“Pesakit terus mencari dan meneroka kerana ia adalah faktor seorang survivor. Apabila pesakit mencari penyelesaian alternatif, mereka tidak mencari sesuatu yang tidak dipercayainya. Ia adalah mengenai pemulihan diri dengan cara menunjukkan kepercayaan dan pengetahuan.
“Dalam kehidupan, kita perlu ada perancangan A dan B. Anda perlu bersedia jika ada apa-apa kes anda masih mempunyai perancangan alternatif. Ada pesakit kanser payudara tahap ketiga menolak untuk melakukan apa-apa rawatan perubatan termasuk pembedahan atau kimoterapi, tatapi dia hanya mahukan sesuatu yang lain, iaitu alternatif.
“Terdapat banyak strategi berguna dalam rawatan alternatif. Doktor mempunyai pengetahuan yang seimbang dan kedudukan yang ideal untuk membimbing, memberi inspirasi, motivasi dan menyokong perjalanan mereka. Jika dengan rawatan konvensional, tiada kesan penyembuhan terhadap keadaan pesakit, mengapa tidak membenarkan mereka melakukan rawatan alternatif? Jika rawatan yang ada efektif dan menyelamatkan kanser, mengapa pesakit mencari rawatan alternatif?
“Oleh itu, untuk membantu pesakit kita perlu memahaminya dan berada disampingnya. Peningkatan kanser payudara akibat rawatan alternatif adalah disebabkan mereka tidak mendapat bimbingan yang baik. Oleh itu, doktor perlu buat satu penyelesaian dan mula belajar mengenainya untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan pesakit serta membantu pesakit memilih alternatif yang terbaik,” katanya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen