Kajian lain telah dijalankan oleh Department of Pediatric Dentistry di Nippon Dental University di Jepun keatas dua kumpulan penghidap sakit otot. Mereka dibahagikan kepada dua jenis rawatan akupuntur; rawatan “ashi”(rawatan di titik akupuntur) dan “sham” (rawatan bukan di titik akupuntur). Kajian mendapati bahawa kedua-dua rawatan mengurangkan kesakitan otot tanpa ada perbezaan yang ketara diantara keduanya.
Pakar-pakar daripada komuniti antarabangsa telah mengumpulkan keputusan daripada 29 kajian yang melibatkan 18,000 peserta yang pernah mendapat rawatan akupuntur, akupuntur “sham”, dan yang tidak mendapatkan rawatan akupuntur. Pakar-pakar ini telah membuat kesimpulan bahawa rawatan akupuntur melegakan sakit kronik yang berkaitan dengan otot iaitu sakit leher dan belakang badan, osteoarthritis, sakit kepala yang kronik dan sakit bahu dengan peratusan sekitar 50% dan ianya diterbitkan didalam Archives of Internal Medicine.
Melalui cucukan jarum ke tubuh melalui rawatan akupuntur, tubuh badan akan melepaskan hormon yang dikenali sebagai Endorphins. Endorphins adalah penahan sakit semulajadi tubuh badan, dirembeskan didalam otak dan sistem saraf untuk membantu tubuh badan berasa rileks dan bersedia dengan mana-mana kesakitan yang akan datang. Oleh itu, otot yang tertekan tidak lagi memberikan kesakitan kepada tubuh dan mengurangkan sebarang kesakitan dan masalah yang berkaitan dengan otot.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen