pada satu bahagian badan dan boleh merebak melalui badan pada masa yang lebih awal.
Sesetengah individu lebih mudah mendapat kanser tonsil akibat pilihan gaya hidup atau keadaan lain. Anda mungkin cenderung untuk mendapat kanser jika anda mengambil alkohol atau merokok, dijangkiti virus HPV atau HIV, atau anda berusia melebihi 50 tahun (walaupun kanser tonsil boleh terjadi pada semua peringkat usia).
Anda juga lebih cenderung untuk mendapat kanser tonsil jika anda seorang lelaki atau pernah melakukan transplan organ. Tambahan lagi, beberapa saintis percaya bahawa minum alkohol berlebihan juga dikira salah satu risiko paling popular penyebab kanser tonsil.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
didiagnosis?
Doktor menggunakan alatan berbeza untuk membantu diagnos kanser tonsil. Jika doktor mengesyaki anda mungkin menghidap kanser tonsil, langkah pertama proses ini ialah untuk memperoleh sejarah kesihatan yang tepat daripada anda. Kemudian, doktor akan memeriksa anda dengan teliti. Selepas ini, jika perlu, doktor anda akan membuat satu atau lebih ujian berikut:
Kemudian, doktor anda akan mengklasifikasikan keadaan anda mengikut tahap. Pengkelasan kanser kepada 4 tahap membenarkan professional kesihatan untuk menyatakan progres kanser secara jelas dan dalam aturan yang ringkas. Tetapi pengkelasan ini berguna hanya kepada doktor, ia akan mengelirukan anda sebagai pesakit. Ini dikatakan sebagai pengkelasan berbeza.
Tahap IV: tahap ini merupakan tahap paling rumit dan prognosis yang teruk.
Jumlah rawatan yang anda terima bergantung kepada tahap kanser tonsil anda, jenis kanser, dan tahap agresif anda dan doktor anda untuk merawat kanser tersebut. Secara amnya, 3 jenis rawatan digunakan:
Pembedahan
Kebanyakan pesakit memerlukan pembedahan untuk membuang tisu kanser. Sesetangah individu pada tahap 1 atau 2 tidak memerlukan sebarang rawatan tambahan, walaupun radiasi dicadangkan kerana sel kanser berbaki boleh tumbuh semula menjadi ketumbuhan yang lain.
Radiasi
Selepas pembedahan, kebanyakan pesakit menjalani radiasi untuk membunuh mana-mana tisu kanser berbaki. Beberapa jenis radiasi dan apa yang digunakan bergantung teruatamanya kepada situasi anda.
Kimoterapi
Jika anda menghidap kanser pada tahap III atau tahap IV, anda lebih memerlukan kimoterapi. Rawatan baru dipanggil kimoterapi induksi digunakan untuk mengecutkan ketumbuhan.
Kebanyakan doktor mencadangkan rawatan pembedahan minimum diikuti dengan radiasi setempat. Sesetengah doktor juga menggunakan hyperthermia (memanaskan badan menggunakan suhu tinggi bagi membunuh sel kanser). Rawatan siasatan lain juga boleh didapati, tetapi syarikat insuran anda tidak cenderung untuk membayarnya. Rawatan siasatan adalah sangat mahal kecuali anda mengambil bahagian dalam kajian terkini.
Anda mungkin dapat mengurangkan risiko untk mendapat kanser tonsil dengan cara;
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen